Bismillahirrahmanirrahim.
Di celah kesibukan macam ni pon sempat lagi kan...
Katanya da bersedia mencipta pengalaman baru.
Nah, hambekk.
Adehh...lemah rupanya aku.
Tak pernah situasi macam ni terjadi.
Dulu ada sorang sahabat aku dah penah mengalaminya.
Dia balik bilik dalam keadaan sedih.
Tapi disebabkan tak faham perasaan dia waktu tu, tiada yg mampu aku lakukan melainkan kata " Sabar ye nti..." typical.
Bila 1st time hadapi benda macam ni, aku tak tahu perlu malu kepada siapa.
Diri sendirikah atau dia yg seorang itu atau Allah?
Mungkin kerna dosa jadi Allah tak mahu bebankan aku utk konon2 bantu orang lain supaya elak dari buat dosa.
Aku yang rebah dulu.
Astaghfirullah~
Tapi haq mesti dilunaskan.
Aku bingung. Tak pernah sangaka situasi ini akan terjadi.
Aku takde pengalaman.
Macam mana ni?
Apa yg perlu aku buat?
Allahu rabbi~
Perlu ke aku minta maaf pada seorang itu?
Salah aku mereka tidak hadir.
Salah aku menyebabkan Allah tak pilih mereka utk hadir.
Hari ni Allah ajar aku sesuatu.
Dalam perjalanan menuju destinasi, gerak hati jahat berbicara.
Mungkin malam ini seorang je yg akan datang.
Tapi hati masih mengharap.
Tapi tak benar2 yakin pada Allah.
Malap.
Berbual seakan lama tidak berjumpa.
Sungguh aku kurang ziarah.
Konon tak reti nak cari masa mana...
Aku mohon Allah ampunkan aku.
Kurniakan aku kekuatan semula.
Masuk bilik, "Macam mana? Seronok tak?"
Emm....aku balas dengan anggukan dan senyum palsu....and start tukar topik perbualan.
Ya, seharusnya aku seronok tapi tak begitu malam ini.
Aku terlalu letak harapan tapi salahkah?
Kami berkongsi pengalaman waktu sekolah dulu.
Zaman UPSR, PMR dan SPM.
Zaman itu sungguh benar2 mengajar kami. Terutama aku.
Aku belajar yg aku akan berhenti usaha apabila hasilnya aku dah dapat. Itulah aku.
Seorang yg sangat mudah berpuas hati.
Tapi seorang itu...berhenti untuk terus berharap tapi dia masih berusaha.
Akhirnya Allah bagi apa yang dia harapkan selama ni.
Alhamdulillah.
Kemenangan itu seharusnya dimulai dengan mensyukuri dan membesarkan ALLAH. Bukan membesarkan diri sendiri.
Kemenangan itu atas kuasa Allah yg dipinjamkan kepada kita. Kita ni lemah tiada daya upaya.
Bila2 masa Dia bole ambik smula.
Itu pengajaran surah anNasr.
Itu yg kami kongsikan.
Dan pengalaman hidup yg diselongkar2.
Mendekati seorang itu juga sarana seorang teman.
Mungkin malam ni Allah nak suruh aku muqaddimah dulu dengan dia kott.
Hurmm....
Menarik rupanya seorang ini.
Sebelum ni aku tak berpeluang mengenali dia dengan rapat.
Menarik rencana Allah.
Aku merancang.
Melaksanakannya Allah sebab Dia juga punya rancangan.
Kerna Dia bagi yg terbaik.
Aku kena terima dengan baik.
Redha dalam2.
Senyum semula.
No comments:
Post a Comment