2012 baru 2 hari melabuhkan tirainya.
2013 sudah 2 hari menyerlahkan dirinya.
Seronok bila bercakap tentang pengalaman.
Pengalaman itu memang guru yg tak official yg banyak mengajar aku erti hidup.
Ruginya kalau aku takot tuk mencipta pengalaman.
Best rupanya ada banyak pengalaman.
Ada orang di sebalik setiap jejak aku.
Kerna aku hidup tidak sendirian.
Dari bulan Januari hingga Disember, sarat dengan kenangan yg tercipta bersama orang sekeliling aku.
Bersama keluarga, sahabat, teman UIA, AlAmin dll.
Tercatat sudah di Luh Mahfuz setiap apa yg aku telah lakukan, bakal lakukan dan akan lakukan.
Aku hanya melakonkan sahaja.
Allah yg membuat keputusan utk aku dan aku berharap yg terbaik sahaja utk masa depan aku.
Aku pernah bercita2. Aku masih mahu menggenggam cita2 aku itu. Walau aku tau payah dan susah dan sukar dan nampak sangat mustahil. Tapi yg mesti aku imani dengan yakin tanpa ragu, Allah bersama sangkaanku. Bila dah makin besar, cita2 aku nampak makin tersasar. Makin jauh rasanya. Apa yg tak kena ya?
Aku tau usaha itu tangga kejayaan. Aku tau usaha itu perlu dan wajib! Aku tau usaha itu tabiat orang beriman.
Kita takkan dengan mudah dapat apa yg kita impikan kalau tiada usaha. Apa kau fikir rezeki itu turun dari langit macam tu je? Rezeki itu bergolek jatuh kat atas kaki kau? Fikir kembali.
Senyum je walau ada masalah pon. Aku tau ada kebaikan di setiap masalah yg menimpa aku. Aku tak suka stress. Stress menyesakkan jantungku. Menyempitkan salur pernafasan aku. Memeningkan kepala aku. Mengerutkan dahi aku. Merenggut senyuman aku. Mengelamkan hari aku.
Tahun ni aku 20 tahun.
Aku mahu buat yg terbaik.
Seperti azam aku setiap tahun.
Tapi aku tau Allah ada perancanganNya utk aku.
Yg aku harap agar aku diberi kekuatan utk menerima setiap perkara yg bakal berlaku.
Apa yg berlaku, biarlah terlipat kemas dalam memori aku.
Menjadi pengalaman berharga yg tak mampu aku lupakan.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian darinya.
Some of the memories to be shared;
Final outing for Amy with us |
Group 66 sem III |
Handle KBM versi IPT di Terengganu |
They are leaving to Gombak. Tinggal saya sorang2 kat Kuantan |
XPeRT di Terengganu. |
Mereka yg berdiri di sini |
With my papa and sister |
My mama and sister |
1st time banjir |
Kami yg rindu. (wajah sahabat2 saya sangat cantik..LOL) |
Group triple 1 sem IV BioSc ^_^ |
Hisbah Asma' Abu Bakr |
Rehlah |
Mukhayyam |
And, again. Thanks for the memories~ : )
No comments:
Post a Comment