Bismillahirrahmanirrahim.
Ramai yg bertanya kenapa ini jalan yg aku pilih.
Xpenat ke? Bagos ke? Apa yg kau dapat? Xmengganggu study ke?
Aku xnafikan penat itu. Penat tapi kat akhirat nanti aku taw bole rehat puas2.
Xde alasan lagi utk aku kata jalan yg aku pilih ini xbagos. Bagi aku ia lengkap semua pakej.
Xlangsung. Oke je. Kalau asyik studyyyyy je...boleh gila kott.
Ada yg bertanya, adakah itu jalan yg kau pilih?
Tapi kenapa? Sejak bila?
Dan banyak lagi persolan2 yg aku terima.
Aku hanya jawab sekadar yg aku mampu sepertimana yg telah diajarkan oleh naqibahku.
Cabaran di universiti lagi hebat.
Kat al-Amin ni kita macam dalam kepompong je.
Nak taw cantik tak cantik kepak kita, kita tengok bila dah pecah kepompong tu.
Semua orng akan pecah kepompong tu. Nak tak nak, ia pasti akan pecah juga.
Sekuat mana pon tenaga yg kita ada utk tahan kepompong itu dari pecah, kita tetap xboleh kalahkan kuasa Allah.
Kita xboleh elak dari bertemu masyarakat. Kita xboleh elak dari bertemu dengan org yg x seperti kita.
Dan itulah tugas kita, memberitahu kepada yg xtaw itu.
Membawa mereka kembali kepada Allah semampu mungkin.
Dulu aku juga begitu.
Sekuat mana pon kehendakku xmaw kluar dari kepompong itu, aku taw Allah sudah ada perancangan utk aku.
Dia ada sebab mencampakkan aku di situ.
Yg betol aku pasti dan yakin, kerna cintaNya kepada aku.
Aku xnafikan yg aku juga pernah futur.
Tapi aku xmaw terus2an begitu.
Aku xboleh tipu yg ada juga terlintas niat maw lari dari jalan ini.
Tapi ke mana aku maw lari?
Sejauh mana hamba itu mahu lari, Allah tetap ada di situ.
Dan aku taw Allah teramat sayangkan aku dengan membawa hati aku kembali dan kuatkan hati aku utk terus berada di dalam gerabak dakwah ini.
Aku pernah bingung bagaimana utk aku teruskan dakwahku di sini.
Aduhh, pelbagai ragam manusia yg harus aku kuatkan jiwa.
Xku nafikan aku juga mahu jadi seperti mereka.
Tapi apa guna jadi seperti mereka jika hidup tiada barakahnya?
Apa guna bergembira di dunia yg sementara ini jika Allah punya janji syurgaNya yg abadi?
Perniagaan yg paling merugikan ialah menjual RM 1 juta ringgit dengan sekeping syiling 1 sen.
Akhirat yg kekal abadi ditukar dengan dunia yg sementara.
Alangkah ruginya!!
Sahabat! Ya, mereka yg kuatkan aku ketika jauh dari keluarga, murobbi2 dan sahabat2 yg sefikrah.
Aku xkata xboleh berkawan dengan mereka yg xsefikrah.
Boleh, tapi jangan sampai prinsip kita tergadai. Jangan sampai kita terheret menjadi seperti mereka.
Membawa mereka kepada Allah. Itu tugas kita.
Kita sayang mereka.
Bukankah itu sifat org yg beriman?
Menyintai saudaranya sebagaimana menyintai dirinya sendiri....
Penat btol lalui proses tarbiyyah.
Lelah sangat.
Kadang rasa nak give up.
Tapi aku yakin, ada sebab Allah pilih aku ke sini.
Banyak benda baru yg aku belajar.
Tips2 dan kaedah2.
Cuma kembara aku xikut. Rugi juga ya...
Mula2 aku bosan juga. Duduk mendengar. Mengantuk apa semua. Tapi aku faham ini yg akan aku bawa utk ke IPT nanti.
Sabar2!!
Dah masuk ke medan, dah xboleh berundur.
Langkah mesti tegap. Prinsip mesti teguh.
Tersungkur kadang2 itu juga berlaku.
Dan situlah peranan sahabat bermula.
Salah pilih, binasalah kita.
Alhamdulillah aku masih di sini.
Allah maw aku tetap di sini.
Allah maw aku terus berada di dalam gerabak ini.
Allah xnak aku ketinggalan.
Sungguh aku bersyukur.
Alangkah indahnya jika semua tahu yg jalan ini adalah jalan menuju syurga.
Jalan ini bukan jalan yg ditaburi bunga ros merah.
Jalan ini bukan jalan yg dihampari karpet merah.
Jalan ini bukan jalan yg diiringi bodyguard dan polis trafik.
Jalan ini ialah jalan yg ditaburi duri tajam.
Jalan ini ialah jalan yg dihampari bara api.
Jalan ini ialah jalan yg diiringi dengan tangis dan darah.
Org yg bijaksana, dia memikirkan jauh ke depan. Think Beyond.
Org yg memilih kesenangan di dunia adalah org yg rugi.
Org yg memilih bersusah payah di dunia inshaAllah dialah org yg beruntung.
Jalan ini sumpah Panjang. Dan sumpah Payah. Dan sumpah Osem!!
Kata Syed Qutb,
"Agama ini tabiatnya perlu diperjuangkan"
......Siapa lagi yg akan perjuangkannya kalau bukan kita?
Kenapa aku di sini?
Kerana aku percaya ada sesuatu yg seronok menanti aku di sana.
Jadi aku xingin berhenti.
Tolong ketuk aku kuat2 kalau2 anda xnampak saya di jalan ini.
Mungkin saya terlena.
Tolong pimpin tangan saya erat2 takut2 saya terjatuh tapi anda xsedar.
Hidup ini ada jatuh bangunnya.
Kerna inilah tabiat hamba.
Kita bukan Nabi. Kita bukan Malaikat.
Kita hanya hambaNya yg lemah.
Tapi kita mau syurgaNya.
Aduhai~
Persiapkan diri menempuh dunia baru.
Kita perlu ada bekal.
Seperti juga saat mati kita nanti, hanya amal sebagai bekal kita.
No comments:
Post a Comment