Monday, December 10, 2012

jIwa mEsti tegUh dan Kuat!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Berbakul2 ucapan terima kaseh kpada Rabb ku yg xpernah berhenti memberikan kepada aku rezeki dan rahmatNya.
Allahu Rabbi!!

Badan memang penat menguruskan itu ini.
Tapi jiwa aku kosong.
Seperti makan mii sup xda sambal kicap.
Alangkah ruginya.
Aku yg kena ciptakan roh itu sendiri bukan mencari roh dalam apa yg aku buat.
Ya Allah, sungguh aku rugi!!

Serious rasa nak nanges setiap kali tiba waktu aku.
Berdebar2 tahap gaban.
Otak aku ligat berikir itu ini.
Badan dah xsedap duduk.
Mata liar sana sini.
Haraplah xobvious sangat.
Nervous.
Itu jawapan kepada simptom ini.

Misscommunication itu sangat bahaya.
Kerana ia akan lead kepada missunderstanding.
Yang akan menyebabkan missconduct.

Aku xtunding jari kpada seseiapa.
Aku juga tunding kpada batang hidung aku sendiri.
Bila suatu organisasi itu terbentuk, syura adalah jalan penyelesaian.
Keputusan ditanggung bersama.
Risiko dipikul bersama.

Berurusan dengan ramai orang especially dengan yg bertentangan jantina, buat aku berfikir 2-3 kali.
Alahai, segannya.
Tapi hati aku kuatkan tekad, seperti dalam buku yg pernah aku pinjam dari sahabat baikku, Mat Despatch dalam episod Lelaki Baik, "Tekad sesaat sebelum masuk bilik mayat",
"Eshhh, kalau kau xbgtw fasi2 tu utk tolong kau, habislah kau. Disaster nanti!:"
Berbekalkan ilmu dari buku tu, aku apply, dan sesaat itu aku tegapkan langkah.
Oh yeah, i'm already in!
Professional. Itu yg aku cuba jadi.
Batas2 yg perlu dijaga, inshaAllah aku dah jaga sebaiknya.

Itu apa yg aku rasa.
Ibrah dari prog, masih lagi aku fikirkan.
Tapi yg pasti, aku banyak blajar benda baru.
Itu yg buatkan aku sronok. Dan bahagia.
Sungguh perjalanan ini sangat panjang. Aku xmau ia hambar. Justeru itu aku xmau berhenti blajar.

"In school we learn the lesson before we take the test, but in real life we take the test before we learn the lesson. That is how life works"  - adopted  from my x-classmate's message.

Another story,,

Aku buka peti mesej itu, nama yg ditag pada 9 orang yg lain juga.
Aduhh, yaAllah. Tarbiyyah itu.
Apakah masih ada sinar di situ?
Apakah masih ada peluang dan harapan?
Xku mau sia2kan ia.
Kita xsekuat yg lain, sebab itu ujian kita cuma ini.
Seperti rakyat Palestine yg sangat baik hati, diaungerahkan musuh yg sejahat Zionis.
Seperti kami yg masih muda, dianugerahkan dengan masalah "Tarbiyyah".

Snap. Tag. Tibai. Tumbuk. Tampar. Sepak.
Lepas tu baru sedar.
Takkan sentiasa nk jadi bagai penahat dan penukul.
Allahu rabbi~

Aku tau setiap org punya masalah dan ujian dalam hidup masing2.
Kerna Allah itu cantik dan suka mewarna-warnikan hidup kita.
Sungguh aku bersyukur utk itu.

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'. - Ruhul Jadid.
Hingga kemenangan atau kesyahidan yg akan kau raih nanti!- Hai Sahabat.
Cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga. - Gelombang Keadilan.
Mati syahid atau hidup mulia. - Mujahid Setia.
Al jihadu sabiluna...Almautu fi sabiliLlah asma amaninaa. - Bingkai Kehidupan.

Dan banyak lagi lagu2 yg menaikkan semangat juang!
Jangan jadi lemah kerna terbuai dengan lagu cinta.
Palsu semua itu! Persetankan semua itu!
Cinta manusia xmembawa kita kpada syurga!
Hanya cinta Allah dan cinta dari mereka yg cintakan Allah sahaja yg layak.
Tapi rahmat Allah juga yg menentukan.
Tapi kita mesti lakukan yg terbaik utk gapai syurga Allah.
SubhanaLlah~

Aslih Nafsak Wa d'u Ghairak!
Perbaiki dirimu Dan serulah org lain!
Bold Wa di situ ialah Dan.
Dalam masa kita memperbaiki diri, jangan tinggal menyeru yg lain.
Dalam masa kita menyeru org lain, jangan tinggal memperbaiki diri.

Adek2. Kakak2. Abang2. Sebaya2. ku semua.
Aku tidak sempurna.
Kalian juga.
Jangan sia2kan ketidaksempurnaan kita itu.
Mari kita bersama2 menyelusuri jalan dakwah ini.
Kerna ia sumpah panjang dan sumpah payah.
Aku dan kalian xkan mampu tanpa kalian dan aku.
Kerna itulah tujuan kita dihidupkan.
Matlamat asal kita ialah,
Membawa manusia kepada Allah.
Dan membawa diri kita kepada Allah.~

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment