Saturday, November 17, 2012

aLanGkah INdAH~

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahagia itu bermula dari keluarga.
Bahagia itu dikatakan bermula dari keluarga kerana di situ ada ibu bapa yg mencorakkan kehidupan kita.
Aku x menafikan setiap ibu bapa ada cara tersendiri membentuk sebuah keluarga yg bahagia.
Ya, itu pilihan masing2.

Perasaan bahagia ketika bersama keluarga amat lain skali dengan perasaan bahagia ketika bersama teman2.
Kedua2nya indah. Sungguh aku x menafikan itu.
Tapi masing2 punya keindahan tersendiri.

Bila berjauhan dengan keluarga, perasaannya lain sangat berbanding berjauhan dengan teman2.
Rasa rindu mudah menyapa.
Rasa sayu mudah menyentuh.

Menuntut ilmu memang memerlukan pengorbanan yg sangat besar.
Bukan sekadar diri ini yg perlu berkorban waktu dan tenaga, tetapi keluarga juga berkorban.
Bila aku mula sedar hakikat itu, aku jadi sedih.
Betapa tidak bersyukurnya aku.

Aku paling suka bila keluarga kami yg seramai 6 orang ini berkumpul. Rasa sangat seronok.
Lebih seronok dari reunion dengan kawan2.
Betapa payahnya utk kami yg berenam ini utk berkumpul setempat.
Tersenyum panjang aku :)

Rasa sayu dan sedih itu singgah jga.
Apabila mengenangkan usia sudah makin tua ini.
Urmm....dah nak 20 taun dah aku ni.
Cuma beberapa bulan lagi.

Ya Allah. izinkan aku berbakti kepada keluarga aku.
Izinkan aku berbakti kepada kedua orang tuaku yaAllah~

Aku mahukan baitul muslim yg mematuhi suruhan Allah.
Aku juga mahukan baitul muslim yg tidak melanggar larangan Allah.
Betapa keluarga ini juga merupakan tanggungjawab aku.
Dakwah itu lebih utama kepada keluarga.
Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yg Islam.
Alhamdulillah juga aku dididik dalam keluarga yg mematuhi syariat Allah.

Terasa cemburu juga kepada sahabat aku yg punyai keluarga yg juga kencang dakwahnya.
Bukan setakat diri beliau sahaja, ibu, ayah, abang2, malah adik2 juga.
Ahh, cemburunya!

Tapi setiap yg Allah beri itu x sia2. Setiap orng punya cerita masing2.
Setiap ormg punya ujian hidup masing2.

Jadi, inilah hadiah dari Allah utk aku.
Ujian dari Allah utk aku.

Kerana sayang, aku ingin jumpa mereka lagi di syurga.
Kerana sayang, aku tau aku xboleh berdiam diri.

Aku masih bahagia.
Serius aku x tipu.
Sungguh aku bahagia.
Aku mau jumpa mereka lagi di syurga.

Ya Allah, tuntunlah langkahku.
Alangkah indahnya keluarga yg Kau bagi kat aku yaAllah~

No comments:

Post a Comment