Saturday, December 29, 2012

tHiNgS hApPEnED

Bismillahirrahmanirrahim.

"There is no ugly and stupid girl, only lazy girl."

Lazy. That is what happened.

"Allah tak bagi apa yg kita mahu. Tapi Dia bagi apa yg kita perlu."
Ayat yg aku imani.

Manusia yg bahagia ialah mereka yg melihat semua perkara dengan pandangan positif. Itu kata Prof Muhaya.

"Apa kamu fikir kamu akan masuk ke dalam syurga sebelum kamu diuji?"

Ujian itu tanda kasih sayang Allah. Tanda Dia sedang memerhatikan kita.

Baru2 ni kami diuji dengan BANJIR!

Seumur hidup aku di sini, xpernah lagi rumah sampai naik air.
Kelakar pon ada.
Mengemas rumah sangat penat.
Tapi aku tau ada yg lagi kurang beruntung dari kami.
Ada yg terpaksa buang almari, sofa, tilam dll yg aku tahu harganya bukan cikai.
Tapi itu ujian dari Allah.
Look at the bright sight. :)

Hujan itu satu rahmat. Jangan marah ia.
Air itu juga rahmat. Jangan benci ia.

Walaupon sedih dgn apa yg telah berlaku, kita cuma perlu yakin yg itulah Allah yg sedang cuba berbicara dgn hambaNya.
Mungkin kita terlalai. Mungkin kita telah jauh dariNya. Mungkin juga kita selalu lupakanNya.
Musibah adalah peringatan dari Allah. Kita cuma perlu duduk sebentar dan muhasabah.

My Papa
A picture do tell the story.
Tapi ni kat depan umah kami je.
Kat tempat lain sampai paras pinggang air dalam rumah.
Taman sebelah taman kami, sampai kena naik bot.
Itu tanda dalam pinggang jugak tu.
Kat bandar lagi teruk.
Ini cuma sedikit ujian yg Allah beri kepada keluarga kami.
Kerugian pon xde la teruk sangat. Alhamdulillah.

Kuasa Allah, Kun Fayakun!!

Kisah Mee Goreng

Sehari lepas banjir, papaku pergi pasar beli barang2 dapur.
Seperti kebiasaannya, dia akn beli sarapan sekali, mee goreng 2 jenis.
Meehoon goreng dan mee goreng.
Aku xsuka mee kasar. Meehoon masih boleh trima lagi.
Masa nak sarapan tu, mama kata, "Lyana amek meehoon tu. Adik xske meehoon."
"Eh, bukan dia ske meehoon ke?"
"Tsaqif yg ske meehoon. Naquib xske."
Aku tengok dalam plastik tu, tinggal 2 bungkus yg berlainan jenis.
Aku nak yg mee dimasak kicap tu tanpa mengetahui bahawa itu mee kasar.
Tapi sebab mama da suruh amek yg tu, aku amek je ngan muka sedih.

Mama xabes makan mee kasar goreng dia. Dia bagi aku makan.
Masa makan tu, dalam hati, "Laa, mee kasar rupanya. Mujurla mama suh amek meehoon goreng ni. Adehhh."
Masa tu rasa malu sangat ngan Allah.
Haha. In ur face!!! Pada muka!!
Itula rezki yg Allah da tetapkan utk aku yg mana, itulah yg aku ske.
Alahai, serious malu sangat masa tu.
Tapi hanya aku dan Allah yg tau.
Mama xtau. Huhu.
Memanglah Allah tu~
Beri yg terbaik utk hambaNya. Dan hambaNya yg bersyukur cuma sedikit sekali.
Aduhhhh =.=

Hidup ni penuh dengan pengembaraan.
Perjalanan sebagai hamba Allah xpernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan.
Perkara baru dalam hidup itu yg membuatkan hidup kita berwarna warni riang ria gembira.

Satu perkara yg xpernah aku lupa, Allah itu sangat sayangkan aku.
Bukan aku saja, tapi kamu, kamu dan juga kamu!

2 comments:

  1. banjir itu ujiam kecil.. :) suka citer mee tu. padan muka! haha.

    ReplyDelete
  2. jgn memilih!!!!!1 selalu wat gitu..Allah tarik kang rezeki..

    ReplyDelete