Tuesday, January 8, 2013

kerana ITU aku CHENTA amat SAMA kamu ^_____^

Bismillahirrahmanirrahim.

Genap 20 tahun. -_-

Kata budak kecik, menjadi dewasa itu seronok.
Kata orang dewasa, menjadi budak kecik itu saat paling membahagiakan.
Jelas di sini manusia itu memang tak reti nak bersyukur. Istighfar~

Hidup ini ada peringkat2 nya. Allah itu kan tidak kejam pada hambaNya.
Sayang lagi adalah pada kita hambaNya yang...errr.... (insaf).

Dari kecik, bagaimana kita yg tak tau berjalan, Allah ajar kita bergolek2 dulu, then meniarap, mengensot, angkat badan perlahan2, merangkak, bertatih2 dan seterusnya boleh berjalan. Malah boleh berlari. 

Bahagianya perasaan parents kita bila kita ada peningkatan kann....
Bahagianya perasaan mereka bila kita sudah mula belajar utk bercakap, makan, minum macam dsb.

Hari aku dilahirkan pada 4 Januari 1993. 
Kata mama, aku lahir lewat seminggu dari tarikh yg ditetapkan.
Kata org, budak duduk lama dalam perut ibunya budak yg pandai. (gelak...haha).
Kata org lagi, budak yg duduk lama dalam perut ibunya makan...erkkk...tak lalu nak tulis. 
Tapi kata Allah, itulah waktu terbaik utk kamu lahir wahai Lyana. 

Apa taknya, aku amat bersyukur lahir taun 1993. 
Kalau tak, takde laa aku jumpa sahabat aku yg haybat2 nih. ^____^ v

Mama kata, waktu aku lahir, papa tak sempat sampai hospital sebab waktu tu papa ada kat Terengganu kerja. Mama duduk kat kampung Meru. Arwah nenek yg jaga mama. 
Mama crite nenek jaga mama sampai tak lalu makan. Sume dia bagi mama suh makan sebab mama lapar.
Lagi nak tambah perisa kepada cerita aku, aku duduk songsang dalam perut. Sebelum tu da ejas dah. Bergerak lagi. Tak duduk diam. Doktor kata sebab air ketumban banyak. Jadi amat mudah aku bergerak2 dalam perut tu. The result, in order utk keluarkan aku dari perut mama, terpaksa belah perut. Aduhh... Dengar je da seram. Maaf mama. 

Dan kerana semua penderitaan ini, yg aku baru tau ini, membuatkan bunga2 chenta utk kamu bertambah mekar berbau harum. Dan kerana semua ini juga, aku terus2an jatuh chenta dengan Allah kerana mengurniakan aku ibubapa, malah nenek dan saudara mara, yg sangat menyayangi aku sejak aku lahir. 

Jangan sombong dengan org lain, kerana mana tau orang itu pernah berjasa atau akan berjasa kepada kita. That is also one of the points i've got from my mama's story. 

Apa yg Allah rancang itu sungguh sangat chantekk. Tak mampu nak crite semuanya kat sini. Yg aku perlu buat ialah bersyukur tiap masa. Dan itu yg paling susah utk aku buat. Istighfar~

Buat chenta2 hatiku semua, terima kaseh atas semuanya. Alhamdulillah Allah mengurniakan sifat rahmatNya ke dalam hati kalian.

Heshhh,,,,chenta itu susah nak digambarkan kannn?? : )


A big heart from a small person~ 
Yg paling penting, moga nama2 kalian, org2 yg aku chenta, dan nama aku juga, termasuk dalam list hamba yg dichenta Allah. 

No comments:

Post a Comment