Bismillahirrahmanirrahim....
Tawakkal itu penting.
Ya, x dinafikan.
Hidup kita seharian kita banyak bertawakkal kepada Allah.
Tapi lepas kita berusaha.
Dan berdoa.
Allah xkan bagi sesuatu dengan percuma kepada kita kerana itulah tarbiyyah dariNya.
Kita kena bersusah payah utk sesuatu.
Kerana Allah itu Maha Penyayang dan juga Maha Pemurah.
Dia nak bagi kita pahala.
Pernah ada sahabat saya bertanya:
"Kenapa Allah xtengok pada hasil tapi usaha?"
Jenuh juga otak saya berfikir.
Jawapan yg saya beri nampaknya xmemuaskan hatinya.
"Ini kerana Allah nak beri kita pahala. Susah payah kita akan terbalas apabila melihat hasil yg kita dapat. Alangkah indahnya saat kita dapat apa yg kita usahakan. Allah bagi kita 2 hadiah di situ. Hasil yg kita mau dan pahala tanpa kita sedar. Cuba bayangkan, kenapa Allah dah tau dah result tapi masih nak kita berusaha? Allah xkan menciptakan sesuatu dengan sia2. Ada sebab utk setiap yg dia syariatkan."
"Habis tu, bagaimana dengan mereka yg xperlu berusaha, tapi dapat apa yg mereka impikan?"
"Itu rezeki masing2. Dia dapat apa yg dia nak, tapi kalau dia xusaha nak dapatkan sesuatu tu, dia xdapatlah pahala tu. Allah itu Maha Adil. Dia lebihkan kita di satu tempat dan orang lain pon begitu."
"Ohh...baru faham."
Dan kerana itu, bertambah cinta aku kepada Allah.
Dan kerana itu juga aku bersemangat utk terus berusaha.
Kerana aku tau yg Allah sayang aku.
Itu cerita usaha.
"Bangun tidur, aku rasa aku akan jatuh motor."
Tiba di persimpangan jalan, memang betul ayah saya jatuh motor.
Hurmmm.....agak terkejut dengan cerita ayah saya ini.
Pernah dengar tentang doa dapat mengubah takdir?
Allah sangat kreatif dalam memberi pengajaran kepada hambaNya.
Ayah saya bgitau yg dia terlupa baca doa naik kenderaan sebelum pergi kerja.
Adakah ayah saya seorang yg dapat meramal masa hadapan?
Atau mungkin itu hanya lintasan, ilham atau petunjuk dari Allah?
Atau sebenarnya peringatan dari Allah?
Sungguh saya xpunya jawapan utk itu.
Tapi ada pengajaran yg saya dapat dari situ.
MashaAllah~
Alhamdulillah~
Bibir cuma mampu tersenyum mendengarkan cerita ayah.
Akal ligat berfikir ibrah dari kejadian.
Teringat pula kisah kawan saya.
Masa tu kami Mukhayyam.
Ada insiden yg berlaku yg mana bila diselidiki, manusia memang berusaha dan bertawakkal.
Tapi pada waktu itu, kami lupa utk berdoa memohon perlindungan keselamatan dari Allah.
SubhanaAllah.
Allah pilih sahabat saya utk memberi pengajaran kepada kami.
Semoga dia mendapat pahala atas kesabarannya.
Allah Maha Pengasih.
Saat kita lupa padaNya, dia bagi kita tarbiyyah dan sedikit pengajaran supaya jangan lupa utk mengingatinya.
Bukan Allah membutuhkan sangat ingatan dari kita.
Tapi sebagai satu petunjuk bahawa kita xkan mampu hidup tanpaNya.
SubhanAllah.
Aku xingin lupa padaNya.
Tapi saat diri alpa, alahai.
Lemahnya diri ini.
Hamba yg berharap padaNya, pasti xkan jemu berdoa dan memohon dariNya,
Kerna hamba itu tau yg hanya Allah tempat dia memohon pertolongan.
Dan kerna hamba itu tau yg Allah sentiasa dekat dan dengar apa yg dia dambakan dariNya.
Aku mahu jadi hamba itu.
Yg yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Kaya.
No comments:
Post a Comment