Friday, November 2, 2012

HamBa yG bERSyuKuR

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang panjang dilalui lagi.
Nikmat nyawa itu sangat berharga dan patut disyukuri.
Kadang diri ini alpa juga.
Teringat ayat indah ini....
  " Mati itu pasti, sihat itu rezeki."

Berbulan2 menyepi di sini.
Imbau kembali apa yang pernah ditulis di sini.
Apakah bermanfaat...apakah dapat memberi aku pahala...?
Hurmmm.....masih mood muhasabah diri.

Ayat-ayat indah lagi...
"Jadilah kita seorang yang akhirat-minded. Melihat semua perkara sebagai peluang menjemput pahala."

Setiap hari aku fikir bagaimana nak mengisi hari.
Bagaimana utk x menjadi manusia yang celaka....
Kadang tersungkur juga. hummm...

Walaupun sehari cuma 24 jam, rasa macam lama sangat.
Padahal sama je waktu setiap hari.
Bila da siap house chores, duduk dalam bilik.
Termenung bingung xtaw nak buat apa.
Bukak laptop. Sambung kerja yang tertangguh.
Cuma bertahan sekejap.
Mood rajin datang tiba2....laju je tangan bergerak. Ke sana ke mari settel kan itu dan ini.
Kan seronok hari2 rajin. Hurmmmm....

Terbaca status sahabat
"Cuti ni nak banyak membaca...."
Emmm...btol. Itu matlamat yang aku setting sblum start cuti.
Cuti ni nk hibernate.
Nak baca bnyak buku utk jdi bekalan semester depan dan seterusnya.
Aku ingin berbakti.
Xnak hanya disuap sahaja.

Bila hati x terisi....syaitan datang membisik.
Tepis punya tepis.
Ada juga hasil usaha syaitan tu berjaya. Aduhhh...
"Syaitan ni kreatif. Dorang hidup lagi lama dari kita. Orang nak buat baik pun dia ade helah dia."

Beramal kerana Allah ke manusia?
Kamu ni hamba Allah ke manusia?

Memang jawab....
Beramal kerana Allah.
Aku ni hamba Allah.

Terjemahan ke dalam hidup?

Aduhh.....

Perkara baru dalam hidup berlaku dalam sekelip mata cuma.
Amanah yang sedia ada, ditambah lagi.
Semakin memberatkan diri utk tersungkur ke neraka.
"Bagilah umat ini haknya!"
Berkerut dahi memikirkan.
Apakah aku dah bereskan?

"World suffer not because of cruel people, but the silence of good people"

Umat Pertengahan.
Title ini menakutkan aku.
Tapi aku tahu Allah itu Maha Penyayang.
Dia xkan heret aku ke 'tempat' ini kalau Dia tahu aku xmampu.
Aku di sini...jadi maksudnya, Allah tahu aku mampu.
Allah nak sediakan kau syurga.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cobaan seperti yang telah dialami oleh orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang2 beriman bersamanya berkata 'Kapankah datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (2:214)

Sabar itu penting.
Esen penting dalam hidup.

Doa lagi.
Hari2.
Tanpa henti.

Moga nafas hari ini diberkati.
Dan moga hari esok aku tak celaka lagi.

No comments:

Post a Comment