Tuesday, January 15, 2013

Tanpa Tajuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah mula2 kpada Allah, Rabb-ku.

Settle seminggu mengerjakan tugasan. Adehh.
Bengkak mata.
Tapi tak apa. Sudah namanya kewajipan, mestilah kena buat.
Dosa kalau tak buat.
Moga ikhlas itu ada.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus,
"Kadang-kadang kita kena buat benda secara terpaksa. Solat terpaksa. Puasa terpaksa. Lama2 inshaAllah akan timbul ikhlas itu. Kalau tak buat, macam mana nak timbul ikhlas tu? Macam makan nasi, kalau kita tak suap, makanan takkan masuk mulut kita."

Jadi, pada mulanya terpaksa buat, lama2 jadi seronok pula. Bila da siap, aisehh, dah siap la. Bersyukur memang. Tapi, terfikir, "lepas ni nak buat apa pulak ehh?"
Heshhh, memang itu tabiat buruk manusia yg ada pada aku.

Suatu ketika, aku merelakan diri utk menerima satu tugasan yg aku kira tugasan yg mencabar.
Punya la berdebar.
Teringat kata sahabat aku,
"Kalau ada masalah, bukak la Qur'an."
Ye tak ye. (Itu juga salah satu perangai buruk manusaia yg ada pada aku. Bila susah baru cari Allah. -_- )

Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka memngerti perkataanku," 
(Taha; 20: 25 hingga 28)

Ehh, ini doa yg biasa aku baca sebelum start belajar.
Ok, baru aku faham dan hayati maknanya. Sedeh btol.

Berbekalkan doa itu, aku amalkan pula teknik 'Nekad sesaat sebelum masuk bilik mayat'.
Plus, i need somebody to accompany me.
Then, here i go. Success. : )
Alhamdulillah.

Rezeki tu memang datang dari Allah. Dari arah yg tidak disangka-sangka.
Masa yg diluangkan hanya sedikit, tetapi lumayan hasilnya.
Tidakla pula meminta2. Tapi ada yg menghulur, rezeki jangan ditolak kan..?

Alhamdulillah, hati kami hanya diuji.
Dia nak uji betapa kuatnya kasih sayang kita.
Tapi aku tak berpeluang bersama mereka saat kasih kembali terpaut antara kami.
Hehe. Comella korang nih.

Sungguh drastik. Terkejut aku bila tahu.
Hidayah itu sesungguhnya memang benar milik Allah.
Aku doakan moga kau terus diberi kekuatan.
Istiqamah ye. Kau sangat cantik begitu.

Terima mesej rindu memang seronok.
Maafla lama tak bertanya khabar.
Selalu lalai. Bukan tak ingat.
Mungkin tak ada kesedaran lagi.

Kena bersedia untuk menjadi ukhty yg tabah.
Walau jauh, tapi aku yakin kau mesti akan selalu tolong aku dan setia ada kat sisi aku waktu aku memerlukan kau.

"Walau kau tiada lagi berjuang di sisi,
Jalanku takkan berubah"

Aku yakin, jika kita maih kekal di jalan ini, kita pasti bertemu bila-bila masa.
Kuatkan langkah. Tabahkan hati. Kentalkan jiwa.
Berpisah mengejar cita. Bermatlamatkan yg sama. Aku rindu ingin kembali. Dan janji kita, masih aku ingat.

Seronoknya jadi the only child in da house.
Kakak tak de. Dua adik lelaki tu pon tak ada.
Jadi anak manja.
Da lama tak begini.
Buat adik beradikku yg lain, sila jangan cemburu mahupon jelous. Hihi.
(Nanti kamu pon akan dapat rasa juga. Tunggu masa yg sesuai je)

Depan rumah dah jadi macam orang nak pindah rumah.
Banyak btol barang yg boleh dikitar semula kat rumah ni.
3 hari mengerjakan rumah.
Alhamdulillah, good as new. haha.
Tapi masih tidak bersedia menerima tetamu. -.-

Jadi kegilaan baru la plak.
Adehh. Kena mujahadah kuat lagi laa.

Banyak btol perkara gembira yg Allah atur utk aku cuti hampir 3 bulan nih.
Tup Tap (2x) lagi 3 hari aku kat rumah.
Semoga naik semester baru ni berjaya membentuk aku jadi insan yg haybat.
Tahun ni aku tak tahu apa yg Allah rancang utk aku.
Aku berharap semoga semuanya yg terbaik.
Kenangan lalu kena simpan molek2. Jadikan pengajaran dalam hidup. Yg buruk jadikan sempadan.
Aku dah bersedia utk mencipta pengalaman baru. : )


2 comments:

  1. Alhamdulillah. enti makin hebat,shai. tingkatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua masih belajar soli. masih bertatih2 dalam menempuh jalan yang sumpah panjang nih.
      anyway, jazakillah atas doa. :)

      Delete