Thursday, November 29, 2012

uSiA

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada pihak yang mengatakan bahawa bila belajar ilmu tasawwur ni jadi x produktif sebab asyik ingat mati je.
Urmmm...itulah salah faham manusia apabila sebut sahaja ingat mati, terus jadi xproduktif.
Sedangkan ada sabda Nabi SAW bahawa, "Orang yg mengingati mati itu orang yg bijaksana."

Aku dah baca buku Ust Pahrol Mohd Juoi yg bertajuk "Beduk Diketuk".
Di situ ada banyak juga cerita tentang bagaimana mengingati mati boleh tingkatkan produktiviti.
Orang yg mengingati mati ini dia akan buat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh bagai esok dia nak mati. Jadi hasil kerja dia adalah sangat memuaskan dan dia tidak akan bertangguh untuk menyiapkan kerjanya.
#Tumbuk batang hidung.

Manusia pada azalinya memang apabila sebut saja mati, pasti takut. Tak bersedia dan sebagainya. Aku juga begitu. Hurmmm. Kata seorang ustazah, orang alim ni xsabar nak mati sebab dia tau yg mana lagi best antara dunia dan akhirat. Orang yg takut mati juga kerana dia banyak meyimpan harta dunia tapi xmenyimpan harta akhirat.

Akhirat itu lagi best! Tapi dunia juga yg dikejar.
Kita slalu dengar, jangan kejar benda yg xpasti.
Oke, itu pada jodoh la biasanya.
Tapi hal di sini juga sama.

Alhamdulillah. Setiap pagi lepas bangun tido, aku slalu lupa baca hamdalah. Bila teringat, kadang2 dah 3-4 jam lepas bangun tido. Kadang2 langsung xingat. Haishhh...

Ramai orang yg saya kenal dan sayang lahir pada bulan November.
Alhamdulillah. Kerana masih Allah panjangkan umur. :)

TickTickTick.
Macam tu je waktu berlalu. Cepat sangat.
Kadang xsedar. Skarang da pukul 10.01 pm.
Haishh....skejapnya dah pkul 10.

TupTapTupTap.
Nanti masuk bulan Januari.
Dah 20 tahun.
Rasanya baru semalam 19 tahun.
Erkk...

Mulakan setiap hari dengan azam dan niat yang baru.
Jadual yg baru.
Jiwa yg baru.
Nafas yg baru.
Semangat yg baru.

Senyum jangan lupa.
Peneman hari.

Badan makin lesu.
Lemak makin menepek.
Mata makin layu.
Rohani semakin kuyu.

Adehh...

Bangkitlah orang muda!!
Keluarkan singa dari tubuh ini!

Malu pada diri kamu.
Malu pada malaikat pencatit amalan.
Malu utamanya pada Allah yg sentiasa melihatmu tanpa jemu.

Hamba Allah xusah fikir kerja Allah.
Hamba Allah seharusnya fokus pada tugasnya sahaja.
Menjadi abid dan khalifah.

Kentalkan jiwa ini!
Bangkitkan roh ini!
Iringi langkah ini!

Perjalanan masih jauh.
Kerana jalan ini sumpah panjang!!
But it is not endless!!


No comments:

Post a Comment