Monday, November 18, 2013

UNGS Sumpah Menarik!

Bismillahirrahmanirrahim~

Went through kelas UNGS hari ni dengan semangat.
Mengantuk juga di pertengahan kelas.
Tapi usaha untuk menyedarkan diri dan ketukketuk tangan

Kenapa US berjaya? Apa rahsia kejayaan dorang?

Hari ni kami belajar Sunnatullah.
Way of Allah conducted this cosmos.

Berhubungan dengan soklan di atas...Allah akan beri apa yang kita usahakan.
Two tips to success:
1. Unity.

When we unite we become strong. Kita boleh hadapi segalanya apabila bersama. UStaz buka minda aku lagi hari ini melihat umat Islam yang berpecah belah. MashaAllah. Malaysia sendiri, berpecah belah kerana politik dan jamaah. Di negara Islam luar sana....bergaduh sesama Islam yang berlainan pegangan. Justeru itu, sampai kapan Islam bisa menang? Kita memegang syiar yang sama tapi masih berpecah belah. Dengki mendengki. Jatuh menjatuhkan. Ketuk kepala tanya diri sendiri.

2. Hardworking.

Ustaz bagi gambaran pekerja zaman sekarang. Tidak menggunakan masa kerja dengan baik. Malas. Ponteng. Berlambatlambatan. Tangguh. Tidak amanah.
Pelajar pula..pulang kampung setiap hujung minggu. Sepatutnya diisi dengan menambha ilmu pengetahuan.
Waktu itu aku terfikir ustaz...bagaimana dia tahu begitu banyak ilmu? Kerna dia rajin.

Dan apabila kita da berusaha, Allah akan bagi kerna itu memang sunnatullah-nya.
Ustaz juga bawa kisah Maryam sewaktu mengandungkan Nabi Isa a.s.
Maryam lapar dan Allah mintak Maryam goncangkan pokok kurma supaya buahnya jatuh dan bisa dimakan.
Lihat...Maryam yang mengandung pon Allah suruh usaha.
Ini kerna Allah mahu ajar hambaNya supaya berusaha. Kerna selepas itu, hasilnya kita yang akan dapat. Allah tak untung dan rugi sedikit pon.

Allah bagi kita joran untuk pancing ikan. Bukan bagi kita ikaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn je harihari.
Supaya kita berdikari. Supaya kita tahu apa itu susah payah. Supaya kita lebih menghargai apa itu makna rezeki.

So lepas ni Lyana! Jangan malasmalas dah.
Allah akan bagi kalau kau usaha.
So lepas ni jangan merungutrungut, merengekrengek bila tak dapat apa yang kau nak, okayyy!!

Dan satu lagi, time management.
Dan jangan menangguh!

Huhu...kene tempeleng berkalikali dalam kelas tadi.
Pedih pipi, badan, kaki..semualahh!!
Ustaz, jazakallah kheir jaza' for opening my mind and bring me back to reality. T.T




Sunday, November 17, 2013

Minggu Ini Indah dan Bermakna

Bismillahirrahmanirrahim~

Seindah tajuk, begitula indahnya minggu ku ini.
Walau sempit dengan assignment dan tutorial dan lab report.
Tapi itu duniaku yang lain.

Kunjungan family menyemarakkan semangat aku.
Refresh minda aku..jauh dari hiruk piruk assignment.
Ahh...lega~

Aku sering beralasan agar mereka datang ke tempat aku.
Sungguh aku rindu sebenarnya.
Kebetulan pula hari lahir adikku yang ke18. Hehe.





Mengisi perut macam mengisi guni kosong.
Lepas Lamb Mandy yang da lama kempunan, Kek Tiramisu yang aku tak suka sebab rasa kopi (ok, suka hatila sebab besday kamu) dan Jus Avokado Coklat.
Ditambah pula dengan bekal ikan pari masak asam pedas. Ahh~
Dan lagi, lepat ubi buatan family-ku.
Ahh~

Malam tu, recharge iman dengan akhawat qawiey lagi kental.
SubhanaLlah~
Ye, aku tak pernah menyesal jumpa akhawat.
Recharge iman setiap kali jumpa akhawat.
Tak pernah rasa rugi pon walau berbual tarbawi dekat 2 jam. Terasa sekejap sangat.

Hidup ni tak seindah dan tak kan selalu mengikut kemahuan kita.
We did believe that Allah give us the best.
Latar belakang family yang berbeda menjadikan minda kita terbuka dan luas.
Berfikiran cara mereka. Bercakap cara mereka. Memahami cara mereka.
Tak, kamu tak keseorangan.
Kerna ada lagi yang lagi syahdu tapi tak dikhabar.
Allah tempat mengadu paling seronok.
Tempat recharge iman paling berkesan.
Manusia sebagai tempat sandaran walhal hakikat sebenarnya ialah Allah.

Allah bagi ujian itu setara iman kamu.
Kamu kuat kerna itu Allah bagi ujian itu.
Dia sayang kamu. Tambah pahala kamu. Peluk kamu kuatkuat saat tahajjud.
Kisah kamu buka mata aku.
Lyana! Banyak nikamt Allah yang kamu dustakan!
Kerna itu, terima kasih sahabat.
Alhamdulillah Ya Allah atas sahabat ini~

See...penciptaan manusia itu tidak siasia. Walau sesusah mana pon hidup kita, walau sesenang mana pon hidup kita, there's a reason behind it.
And u did give me slap on my face. Ouchh!!

And next, event of the year, Muktamar IKRAM Siswa Pahang 2013
Alhamdulillah. Really a great program.

Start the day cycling with Munawara. Same bicycle with me. Ehe.
We locked our bike together. Ehe again.
Yay!! Da ada gang beskal lipat.

              

Here's the button badge. Nice huh?
Feel there's a spirit coming out from every dots.
Poyoo.

But the theme is a really wow! and gave me goosebumps.
Let me type it in capital.

KEBANGKITAN PEMUDA DI DADA UMMAH DAN MASA DEPAN ISLAM

Goosebumps already?


With the amazing speaker (well, i did fell asleep 2 times. short.)
Akhi Nazri, President GEMA Pahang (moderator) and Akhi Ariffin.
Subhanallah~
They did change my paradigm.


Mereka sangat hebat di masa muda. Dan juga hebat ketika meniti usia. Dan masih hebat sekarang.
Antara golongan awal yang menubuhkan IKRAM.

Tentang Akhi Ariffin (walaupon dia tua, tapi bila panggil akhi lagi rasa dekat. Tapi saya panggil dia pakcik. Hee)
Bermula di England.
Bermula di Malay College Kuala Kangsar.
Expertise in a lot of fields.
Pengakap. Debat. Football. Writer.
Amazing. U could even drooling~
Anakanak yg berjaya. Menantu yang hebat. Dan besan yang hebat juga.

Bila dia tanya akhawat, pernah jadi wakil netball Kuantan? Krik krik~
And he said he is not joking.
He really serious asking that question.
Islam is not only about usrah
Nabi tak ajar Islam tu usrah sematamata.
And dia jugak kata, kalau nak baca hadis je..usrah je..resign dari IKRAM. Join tabligh.
Jangan sempitkan bidang kita.
Bergaullah dengan ramai orang. Dengan mereka yang tak kenal erti Islam yang sebenar.
Buat segalanya the best of the best!!
Excel dalam study. Dalam society. Dalam sukan.
Outstanding.
Jadi front liner.

Akhi Nazri pula lebih kepada falsafah dan ilmiah.
Akhi yang sangat hebat.
Pengasas ALEPPO (lebih kurang macam leadership dalam public relation and politics) di UK.
Baru pulang ke Malaysia 5 tahun.
Mengajar aku time management.
Tak banyak yang aku boleh bercerita mengenainya. Huhuu.

Bila banyak dah recharge iman, kenala banyak juga output-nya.
Aku juga belajar, tiada istilah "Aku baru 1st year 1st sem".
Lyana! Within 2 months, u will be 21.
Arggghhhh!!!
Bukan tak mau terima hakikat, tapi aku terseksa denga soalan, selama 20 tahun ini, apa kebaikan kepada ummah yang telah kau perbuat?
Ukirlah sejarah. Jadilah sebahagian daripada sejarah.
Walau saat Islam menjadi Ustaziatul Alam kau sudah tiada, tapi kau tahu kau juga telah menyumbang ke arah itu.

Dan juga belajar bersahabat dengan mereka yang mempunyai agenda yang sama dengan kita, iaitu membawa manusia kepada Islam yang sebenar!
AllahuAkbar!!

Perjalanan masih jauh~
Susah payah kita sekarang adalah untuk generasi masa akan datang.
Dan Islam yang kita kecapi hari ini adalah susah payah generasi terdahulu.
Justeru itu, apa peranan kamu?
Sambung! sambung perjuangan itu.
Kerna itu aku katakan tadi, perjalanan masih jauh~
Kerna jalan dakwah ini pernah dilalui oleh Nabi terdahulu, Nabi Muhammad dan para sahabat~
Jalan dakwah dan tarbiyyah.
Jalan yang sumpah panjang!!

Allah matlamat kita!

Friday, November 15, 2013

MembuakBuak

Bismillahirrahmanirrahim~

#Previous post, a lot of grammatical mistake. Huhu.
Da post baru sedar. Adehh~

Bila kita get involve dengan dua benda, kita kan tendency utk membandingkan.
Mungkin bukan anda, tapi jika saya, ya.

Maklumat yg disampaikan betul, tapi ada yg kurang tepat dan tidak menyeluruh kefahamannya.
Itu pernah aku dengar. Apabila ianya tidak diluasbentangkan maksudnya, aku mula penasaran.
Adehh...jiwa kau merontaronta ingin berkata sesuatu.
Tapi apa cara yg terbaik utk bisa difahami dan utk tidak menyakiti hati orang lain.

Berdebardebar saat tahu tapi takut nak menyampaikan.
Akhirnya mulut aku, aku bukak.
Bergetar hati, melaju degupan jantung.
Ye, aku dah cakap.
Rasa puas.
Alhamdulillah. Moga yg lain faham.

Aku takut aku ni jahat.
Get involve into two same thing but in different way.
Bukan aku mahu menjatuhkan.
Tapi mungkin aku bisa memperbaiki sedikit sebanyak.

Semua orang perlukan murobbi.
Bagaimana mahu menjadi murobbi apabila kita sendiri tiada murobbi?
Aku tertanyatanya.
Bagus mereka yg ada dalam jiwanya rasa ingin menyampaikan.
Tapi kamu tanpa murobbi?
Aku tertanyatanya.
Mungkinkah persoalan aku ini bisa terjawab?

--------------------------------------------------------------------

Wednesday, November 13, 2013

He Gave Me A Different View To See World

Bismillahirrahmanirrahim~

Worldview.
Pada mulanya inilah subjek yang paling dibenci..MashaAllah.
Tidak lekat di hati apatah lagi minda. Ahah.
Tak paham apa yang perlu paham.
Makin membuak membenci.

Then, the questions asked.
He did gave me different view to see world.
To see it in different way.
He is not bias.
Bukan dari sudut Islam je yang dia explen.
Dari sudut pandangan dunia.
Menarik.
Terus jatuh cinta dengan subjek ni.

Smalam ada kawan tanya "Is dino really exist?"
He laugh first.
and said...in Qur'an Allah did not say He created dino but He did said that Allah is creative in creating His creation.
"Which come first? Dino or man?"
Again..Qur'an did not mention about this.
Then He came up with AlBaqarah verse 30.
Allah told His angel that He want to create a human on earth...
Then angel asked Allah "Is he going to shed blood on earth and cause disaster?"
Allah replied,"I know what u do not know."

Then he explain this ayat about 30 minutes i think. Like a mufassirin. Hee.
He did memorize the Qur'an i guess. And the tafseer also. Such a great doctor.
Do human exist before Adam was created?
What cause the angel worried about man's characters?

And he told us that when Allah reveals His ayat about aqidah..He mention it as a final.
But when it comes about life, world and creation, He gave us space to think.
MashaAllah.

There is so much to share but i forgot some about it..a lot of missing linkage..huhu.
Besides, at that time i don't really want to hear to him. But, i sat there to listen.
I don't know. Kind of waste. That was a really good explaination.

And he did told us about christian. How far away there are from the real religion.
I did learnt about christian before..but again, he did open my mind to think more.

And i decide to ask him more question in the future.
Ustaz..why this..why that..why not this..bla bla.
Really, i like to listen to him.
Such a good doctor. A lot of ilm.
And in addition, he knows a lot about ideology.
I think it is really nice to ask him a lot about that.
And maybe for that, 1 and half hour class could be two times longer. hee.

His name is Dr Abdul Razak from Ethopia (Habshah).
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad~
Islam did reach there~


Kata Hati

Bismillahirrahmanirrahim~

Bila hati rasa resah itu tanda hati tidak tenang.
Tanya balik pada diri, benarkah langkah ini?

Musuh istiqamah ialah bertangguh.
Sikap yang da lama hinggap.
Entah bila mau lenyap. Adehh~

Bila hati sudah teguh, ada pula macammacam yang datang mengganggu
Bila hati da bulat kata, ada pula yang datang meracau
Bila mau buat?

Koreksi diri da lama bersawang
Konon diri sudah sempurna
Tapi kata hati tau diri kurang sanasini
Tapi tetap sombong tak mau bertaubat

Alasan konon malu pada Tuhan
Mana lagi patut kita malu..pada Tuhan di dunia atau pada Tuhan yang Esa
Alasan banyak keje
Langsung tak boleh diterima
Masa itu milik Allah
Jangan berlagak konon ia milik kita
Nak luangkan masa untuk Allah pon kedekut

Keluar dari zon selesa demi mencari ketenangan
Supaya laju bekerja
Setakat ini alhamdulillah
Mohon Allah sentiasa permudahkan

Bila kurang tanggungjawab
Jiwa banyak purapura
Tarbiyyah dzatiyyah merontaronta ingin dilaksanakan
Kita yang putuskan mahu bagi piala emas pada siapa

Masih mahu di sini
Tak mahu keluar
Izinkan aku terus kekal bertahan
Walau jalan senget
Walau jalan terjengketjengket

Hakikatnya ini memang payah
Tak perlu banyak songeh
Kau manja kau tersungkur
Sampai bila nak bermandikan bunga?

Makin lama rasa makin sombong
Ilmu makain lama makin kurang
Sebab itu cuba turunkan ego
Kerna yakin yang malu bertanya sesat jalan
dan bodoh sombong

Ragu lagi dengan janji Allah
Padan muka kena sedasss
Konon hati yakin
Tawakkal konon tapi sebenanrnya raguragu
Kena lagi sedasss

Waktu lapang bingung tak tahu nak buat apa
Sungguh benar kata Nabi
Nikmat yang sering dilupakan.
Nikmat sihat dan masa lapang
Nak jadi hamba yang rugi lagi?

Dah lama tak lihat wajah mereka
Gambar je yang jadi peneman
Tiaptiap minggu penuh terisi
Moga bermanfaat
Kata papa, pulun waktu muda..nanti da tua menyesal
Baiklah, penguat jiwa!
Kata kakak, nanti balik nak masak spagetthi
Baiklah, pemantap keteguhan!
Kata mama, perancangan Allah
Baiklah, insaf aku!

Kes bunuh!
Apa mau jadi sama manusia?
Layakkkah digelar 'manusia'?

First we need the love~
Tanpa cinta hati kita mati
Tanpa cinta kita mati
Kerna kita lahir dari cinta
Diciptakan kerna cinta

#Mood : Sedang pulun siapkan assignmen~


Saturday, September 7, 2013

Langkah Baru

Bismillahirahmanirrahim...

Bersawang sudah.
Bila jiwa kering beginila jadinya.
Yang diberi harus bermanfaat.
Bagaimana bisa bagi yang bermanfaat saat jiwa kontang.
Adehh...lemah btol~

Baru selesai taaruf program.
Menarik.
Sebelum ni aku tidak tahu apakah pentingnya taaruf program nih.
Ikut pon sebab dah kata 'compulsory' kan...

Selain dari mengajar untuk berdisiplin..
Kata abang komiti...supaya masa kita terisi. Nanti lepas ni korang survive sendiri isi masa sendiri cari manfaat sendiri.
Ohh..begitu.
Dengan jadual yang pack dan kena rushing slalu..begitu seharusnya pengajaran yang aku dapat.
Baru teranggukangguk faham.
Jika begitu, tidak terlambat untuk aku ucapkan terima kasih komiti taaruf programme 2013/2014.
Moga Allah membalas jasa dan penat lelah kamu. :)

Sumpah UIAM Kuantan ni besar!! Haha.
Kulliyyah aku di ujung donia UIAM Kuantan nih. -_-
Tak mengapa. Bas ada. Kaki ada. Nanti inshaAllah basikal ada. Hehe.

Tempat baru..mesti kena ada matlamat baru kan..?
Cliche~
Tapi itula lumrah manusia seperti aku.
Moga di sini aku memberi manfaat.

Kata naqibah aku..di mana saja aku berada, moga bertunas DNT di situ.
InshaAllah~
Aku cuba buka minda aku. Jangan terperuk sangat. Jangan lame sangat. Jangan jumud sangat. Kita semua ada matlamat yang sama cuma mungkin berbeza cara.
Dengan cara itu aku selesa. Aku akan teruskan dengan cara itu.
Semoga Allah memberkati.

Nur Solihah pon da jadi family IIUM. Tahniah sahabat! Moga kehadiranmu di situ memberi manfaat.

Mulamula aku tak suka course aku. Biotechnology.
Bagi aku course ni hanya sesuai untuk lelaki. Mungkin kerana ada perkataan 'technology' kot. Haha.
Tapi setelah ada penerangan dan melihatkan keadaan market sekarang, aku lega sikit laa. Alhamdulillah.
Tapi rezeki Allah tu kan ada di manamana.
Tak semestinya lepas graduate jadi biotechnologist je..banyak lagi yang boleh aku buat.
Cuma first stepnya sekarang ni kena rajin je. Hoo.

Moga aku mampu memberi manfaat.
Satu yang aku suka ialah belajar benda baru. Ilmu Allah itu kan luas. Belajarla selagi boleh.

InshaAllah sekali lagi..moga aku mampu memberi manfaat. Sila aminkan. ^_^

Friday, June 21, 2013

Huwehh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa perasaan bila jumpa kawan lama?
Kawan itu selama 15 tahun yang lalu...
Perfect!
Tika berusia 5 tahun itu, apa yang aku ingat tentang kawan?
Wajahwajah itu sungguh aku ingat.
Tak pelik kan kalau masih ingat?

Orang pertama yang tegur aku dalam kelas dan menjadi kawan pertama aku...Nadia.
Tapi ini bukan yang aku jumpa. Dengarnya da pindah KL lepas rumah dia terbakar.

Orang yang selalu aku lawan untuk dapatkan tempat pertama dalam kelas...Jihan.
Last time jumpa dia waktu aku darjah 3 kalau tak silap.
Waktu pertandingan mewarna kat Padang Astaka.
Dia serious pandai.
Kalau rehearsal nak naik pentas, mesti dia duduk depan skali.
Itu membuktikan yang dia tempat pertama. Ahhh...cemburunya.
Kalau tak silap 2 tahun berturutturut dia mengekalkan kedudukannya.
Dan aku 2 tahun berturutturut juga mengekalkan tempat kelima.
Yang beratur kat depan aku, ada Liyana Athirah (the budak genius), Hanif (cousin kpada the budak genius), dan 2 orng lagi yang aku tak ingat. Salah sorangnya Fahmi mungkin.

Seorang budak comelll putih melepak suara ayu peringkat kesepuluh, namanya Nur Liyana. (eheh..memang nama Lyana ni lembutlembut orangnya. ehem.)
Last time jumpa waktu abes SPM. Tapi takut nak tegur takut salah orang.
Tapi, muka memang sama. Tak berubah pon.

Ada lagi...Radhi gigi rongak, Izzah yang garang, Sharifah yang girly, Umi dan Jehan ynag selalu bawak beg mickey mouse kaler pink yang sama, Shazrina yang cantik macam puteri, Ridzuan yang rendah, Farihah suara serakserak basah....dan ramai lagi. Tak ingat la pulak.

Sebenarnya...mulamula kau raguragu apakah ianya benar atau palsu semata.
Dalam jalan ini aku berjumpa kembali dengannya.
SubhanaLlah....Farihah Mohd Reza.
Waktu daurah intesif hari tu...kena kumpul ikut negeri masingmasing.
Terengganu berjaya kumpul seramai....5 orang.
Ok la tuuu..ehehe..
Sepanjang bincangbincang tu..tak perasan langsung nama Farihah tu rupanya nama yang aku pernah kenal 15 tahun dulu.
Kami duk kat kampung yang sama. Tapi agak berdekatan. Tapi lansung tak syak apaapa.

Da kat Terengganu, UsKab pertama pon berlakulaa...
Borakborak ngan dia...banyakla jugak yang diborakkan. Tapi takde la sentuh sampai dulu tadika mana..huhu

Hari ni...pagi tadi, tetibe Allah bagi ilham tentnag Farihah.
Ehh??? Btol ke nih? Try mesej dia.
SubhanaLlah...btolla dia la Farihah yg suara serakserak basah tu. Yang aku pernah buat dia menangis sekali. Yang selalu jeritjerit nama aku dari seberang jalan. Yang naik van samasama ngan aku. Yang main Pepsi Cola ngan aku.
SubhanaLlah. Da jadi ukhti qawiyy rupanya dia nih!!
Tak sangka tapi Allah kan Maha Kuasa!
Farihah! Sob sob...

Sangat tak cam dia ni Farihah yang aku pernah aku kenal dulu.
Makayah kami pon kawan. Dan sangat kenal.
Farihah..keciknya dunia nih!!

Terharu di situ. T.T


Hurmmm....
Bila teringat diorang semua nih...alahai. Rindunya..
Teringat masa tadika.
2 tahun aku membesar kat situ.
Bila da abes tadika, masuk darjah 1 kat AlAmin Kemaman. 6 tahun kat situ.
Da abes darjah 6, kononkonon nak masuk Imtiyaz tapi tak dapat 5A tak dapat masuk.
Tingkatan 1 kat AlAmin yang mana kat sini aku belajar jadi dewasa. Hoho..Poyo.
Abes PMR, nak sambung kat SMASZA. Tapi tukar fikiran last minute sebab aku rasa ada sesuatu yang menarik menanti aku  kat AlAmin ni kalau aku stay. Jadi aku stay.
Heyy, betulla. Menariknya.
Nikmat Tarbiyyah yang agak lewat aku rasa pahitmanisnya.
Then, masuk Pusat Asasi UIAM PJ.
Dapat jugak Medic Mesir. Huhu.
Tapi tak pegi pon. Mulamula semangat. Aishh....
Takpe. Ada hikmah..
Kononkonon nak struggle maut punya sebab nak tukar kos.
Tapi apakan daya...otakku tak mampu. Badan pon sama. Aishh..
Takpe. Biological Scince pon menarikla Lyana...
Lepas ni amek degree plak.
Lepas tu?
Ok! Aku mahu hentikan kitaran bodoh ini.
Aku tak nak jadi robot!
Put in your mind that this is a tool to get something that you actually desire.
Isn't it right?

Banyak tempat banyak la kenangan kan.
Dan banyak orang aku jumpa.
Banyak perangai. Banyak keletah.
Banyak pengajaran dan pengalaman.
Seronok sangat.

Tapi aku juga punya impian untuk berkawan dengan non-muslim.
Seronok tak kawan ngan diorang?
Dula aku takut sebab tak rasa diri kuat.
Tapi sampai bila kan?
Sampai sekarang masih tak berkesempatan nak berkawan ngan diorang.
Teringin sangat.
Tapi kalau ada peluang, jangan siasiakan.
Bak kata sorang ukhti nih,
"Sampai bila kita asyik nak berislah je...berdakwahnya bila lagi?"
Adehh...pelekong satu.

Tengok sekitar kawasan kejiranan, ada je non-muslim.
Tapi kat taman lain laa. Jauh 2 taman jugak.
Teringin nak borakborak ngan diorang.
Apa perasannya ya?

Bersahabat. Itula lumrah manusia.
Mana bisa mereka hidup seorang diri.
Sama juga aku.
Aku juga manusia yang butuh teman.
Aku tak butuh yang suka memuji dan mengampu.
Cukup sekadar yang jujur dan terima aku seadanya.
Saat aku buat dosa ditegur.
Saat aku lalai dikejutkan.
Saat aku jatuh hulurkan tangan.
Manisnya berukhuwah begitu.

Mana lagi nak dapat sahabat sebegini kan?
Kalau bukan dalam jalan ini...
Menyesal?
Sungguh tak.

Tapi...kau kena ikhlas Lillahi taala.
Kan itu sebab utama kau berada di jalan ini?
Sahabat itu pembimbing kamu.
Pembimbing yang berkatakata terus.
Allah itu matlamat kamu. Dan tujuan kamu.
Allah kan ilah kita bukan sahabat kita...

Itu katakata dari sahabat aku.
Yang aku sangat ingat.
Luruskan niatmu hai sahabat!

eheh...tetiba. Bunga Lily ^_^


Tuesday, May 7, 2013

Recently

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah anugerahkan aku udara untuk bernafas lagi
Setiap helaan nafas itu adalah rezeki yg sering kali aku abaikan
Andaikata rezeki ini ditarik...apa kata aku dihadapan Tuhan nanti?
Shame...

Basuhbasuh dari kakakkakak.
Amboihh....tertembaktertampar berkalikali
Tak matimati haishh
Allah nak kami sambung perjuangan ini
Selagi hela nafas ada, inshaAllah

Musimmusim nak exam nih, mujahadah kena kuat sket laa
Aku ni banyak alasan
Memang menepati ayat Allah surah alKahfi:54 aku nih
Baik Lyana!
Mujahadah.
Bukan exam sahaja matlamat kau study week nih

Meeting. Qodhoya. Daurah (nak pegy...sob sob). Usrah.

Tapi melihatkan pencapaian mid sem and carry mark..
Aishh...jauh lgi perjalanan kau ni Lyana.
Acano nih??

Yg aku kena yakin, ya! Kau tolong agama Allah, Allah akan tolong kau.
Yg usaha pasti akan dapat ganjaran setimpal.
Nothing is impossible kalau Allah kata "Kun Fayakuun"

Tapi still hati goyah
Haishh...
Aku tak nak dakwah terfitnah sebab aku!
Lyana! Plan!

InshaAllah balik kemaman 14 jun.
Skarang 8 Mei.
Amboii....sebulan tu..
Rindu tak payah crite.
Adehh....

Mama, Papa, korang faham an kenapa Lyana balik lambat?
Kenapa Lyana kena berulang alik?
Kenapa Lyana selalu keluar?
Kenapa Lyana kata selalu sibuk?
Sob sob....rindu korang.
Kapan kita nak ada masa bersama yep?

Nanti masuk Kuantan...
Dekat ye kita dekat..
Tapi...

Takpe. Papa kata dulu waktu belajar mana ada balik.
Mana ada parents datang jenguk.
Kamu  ni manja sangat laa.
Adehh.
Sengih kerang busuk.

Manja?
I take it as complement. Ehh?

Harusla kan...sebab aku kan anak perempuan bongsu. Ehh?

Konklusi....aku yg bersalah dan berdosa tak pandai cari masa dengan keluarga.
Sob sob. Im sorry.

Kalau result Lyana sem ni tak memberangsangkan, seriously im sorry. >.<

Pencapaian dakwah sem ni pon hampeh.
Kalau ada test nih, serious memalukan result tu.
Sungguhpun akhawat laen kata "nti tu qawiyy da Lyana...tak payah rendah diri sangat laa"
Aishh... hazihi fitnah. >.<
Qawiyy? Jauh panggang dari api...
Akhawat,
Ana tak seQawiyy yg ntunna katakan...palsu semuanya.
Bukan nak humble bagai, tapi ini realitinya~
Maafkan ana akhawat.

Kita sama2 pose ekk...
Sweet sgat msg nih.
Rasa nak peluk2 sender msg nih..
Haaa.....rindu lagi...

Cuti bulan 6 ni jumpe ehh..
Haaa.....rindu lagi.
Hye awak! Lama tak jumpa!

Sem last ni da nak abes.
Lyana, what have you left behind?
Where's your printed version punya adek?
Erkk...krikkrik..
Huuuu >.<
Sungguh banyak jiwa yg telah aku zalimi dan abaikan haknya.

PRU13.
Ok. Tak nak cakap banyak pasal ni.. cukupla sekadar gambar ni menjelaskan...


Wahai Malaysia!
Ya, aku sayang kamu.
Aku diajar untuk menyayangi kamu.
Dan kerana sayangkan kamu, aku akan terus berjuang utk keamanan dan kemaslahatan kamu.
Aku tidak diajar unutk membenci kamu.
Aku juga tidak diajar untuk meninggalkan kamu.
Oleh kerana itu, aku tidak akan lelah berjuang membebaskan kamu dari kegelapan
Kerana aku yakin, kamu masih ada sinarnya
Dan keran aku juga orang yg belajar sejarah

My budakbudak dalam bilik
korang sangat sweeet
Terima kasih sebab layan kegilaaaaaaan saya
Korang hadekhadek yang sangat menghiburakan
Seriously i meant it!

Dear IS,
Sorry for not doing my job full-heartedly
Sometime i hate to know that i am ur SU
Sometime i hate to attend meeting bcoz after that i have to make minutes..derr
Sometime i feel wanna stop this right now!
But then i realise that, da'wa need u.
And to make sure the continuity of da'wa itself
Yeah then i fall in love again
Sorry for had betrayed u once..errkk..twice...erkk...^_^ just forgive me! >.<

Okayy then...
Bye for now

Wednesday, March 20, 2013

SeOrang itu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Di celah kesibukan macam ni pon sempat lagi kan...

Katanya da bersedia mencipta pengalaman baru.

Nah, hambekk.
Adehh...lemah rupanya aku.

Tak pernah situasi macam ni terjadi.
Dulu ada sorang sahabat aku dah penah mengalaminya.
Dia balik bilik dalam keadaan sedih.
Tapi disebabkan tak faham perasaan dia waktu tu, tiada yg mampu aku lakukan melainkan kata " Sabar ye nti..." typical.

Bila 1st time hadapi benda macam ni, aku tak tahu perlu malu kepada siapa.
Diri sendirikah atau dia yg seorang itu atau Allah?
Mungkin kerna dosa jadi Allah tak mahu bebankan aku utk konon2 bantu orang lain supaya elak dari buat dosa.
Aku yang rebah dulu.
Astaghfirullah~

Tapi haq mesti dilunaskan.
Aku bingung. Tak pernah sangaka situasi ini akan terjadi.
Aku takde pengalaman.
Macam mana ni?
Apa yg perlu aku buat?
Allahu rabbi~

Perlu ke aku minta maaf pada seorang itu?
Salah aku mereka tidak hadir.
Salah aku menyebabkan Allah tak pilih mereka utk hadir.
Hari ni Allah ajar aku sesuatu.

Dalam perjalanan menuju destinasi, gerak hati jahat berbicara.
Mungkin malam ini seorang je yg akan datang.
Tapi hati masih mengharap.
Tapi tak benar2 yakin pada Allah.
Malap.

Berbual seakan lama tidak berjumpa.
Sungguh aku kurang ziarah.
Konon tak reti nak cari masa mana...

Aku mohon Allah ampunkan aku.
Kurniakan aku kekuatan semula.

Masuk bilik, "Macam mana? Seronok tak?"
Emm....aku balas dengan anggukan dan senyum palsu....and start tukar topik perbualan.
Ya, seharusnya aku seronok tapi tak begitu malam ini.
Aku terlalu letak harapan tapi salahkah?

Kami berkongsi pengalaman waktu sekolah dulu.
Zaman UPSR, PMR dan SPM.
Zaman itu sungguh benar2 mengajar kami. Terutama aku.
Aku belajar yg aku akan berhenti usaha apabila hasilnya aku dah dapat. Itulah aku.
Seorang yg sangat mudah berpuas hati.
Tapi seorang itu...berhenti untuk terus berharap tapi dia masih berusaha.
Akhirnya Allah bagi apa yang dia harapkan selama ni.
Alhamdulillah.

Kemenangan itu seharusnya dimulai dengan mensyukuri dan membesarkan ALLAH. Bukan membesarkan diri sendiri.
Kemenangan itu atas kuasa Allah yg dipinjamkan kepada kita. Kita ni lemah tiada daya upaya.
Bila2 masa Dia bole ambik smula.
Itu pengajaran surah anNasr.

Itu yg kami kongsikan.
Dan pengalaman hidup yg diselongkar2.

Mendekati seorang itu juga sarana seorang teman.
Mungkin malam ni Allah nak suruh aku muqaddimah dulu dengan dia kott.
Hurmm....
Menarik rupanya seorang ini.
Sebelum ni aku tak berpeluang mengenali dia dengan rapat.

Menarik rencana Allah.
Aku merancang.
Melaksanakannya Allah sebab Dia juga punya rancangan.
Kerna Dia bagi yg terbaik.
Aku kena terima dengan baik.
Redha dalam2.
Senyum semula.

Tuesday, March 12, 2013

Tika Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni berpeluang membersihkan sawang2 yg singgah sebentar di laman ini sebab da lama kena tinggal. Bilik ni pon...x kurang bersawangnye..hurmm..

Sem nih sebilik ngan junior. Seriously awal2 tu saya asyik mainnnnnnn je.
Tak tau la knape. Seronok agaknya.
Tu yg sampai sekarang sengsara tu ada lagi.
Silapla main2 awal2 tuh.. T.T

Jadual ringan tapi sentiasa penooooohh je. Kadang tu lunyai satu hari tak larat.
Hidup pon kucar kacir. Tak terurus. Kelam kabut.
Tak bermaya dalam kelas. Pemakanan yg tak teratur.
Semua jadi serabut.
Kadang rasa nak jerit.
Tapi naik iman ke?

Masa tuk baca buku ilmiah pon da takde.
Masa tuk cari bahan tambahan pon takde.
Masa nak perbaiki hafazan pon ke lauttt.
Masa tuk mutarabbi pon sangat limited.
Masa nak kol mama pon kadang lupa kadang ingat.
Masa tuk tarik nafas dalam2 pon tak sempat menyempat.(Ye ke?)
Apa puncanya, ya?

Tapi masa berborak ada plak kan..
Masa tuk baring2 lepak2 ada plak.
Masa tuk termenung sejauh 5 batu ade plak.
Masa tuk update facebook ade plak.
Masa tuk makan sambil bergurau senda tahap gaban ade plak.
Masa tuk kacau org kat bilik ada plak.
Knape masa2 utk ni semua ada ya??

Sulit nak fikir semua nih.
Knapa ye??
Allahu rabbi.

Konon waktu berborak nak merapatkan ukhuwah.
Konon baring2 tu nak rehat2.
Konon termenung jauh tu fikir ttg DnT kat uia nih.
Konon update facebook tu sebab nak share sumthing ilmiah.
Konon makna sambil bergurau senda tahap gaban tuh nak release tension.
Konon kacau org kat bilik tu nak tambahkan kenalan dan mad'u.
Kita banyak beralasan kan? Especially diri ini.

Apa jenis daurah lagi yg patut saya hadiri supaya sentiasa manfaatkan masa?
Apa jenis murobbi lagi yg patut saya dapat supaya sentiasa bekerja tanpa fikir rehat?
Apa jenis akhawat lagi yg patut saya gauli supaya sentiasa ada momentum nak teruskan DnT nih?
Apa jenis buku lagi yg saya perlu hadam utk sentapkan jiwa bahawa mati itu dekat dan pasti?

Rungsing rungsing. Kacau bilau perasaan.

Kata sorang sahabat saya,
"Kalau mutabaah amal kkita terjaga, inshaAllah urusan yg lain pon akan terjaga."
Erkk..

Bila cek balik mutabaah amal tuu...
Parah. Dan sakit. Menanti rebah.

Macam mana la Allah nak laksanakan janji dia kalau kita tak buat dulu?
"Allah akan bantu hambaNya yang membantu agamaNya."
- Yakinlaa...Allah akan bantu kitaaa...
- Jangan risau... Letakkan semuanya pada Allah.
~ Momokan yg sering saya dengar. (_ _)'

Hati masih goyah utk percaya ayat ni sebab kita tak tolong pon sebenar2nya agama Allah itu.
"Tegakkan islam dalam dirimu nescaya akan tertegaklah islam di sekelilingmu."
Bukankah itu janji Allah juga?

Reschedule. Put on top the priority.

Pernah sorang kawan tanya saya,
"Mana lagi penting? Dakwah ke study?"

Sesungguhnya kedua2 itu penting.
Kita tinggalkan dakwah utk study, Islam akan lesap.
Kita tinggalkan study utk dakwah, Islam akan terfitnah.
Allahu rabbi.

" Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah daripada Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan." anNahl:53



Saya bukan bagos sangat nak cakap itu ini.
Tapi saya msih belajar.
Perjalanan kan panjang?
Why do we have to stop learning way too early?

#Bila hubungan dengan Allah renggang, yang lain pon akan turut menjauh. Sobs sobs. :'(

Saturday, January 26, 2013

SERIOUS!

Bismillahirrahmanirrahim.

Jalan ini sumpah panjang dan payah!

Kalau kita rasa berat, means that kita ada masalah dengan ukuwwah.

Ukhuwwah teras kegemilangan.

Sangat mengimani ayat itu.

Kadang semput juga. Kadang lelah juga. Kadang letih juga. Kadang penat juga. Kadang lalai juga.
Aku manusia lemah. Kamu juga manusia lemah. Dan kerana itu kita perlu bersama.
Janji Allah itu pasti. With or without us! I choose to be with.
Aku takot dengan ayatNya yg Allah tak kesah pon kita tak nak, Dia akan ganti kita dengan kaum lain.
Aku nak Kau Ya Allah. Slalu la pimpin tangan, hati dan jiwa aku.

Nabi Musa memohon kepada Allah untuk menghantar kepadanya Nabi Harun sebagai peneman ketika menyeru kepada Fir'aun.
Nabi Musa mahukan teman setia untuk memberinya semangat untuk berdakwah.
Begitu juga aku. Aku mahu kamu menjadi peneman dan pemberi kekuatan aku.

Nahnu Ruhul Jadid fi Jasadil Ummah!
Kami adalah Ruh Baru di Dalam Jasad Umat!

Kami adalah generasi Y yg tak ingin mati dalam siasia.
Kami adalah penerus generasi Qur'an yg tak ingin mati dalam maksiat.
Kami adalah pewaris jihad Rasulullah yg tak ingin mati tanpa ruh jihad dalam jasad kami.

Semangat aku semakin membara apabila melihat ramai ruhruh muda yg sudi menafkahkan seluruh hidup mereka untuk Islam.
Yg aku yakin, mereka berada di sini kerana ingin melihat Islam kembali gemilang.
Ya, mereka sungguh hebat, mantop dan osem.
Dan kerana aku juga muda, aku tak mahu ketinggalan dalam gerabak dakwah ini.
Dan kerana Allah campak rasa itu dalam jiwa aku membuatkan aku tak mahu berundur dari jalan ini.
Yg aku mohon sangatsangat, semoga Allah kuatkan hati aku dan juga kamu supaya berdiri teguh, bergerak selangkah melakukan tugas yg bukit pon tak nak buat dengan sepenuh dan setulus hati liLlahi taala.
Yg aku mohon slalu, semoga nama aku tidak terkeluar dari senarai nama org yg kalian doa untuk terus tetap teguh berada di jalan ini.

Aku juga ingin jumpa Rasulullah dengan wajah yg tersenyum.
Aku juga ingin jumpa Allah dengan wajah yang bercahaya.
Bukan aku tidak mahu semua itu.
Tapi aku tahu dan sedar aku lemah.
Dan kerna itu aku butuh kamu, dan kamu dan kamu dan juga kamu.

Allah sayang aku dengan menghantar kamu untuk aku.
Allah sayang aku dengan meniupkan sifat rahmahnya kedalam jiwa kamu agar kasih kamu tumpah utk aku.
Dan kerna itu aku tidak mahu terus menerus rebah tidak bermaya, lemah tidak berdaya menapaki hidup aku.

Bukan sekadar sayang, tapi chenta!!

Melihat kamu yg lincah, rancak dan rencam bergerak sini sana, buat aku jadi tidak senang duduk.
Apa yg menyebabakan kamu punya daya sedemikian?
Apa rahsianya?

Perlu punyai jiwa yang besar.
Itu aku sedang cuba wujudkan.
Baru rasa penat itu jadi bahagia.
Baru rasa lelah itu jadi gembira.
Baru bibir tak putusputus mengukir senyuman.

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'.
Citacita tertinggi.

Walau aku tidak sempat melihat kegemilangannya, tapi aku mahu jadi sebahagian dari batu bata yang membina kegemilangan itu.

Perancangan perlu dilakukan. Tindakan perlu berdasarkan perancangan. Tapi still tak boleh terlalu rigid.

"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang" - Saidina Ali.

Indahnya Islam itu.
Aku mahu pimpin tangan kamu utk merasainya bersama.
Hulurkan tanganmu.
Moga Allah permudahkan.

Urusan hidayah itu milik Allah.
Hati itu milik Allah. Biarlah Dia yg uruskan.
Jangan difikir tugasNya.
Yg perlu dititikberatkan hanyalah tugas kita.
'Abid dan Khalifah.

Aku masih belajar.
Inilah medan aku belajar dan beramal.
Mohon Allah beri ketabahan.
Mohon doa dari semua.

Aku tidak mahu ketinggalan.
Begitu juga aku tak mahu kamu, kamu, kamu dan kamu ketinggalan.

Tuesday, January 22, 2013

Here WITHOUT You


Aku termenung jauh waktu itu
Hati aku berterabur entah ke mana
Telinga aku mendengar
Jiwa aku bercelaru
Maafkan aku

Bila tiada baru belajar menghargai
Sungguh akulah orang yang rugi itu
Kiranya aku kuat rupanya tidak
Tersenyum aku waktu teringatkan kau

Bila rindu menyapa
Hati jadi gelisah tidak tenteram
Apa yg kurang tidak aku tahu
Tapi aku rindu pimpin tangannya
Yg setia menemani aku suka dan duka
Pintaku untuk terus bersamanya sangat mustahil
Hidup perlu diteruskan
Itulah lumrah hidup

Janji Allah aku tahu
Tapi goyah tidak yakin
Maafkan aku Ya Allah

Jalan yg sumpah panjang ini
Aku nak tempuh bersama kau
Tapi Dia punya perancangan yg Maha Hebat
Kalah aku dengan kuasaNya

Tapi itu yg terbaik aku tahu
Goyah utk percaya hati aku
Kerna tak ketemu lagi hikmahnya

Dia cuma penguat yg Aku kirim sementara
Dia Aku pinjamkan utk kau sekejap cuma
Tiba masa Aku ambil semula
Itu hak Aku dan kau mesti redha dengannya
Kerna sungguh Aku tahu apa yg terbaik untukmu

Aku goyah bila dia hilang
Aku sedar masanya sudah tiba
Masanya sudah tamat
Tanpa aku beritahu aku sudah bersedia atau tidak

Bila kau akan tahu kau sedia atau tidak?
Aku dah bagi kau yg terbaik. Percayalah.
Mohonlah ampun dariKu.
Mohonlah kekuatan dariKu

Rindu...
Bila ia menyapa lagi aku lupa Allah
Bila ia tersentap masuk ke jiwa aku lupa Allah
Maafkan aku Ya Allah
Seharusnya aku bersyukur
Seharusnya aku bergembira
Kerna ujian dariMu tanda Kau sayang
Sungguh aku buta

Di sini aku tanpamu,
Aku sedih kau tak ada di sisi aku
Aku masih bertatih aku butuh kau
Tapi aku harus tahu kau cuma pinjaman

Tapi ada satu yg setia bersamaku
Malunya aku tidak sedar selama ini
Tunduk muka malu angkat ke atas
Sentiasa temani aku tanpa jemu
Itu Allah.
Sentiasa dekat dengan aku walau aku tidak sedar. :')

Jika Allah lah sebab kita bersahabat,
Aku perlu yakin dan redha ini hadiah yg Dia cuba nak bagi kepada kita
Masanya saja belum tiba

Kerna jalan dakwah kau pimpin tangan aku
Kerna jalan dakwah kasih kau tumpah utk aku
Allah matlamat kita
Rasulullah qudwah kita
Syurga motivasi kita

Ukhti itu sentiasa terukir dalam hatiku
Senyumannya yg paling aku rindu
Kata-kata semangatnya aku rindu
Belaian manjanya aku rindu
Gelak tawanya aku rindu
Pandangan matanya aku rindu
Air mata selalu jadi peneman
Perkataan bisu menjadi perantara

Aku takut mendengar suara ukhti itu
Aku takut jika hanya tangisan saja yg akan kedengaran
Aku takut bersua mata dengan ukhti itu
Aku takut mata aku yg akan berair laju

Ukhti itu selalu bagi aku semangat
Ukhti itu selalu bimbing aku
Ukhti itulah yg selalu aku rindu
Dalam doa aku ingat dia
Dalam tidur aku ingat dia

Air mata yg selalu mengalir kebelakangan ini selalu untuk dia
Aishhh...Lyana, bila mau jadi insan kuat ni?
Kan Allah ada. Lupa ehh?? ^_^
Kan kau bersahabat baik dengannya kerana Allah?
Haaa...lupa ehhh?? =3

Heyy ukhti,
Saya rindu awak lah.

Tuesday, January 15, 2013

Tanpa Tajuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah mula2 kpada Allah, Rabb-ku.

Settle seminggu mengerjakan tugasan. Adehh.
Bengkak mata.
Tapi tak apa. Sudah namanya kewajipan, mestilah kena buat.
Dosa kalau tak buat.
Moga ikhlas itu ada.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus,
"Kadang-kadang kita kena buat benda secara terpaksa. Solat terpaksa. Puasa terpaksa. Lama2 inshaAllah akan timbul ikhlas itu. Kalau tak buat, macam mana nak timbul ikhlas tu? Macam makan nasi, kalau kita tak suap, makanan takkan masuk mulut kita."

Jadi, pada mulanya terpaksa buat, lama2 jadi seronok pula. Bila da siap, aisehh, dah siap la. Bersyukur memang. Tapi, terfikir, "lepas ni nak buat apa pulak ehh?"
Heshhh, memang itu tabiat buruk manusia yg ada pada aku.

Suatu ketika, aku merelakan diri utk menerima satu tugasan yg aku kira tugasan yg mencabar.
Punya la berdebar.
Teringat kata sahabat aku,
"Kalau ada masalah, bukak la Qur'an."
Ye tak ye. (Itu juga salah satu perangai buruk manusaia yg ada pada aku. Bila susah baru cari Allah. -_- )

Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka memngerti perkataanku," 
(Taha; 20: 25 hingga 28)

Ehh, ini doa yg biasa aku baca sebelum start belajar.
Ok, baru aku faham dan hayati maknanya. Sedeh btol.

Berbekalkan doa itu, aku amalkan pula teknik 'Nekad sesaat sebelum masuk bilik mayat'.
Plus, i need somebody to accompany me.
Then, here i go. Success. : )
Alhamdulillah.

Rezeki tu memang datang dari Allah. Dari arah yg tidak disangka-sangka.
Masa yg diluangkan hanya sedikit, tetapi lumayan hasilnya.
Tidakla pula meminta2. Tapi ada yg menghulur, rezeki jangan ditolak kan..?

Alhamdulillah, hati kami hanya diuji.
Dia nak uji betapa kuatnya kasih sayang kita.
Tapi aku tak berpeluang bersama mereka saat kasih kembali terpaut antara kami.
Hehe. Comella korang nih.

Sungguh drastik. Terkejut aku bila tahu.
Hidayah itu sesungguhnya memang benar milik Allah.
Aku doakan moga kau terus diberi kekuatan.
Istiqamah ye. Kau sangat cantik begitu.

Terima mesej rindu memang seronok.
Maafla lama tak bertanya khabar.
Selalu lalai. Bukan tak ingat.
Mungkin tak ada kesedaran lagi.

Kena bersedia untuk menjadi ukhty yg tabah.
Walau jauh, tapi aku yakin kau mesti akan selalu tolong aku dan setia ada kat sisi aku waktu aku memerlukan kau.

"Walau kau tiada lagi berjuang di sisi,
Jalanku takkan berubah"

Aku yakin, jika kita maih kekal di jalan ini, kita pasti bertemu bila-bila masa.
Kuatkan langkah. Tabahkan hati. Kentalkan jiwa.
Berpisah mengejar cita. Bermatlamatkan yg sama. Aku rindu ingin kembali. Dan janji kita, masih aku ingat.

Seronoknya jadi the only child in da house.
Kakak tak de. Dua adik lelaki tu pon tak ada.
Jadi anak manja.
Da lama tak begini.
Buat adik beradikku yg lain, sila jangan cemburu mahupon jelous. Hihi.
(Nanti kamu pon akan dapat rasa juga. Tunggu masa yg sesuai je)

Depan rumah dah jadi macam orang nak pindah rumah.
Banyak btol barang yg boleh dikitar semula kat rumah ni.
3 hari mengerjakan rumah.
Alhamdulillah, good as new. haha.
Tapi masih tidak bersedia menerima tetamu. -.-

Jadi kegilaan baru la plak.
Adehh. Kena mujahadah kuat lagi laa.

Banyak btol perkara gembira yg Allah atur utk aku cuti hampir 3 bulan nih.
Tup Tap (2x) lagi 3 hari aku kat rumah.
Semoga naik semester baru ni berjaya membentuk aku jadi insan yg haybat.
Tahun ni aku tak tahu apa yg Allah rancang utk aku.
Aku berharap semoga semuanya yg terbaik.
Kenangan lalu kena simpan molek2. Jadikan pengajaran dalam hidup. Yg buruk jadikan sempadan.
Aku dah bersedia utk mencipta pengalaman baru. : )


Tuesday, January 8, 2013

kerana ITU aku CHENTA amat SAMA kamu ^_____^

Bismillahirrahmanirrahim.

Genap 20 tahun. -_-

Kata budak kecik, menjadi dewasa itu seronok.
Kata orang dewasa, menjadi budak kecik itu saat paling membahagiakan.
Jelas di sini manusia itu memang tak reti nak bersyukur. Istighfar~

Hidup ini ada peringkat2 nya. Allah itu kan tidak kejam pada hambaNya.
Sayang lagi adalah pada kita hambaNya yang...errr.... (insaf).

Dari kecik, bagaimana kita yg tak tau berjalan, Allah ajar kita bergolek2 dulu, then meniarap, mengensot, angkat badan perlahan2, merangkak, bertatih2 dan seterusnya boleh berjalan. Malah boleh berlari. 

Bahagianya perasaan parents kita bila kita ada peningkatan kann....
Bahagianya perasaan mereka bila kita sudah mula belajar utk bercakap, makan, minum macam dsb.

Hari aku dilahirkan pada 4 Januari 1993. 
Kata mama, aku lahir lewat seminggu dari tarikh yg ditetapkan.
Kata org, budak duduk lama dalam perut ibunya budak yg pandai. (gelak...haha).
Kata org lagi, budak yg duduk lama dalam perut ibunya makan...erkkk...tak lalu nak tulis. 
Tapi kata Allah, itulah waktu terbaik utk kamu lahir wahai Lyana. 

Apa taknya, aku amat bersyukur lahir taun 1993. 
Kalau tak, takde laa aku jumpa sahabat aku yg haybat2 nih. ^____^ v

Mama kata, waktu aku lahir, papa tak sempat sampai hospital sebab waktu tu papa ada kat Terengganu kerja. Mama duduk kat kampung Meru. Arwah nenek yg jaga mama. 
Mama crite nenek jaga mama sampai tak lalu makan. Sume dia bagi mama suh makan sebab mama lapar.
Lagi nak tambah perisa kepada cerita aku, aku duduk songsang dalam perut. Sebelum tu da ejas dah. Bergerak lagi. Tak duduk diam. Doktor kata sebab air ketumban banyak. Jadi amat mudah aku bergerak2 dalam perut tu. The result, in order utk keluarkan aku dari perut mama, terpaksa belah perut. Aduhh... Dengar je da seram. Maaf mama. 

Dan kerana semua penderitaan ini, yg aku baru tau ini, membuatkan bunga2 chenta utk kamu bertambah mekar berbau harum. Dan kerana semua ini juga, aku terus2an jatuh chenta dengan Allah kerana mengurniakan aku ibubapa, malah nenek dan saudara mara, yg sangat menyayangi aku sejak aku lahir. 

Jangan sombong dengan org lain, kerana mana tau orang itu pernah berjasa atau akan berjasa kepada kita. That is also one of the points i've got from my mama's story. 

Apa yg Allah rancang itu sungguh sangat chantekk. Tak mampu nak crite semuanya kat sini. Yg aku perlu buat ialah bersyukur tiap masa. Dan itu yg paling susah utk aku buat. Istighfar~

Buat chenta2 hatiku semua, terima kaseh atas semuanya. Alhamdulillah Allah mengurniakan sifat rahmatNya ke dalam hati kalian.

Heshhh,,,,chenta itu susah nak digambarkan kannn?? : )


A big heart from a small person~ 
Yg paling penting, moga nama2 kalian, org2 yg aku chenta, dan nama aku juga, termasuk dalam list hamba yg dichenta Allah. 

Wednesday, January 2, 2013

Pengalaman Itu Guru

Bismillahirrahmanirrahim.

2012 baru 2 hari melabuhkan tirainya.
2013 sudah 2 hari menyerlahkan dirinya.

Seronok bila bercakap tentang pengalaman.
Pengalaman itu memang guru yg tak official yg banyak mengajar aku erti hidup.
Ruginya kalau aku takot tuk mencipta pengalaman.
Best rupanya ada banyak pengalaman.

Ada orang di sebalik setiap jejak aku.
Kerna aku hidup tidak sendirian.
Dari bulan Januari hingga Disember, sarat dengan kenangan yg tercipta bersama orang sekeliling aku.
Bersama keluarga, sahabat, teman UIA, AlAmin dll.

Tercatat sudah di Luh Mahfuz setiap apa yg aku telah lakukan, bakal lakukan dan akan lakukan.
Aku hanya melakonkan sahaja.
Allah yg membuat keputusan utk aku dan aku berharap yg terbaik sahaja utk masa depan aku.

Aku pernah bercita2. Aku masih mahu menggenggam cita2 aku itu. Walau aku tau payah dan susah dan sukar dan nampak sangat mustahil. Tapi yg mesti aku imani dengan yakin tanpa ragu, Allah bersama sangkaanku. Bila dah makin besar, cita2 aku nampak makin tersasar. Makin jauh rasanya. Apa yg tak kena ya?

Aku tau usaha itu tangga kejayaan. Aku tau usaha itu perlu dan wajib! Aku tau usaha itu tabiat orang beriman.
Kita takkan dengan mudah dapat apa yg kita impikan kalau tiada usaha. Apa kau fikir rezeki itu turun dari langit macam tu je? Rezeki itu bergolek jatuh kat atas kaki kau? Fikir kembali.

Senyum je walau ada masalah pon. Aku tau ada kebaikan di setiap masalah yg menimpa aku. Aku tak suka stress. Stress menyesakkan jantungku. Menyempitkan salur pernafasan aku. Memeningkan kepala aku. Mengerutkan dahi aku. Merenggut senyuman aku. Mengelamkan hari aku.

Tahun ni aku 20 tahun.
Aku mahu buat yg terbaik.
Seperti azam aku setiap tahun.
Tapi aku tau Allah ada perancanganNya utk aku.
Yg aku harap agar aku diberi kekuatan utk menerima setiap perkara yg bakal berlaku.

Apa yg berlaku, biarlah terlipat kemas dalam memori aku.
Menjadi pengalaman berharga yg tak mampu aku lupakan.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian darinya.

Some of the memories to be shared;

Final outing for Amy with us


Group 66 sem III 


Handle KBM versi IPT di Terengganu

They are leaving to Gombak. Tinggal saya sorang2 kat Kuantan

XPeRT di Terengganu. 

Mereka yg berdiri di sini

With my papa and sister

My mama and sister

1st time banjir

Kami yg rindu. (wajah sahabat2 saya sangat cantik..LOL)

Group triple 1 sem IV BioSc  ^_^

Hisbah Asma' Abu Bakr
Rehlah

Mukhayyam




And, again. Thanks for the memories~ : )

Tuesday, January 1, 2013

LEMBAB!!! nyut nyut nyut =.='

Bismillahirrahmanirrahim.

Jangan buat kerja macam siput ye.
Boleh tak jangan lembab sangat??
dsb~

"Lyana, boleh tak jangan lembab sangat?"
"Lyana, kau jangan lembab sangat. Susah nanti. Nanti kau kena buat kerja lagi laju. Kalau kau maih lembab macam ni, nanti orang akan marah kau sebab buat kerja lembab sangat." Itu kata2 kakak aku.
Adehh...tajam menusuk hati. Hukhuk.

Faktor lembab;
1. Mungkin kerana tak ikhlas.
2. Mungkin kerana bosan.
3. Mungkin kerana rasa tak penting.
4. Mungkin kerana malas.
5. Dan berbagai2 alasan lain yg tak masok akal.

Paling tak ske orang kata kita lembab. Sebab, lembab tu macam satu penghinaan.
Lembab ni satu kelemahan yg bole diatasi kalau kita sendiri nak atasi benda tu.
Everything begin from the end of mind...kan??
Aku tak nak jadi lembab!!
Jadi, tindakan kita, buat kerja laju2.
Improve pengetahuan kita.
Banyakkan bertanya.
Dan berbagai2 lagi jalan untuk mengatasi kelembapan itu.

Lembab itu satu kelemahan yg bagi aku sangat tak ske kalau org lain tau. Huhu.
Kelemahan itu kan satu keaiban yg kita akan berusaha sedaya upaya utk sorok. Kan?

Setiap kali meeting, sekurang2 nya aku akan ambil masa selama setengah jam utk hadam apa yg sedang cuba dbincangkan. Walaupon usul sudah dibgtw, still aku blur. Dan kadang2  tak seperti yg aku bayang.

Mungkin pemikiran aku kurang matang. Mungkin~

Mula2 aku rasa malu kalau aku senyap je waktu meeting. Tapi bagi aku, buat apa rasa malu ngan manusia dan utk elak rasa malu tu aku bagi idea yg eshhh...xbernas langsung dan patut ditolak ketepi awal2. Kau buat kerja ni kerana Allah kan?? Adehhh...

Tapi kata sahabat baikku,
 "Tapi anti still kena belajar macam mana nak generate idea dengan  lebih laju."
How to think faster for dummies. Ada tak buku macam tu??

Kadang2 rasa macam nak lari. Haha. Tapi, it still not solve anything.

Geram pada diri sendiri kenapa lembab sangat. Otak kosong trus. Minda terus blur. Mata terkedip2.
Lyana! Mana anti?

Tapi yg sentiasa buat aku kuat, sahabat aku tak pernah tinggalkan aku walaupon aku ni lembab tahap sipot. Sering beri aku tunjuk ajar dan nasehat yg berbakul2. Tak bosan cuba buat aku mengerti. Tak pernah lelah terus menerus memberi kepercayaan kepada aku. Dan tak pernah marah aku walaupon aku lembab macam nih. Nanges.

Ada org kata, orang pendiam tu sebab dia sedang berfikir. Erkk...fikir kembali ye. Adakah tengah berfikir ataupon tengah berfikir apa yg sedang berlaku ni??

Teringat satu kata2 yg sangat aku suka;
"Aku tak akan bercakap kalau aku rasa nak cakap. Tapi aku akan cakap kalau aku rasa tak boleh kalau aku tak cakap."
- tak ingat siapa empunya kata2 ni.

This 2013, aku tak nak jadi lembab2 sangat dah. Walau aku tau mesti masih lembab lagi, tapi Allah hantar ramai orang untuk sentiasa bagi aku semangat supaya kurangkan sket kelembapan itu.
Yet, He still makes me happy. : )

Tak mo lembab2 daa

Hamba Allah tu kan tidak sempurna. Sebab tu kita kena bermasyarakat utk mengatasi ketidaksempurnaan kita itu.