Saturday, January 26, 2013

SERIOUS!

Bismillahirrahmanirrahim.

Jalan ini sumpah panjang dan payah!

Kalau kita rasa berat, means that kita ada masalah dengan ukuwwah.

Ukhuwwah teras kegemilangan.

Sangat mengimani ayat itu.

Kadang semput juga. Kadang lelah juga. Kadang letih juga. Kadang penat juga. Kadang lalai juga.
Aku manusia lemah. Kamu juga manusia lemah. Dan kerana itu kita perlu bersama.
Janji Allah itu pasti. With or without us! I choose to be with.
Aku takot dengan ayatNya yg Allah tak kesah pon kita tak nak, Dia akan ganti kita dengan kaum lain.
Aku nak Kau Ya Allah. Slalu la pimpin tangan, hati dan jiwa aku.

Nabi Musa memohon kepada Allah untuk menghantar kepadanya Nabi Harun sebagai peneman ketika menyeru kepada Fir'aun.
Nabi Musa mahukan teman setia untuk memberinya semangat untuk berdakwah.
Begitu juga aku. Aku mahu kamu menjadi peneman dan pemberi kekuatan aku.

Nahnu Ruhul Jadid fi Jasadil Ummah!
Kami adalah Ruh Baru di Dalam Jasad Umat!

Kami adalah generasi Y yg tak ingin mati dalam siasia.
Kami adalah penerus generasi Qur'an yg tak ingin mati dalam maksiat.
Kami adalah pewaris jihad Rasulullah yg tak ingin mati tanpa ruh jihad dalam jasad kami.

Semangat aku semakin membara apabila melihat ramai ruhruh muda yg sudi menafkahkan seluruh hidup mereka untuk Islam.
Yg aku yakin, mereka berada di sini kerana ingin melihat Islam kembali gemilang.
Ya, mereka sungguh hebat, mantop dan osem.
Dan kerana aku juga muda, aku tak mahu ketinggalan dalam gerabak dakwah ini.
Dan kerana Allah campak rasa itu dalam jiwa aku membuatkan aku tak mahu berundur dari jalan ini.
Yg aku mohon sangatsangat, semoga Allah kuatkan hati aku dan juga kamu supaya berdiri teguh, bergerak selangkah melakukan tugas yg bukit pon tak nak buat dengan sepenuh dan setulus hati liLlahi taala.
Yg aku mohon slalu, semoga nama aku tidak terkeluar dari senarai nama org yg kalian doa untuk terus tetap teguh berada di jalan ini.

Aku juga ingin jumpa Rasulullah dengan wajah yg tersenyum.
Aku juga ingin jumpa Allah dengan wajah yang bercahaya.
Bukan aku tidak mahu semua itu.
Tapi aku tahu dan sedar aku lemah.
Dan kerna itu aku butuh kamu, dan kamu dan kamu dan juga kamu.

Allah sayang aku dengan menghantar kamu untuk aku.
Allah sayang aku dengan meniupkan sifat rahmahnya kedalam jiwa kamu agar kasih kamu tumpah utk aku.
Dan kerna itu aku tidak mahu terus menerus rebah tidak bermaya, lemah tidak berdaya menapaki hidup aku.

Bukan sekadar sayang, tapi chenta!!

Melihat kamu yg lincah, rancak dan rencam bergerak sini sana, buat aku jadi tidak senang duduk.
Apa yg menyebabakan kamu punya daya sedemikian?
Apa rahsianya?

Perlu punyai jiwa yang besar.
Itu aku sedang cuba wujudkan.
Baru rasa penat itu jadi bahagia.
Baru rasa lelah itu jadi gembira.
Baru bibir tak putusputus mengukir senyuman.

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'.
Citacita tertinggi.

Walau aku tidak sempat melihat kegemilangannya, tapi aku mahu jadi sebahagian dari batu bata yang membina kegemilangan itu.

Perancangan perlu dilakukan. Tindakan perlu berdasarkan perancangan. Tapi still tak boleh terlalu rigid.

"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang" - Saidina Ali.

Indahnya Islam itu.
Aku mahu pimpin tangan kamu utk merasainya bersama.
Hulurkan tanganmu.
Moga Allah permudahkan.

Urusan hidayah itu milik Allah.
Hati itu milik Allah. Biarlah Dia yg uruskan.
Jangan difikir tugasNya.
Yg perlu dititikberatkan hanyalah tugas kita.
'Abid dan Khalifah.

Aku masih belajar.
Inilah medan aku belajar dan beramal.
Mohon Allah beri ketabahan.
Mohon doa dari semua.

Aku tidak mahu ketinggalan.
Begitu juga aku tak mahu kamu, kamu, kamu dan kamu ketinggalan.

No comments:

Post a Comment