Bismillahirahmanirrahim...
Bersawang sudah.
Bila jiwa kering beginila jadinya.
Yang diberi harus bermanfaat.
Bagaimana bisa bagi yang bermanfaat saat jiwa kontang.
Adehh...lemah btol~
Baru selesai taaruf program.
Menarik.
Sebelum ni aku tidak tahu apakah pentingnya taaruf program nih.
Ikut pon sebab dah kata 'compulsory' kan...
Selain dari mengajar untuk berdisiplin..
Kata abang komiti...supaya masa kita terisi. Nanti lepas ni korang survive sendiri isi masa sendiri cari manfaat sendiri.
Ohh..begitu.
Dengan jadual yang pack dan kena rushing slalu..begitu seharusnya pengajaran yang aku dapat.
Baru teranggukangguk faham.
Jika begitu, tidak terlambat untuk aku ucapkan terima kasih komiti taaruf programme 2013/2014.
Moga Allah membalas jasa dan penat lelah kamu. :)
Sumpah UIAM Kuantan ni besar!! Haha.
Kulliyyah aku di ujung donia UIAM Kuantan nih. -_-
Tak mengapa. Bas ada. Kaki ada. Nanti inshaAllah basikal ada. Hehe.
Tempat baru..mesti kena ada matlamat baru kan..?
Cliche~
Tapi itula lumrah manusia seperti aku.
Moga di sini aku memberi manfaat.
Kata naqibah aku..di mana saja aku berada, moga bertunas DNT di situ.
InshaAllah~
Aku cuba buka minda aku. Jangan terperuk sangat. Jangan lame sangat. Jangan jumud sangat. Kita semua ada matlamat yang sama cuma mungkin berbeza cara.
Dengan cara itu aku selesa. Aku akan teruskan dengan cara itu.
Semoga Allah memberkati.
Nur Solihah pon da jadi family IIUM. Tahniah sahabat! Moga kehadiranmu di situ memberi manfaat.
Mulamula aku tak suka course aku. Biotechnology.
Bagi aku course ni hanya sesuai untuk lelaki. Mungkin kerana ada perkataan 'technology' kot. Haha.
Tapi setelah ada penerangan dan melihatkan keadaan market sekarang, aku lega sikit laa. Alhamdulillah.
Tapi rezeki Allah tu kan ada di manamana.
Tak semestinya lepas graduate jadi biotechnologist je..banyak lagi yang boleh aku buat.
Cuma first stepnya sekarang ni kena rajin je. Hoo.
Moga aku mampu memberi manfaat.
Satu yang aku suka ialah belajar benda baru. Ilmu Allah itu kan luas. Belajarla selagi boleh.
InshaAllah sekali lagi..moga aku mampu memberi manfaat. Sila aminkan. ^_^
No comments:
Post a Comment