Tuesday, January 22, 2013

Here WITHOUT You


Aku termenung jauh waktu itu
Hati aku berterabur entah ke mana
Telinga aku mendengar
Jiwa aku bercelaru
Maafkan aku

Bila tiada baru belajar menghargai
Sungguh akulah orang yang rugi itu
Kiranya aku kuat rupanya tidak
Tersenyum aku waktu teringatkan kau

Bila rindu menyapa
Hati jadi gelisah tidak tenteram
Apa yg kurang tidak aku tahu
Tapi aku rindu pimpin tangannya
Yg setia menemani aku suka dan duka
Pintaku untuk terus bersamanya sangat mustahil
Hidup perlu diteruskan
Itulah lumrah hidup

Janji Allah aku tahu
Tapi goyah tidak yakin
Maafkan aku Ya Allah

Jalan yg sumpah panjang ini
Aku nak tempuh bersama kau
Tapi Dia punya perancangan yg Maha Hebat
Kalah aku dengan kuasaNya

Tapi itu yg terbaik aku tahu
Goyah utk percaya hati aku
Kerna tak ketemu lagi hikmahnya

Dia cuma penguat yg Aku kirim sementara
Dia Aku pinjamkan utk kau sekejap cuma
Tiba masa Aku ambil semula
Itu hak Aku dan kau mesti redha dengannya
Kerna sungguh Aku tahu apa yg terbaik untukmu

Aku goyah bila dia hilang
Aku sedar masanya sudah tiba
Masanya sudah tamat
Tanpa aku beritahu aku sudah bersedia atau tidak

Bila kau akan tahu kau sedia atau tidak?
Aku dah bagi kau yg terbaik. Percayalah.
Mohonlah ampun dariKu.
Mohonlah kekuatan dariKu

Rindu...
Bila ia menyapa lagi aku lupa Allah
Bila ia tersentap masuk ke jiwa aku lupa Allah
Maafkan aku Ya Allah
Seharusnya aku bersyukur
Seharusnya aku bergembira
Kerna ujian dariMu tanda Kau sayang
Sungguh aku buta

Di sini aku tanpamu,
Aku sedih kau tak ada di sisi aku
Aku masih bertatih aku butuh kau
Tapi aku harus tahu kau cuma pinjaman

Tapi ada satu yg setia bersamaku
Malunya aku tidak sedar selama ini
Tunduk muka malu angkat ke atas
Sentiasa temani aku tanpa jemu
Itu Allah.
Sentiasa dekat dengan aku walau aku tidak sedar. :')

Jika Allah lah sebab kita bersahabat,
Aku perlu yakin dan redha ini hadiah yg Dia cuba nak bagi kepada kita
Masanya saja belum tiba

Kerna jalan dakwah kau pimpin tangan aku
Kerna jalan dakwah kasih kau tumpah utk aku
Allah matlamat kita
Rasulullah qudwah kita
Syurga motivasi kita

Ukhti itu sentiasa terukir dalam hatiku
Senyumannya yg paling aku rindu
Kata-kata semangatnya aku rindu
Belaian manjanya aku rindu
Gelak tawanya aku rindu
Pandangan matanya aku rindu
Air mata selalu jadi peneman
Perkataan bisu menjadi perantara

Aku takut mendengar suara ukhti itu
Aku takut jika hanya tangisan saja yg akan kedengaran
Aku takut bersua mata dengan ukhti itu
Aku takut mata aku yg akan berair laju

Ukhti itu selalu bagi aku semangat
Ukhti itu selalu bimbing aku
Ukhti itulah yg selalu aku rindu
Dalam doa aku ingat dia
Dalam tidur aku ingat dia

Air mata yg selalu mengalir kebelakangan ini selalu untuk dia
Aishhh...Lyana, bila mau jadi insan kuat ni?
Kan Allah ada. Lupa ehh?? ^_^
Kan kau bersahabat baik dengannya kerana Allah?
Haaa...lupa ehhh?? =3

Heyy ukhti,
Saya rindu awak lah.

4 comments:

  1. eh eh , ana ad komen pat atas , tak kelua pulak dahh.sejak bila ana jadi amatulaziz niiiiii.tu nama pena , bukan nama panggilan.ohoiii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. beautiful name la baidah amatul aziz tuh. hihi. :)

      Delete