Friday, March 21, 2014

Full-Hearted Love

Bismillahirrahmanirrahim~

Tarikh hari ini..22 Mac 2014

Tarikh lahir dia..19 Mac 2014

Orang yang aku sayang dalam diam.
Walau tak pernah terluah tapi aku tetap simpan dia dalam hati.

Selalu menjaga aku.
Selalu mencukupkan keperluan aku.
Selalu senyum waktu dalam musibah.
Terlalu banyak motivasi yang dia berikan.
Nak list down semua banyak sangat nih.

Apa yang aku nak kata..
Aku sangat sayangkan dia.
Lelaki yang pertama aku cakap I Love You.
Lelaki pertama juga yang reply I Love You Too.
Well, I would like to add more..Three, Four, Five..Infinity~~~

Seorang yang sangat kuat semangat.
Bagaimana dia merubah hidupnya..membuatkan aku amaze!
Selari dengan dalil Allah
"Allah tak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan kaum tu yang kena berubah"

Bagaimana perubahan yang terjadi pada dirinya..buat aku malu dan tersentap!
Sungguh hidayah Allah itu hanya pada insan terpilih..(nanges)

Dia sangat sweet.
Dan sangat manly.
Dan sangat gentleman.
Ouhh..memang terjatuh cinta!
Dan kerna itu...tak perlu la kan aku nak jatuh cinta pada lelaki sembarangan. Aha!

Yang paling aku ingat..ialah waktu kat kampung.
Aku nak minum air..
Air tu panas actually so kena biar dalam cawan lama sket baru bole minum.
Teng teng datangla aku nak minum air kat dapur tuu.
Aku pon tuang la air dalam cawan baru.
Then aku kata "Alamak. Panasla pulak air ni."
"Nah ambik ni.."
"Ehh..hehe."
Dia bagi aku cawan dia. Then dia replace cawan dia dengan cawan aku.
OMG!! Bahagianya~~~

Di usianya yang ke49 ini...
Aku masih mahu berdoa kepada Allah supaya panjangkan usianya.
Kerna aku tak yakin aku mampu berdiri teguh tanpanya.
Aku perlukan motivasi dan kekuatan.
Dia ibarat bukit dan gunung yang memberi keteguhan kepada aku.

Aku tahu hidupnya bahagia dengan wanita itu.
Cintanya yang setia dan paling sweet pernah aku tengok.
Sebab aku tak pernah rasa nak termuntah pon tengok dorang berkepit. Kikiki.
Dan dalam senyap berdoa semoga bakal lelaki pilihan itu juga seperti dia.

Dan aku tahu betapa dia tabah menghadapi kerenah kami yang krik krik sangat perangai nih.
Tapi dia relaks je. Cool je.
Walau kata kata dia pedih menusuk kalbu..haha..tapi aku tahu itu motivasi terbaik. Walawehh~

Dan aku juga berharap semoga Allah always showered him with His love and care.
Kerna aku tak selalu ada untuk jaga dia.

Selamat hari lahir ke49 PAPA~
19 MAC 1965.

Semoga ceria dan bahagia selalu~
Sayang selalu.
Rindu selalu.
Lyana yang chomelll. Hehe. >_<

Ini PAPA saya. Dia sweet walau gambar tak senyum. ehehe.

Suka selfie ngan MAMA. Ni one of the pictures laa. Hihi
*Credit to facebook Mohamad Zainal Hussin. ^_^ v

Monday, March 10, 2014

Memohon Keberkahan Waktu T.T

Bismillahirahmanirrahim~

Hectic!
Satu perkataan yang cukup untuk describe hidup aku untuk semester dua ini.
Pack!
Satu perkataan lain yang berupaya untuk mewujudkan bayangan betapa penuhnya jadual hidup aku.

SubhanaLlah..
Kata mereka...orang yang ada jawatan ni, adalah orang yang banyak masa.
errr...krik?

Betulla.
Setiap orang ada 24 jam. The precious 24 hours per person.
Either to worth them or leave them..

Ada kawan kata..dengan jawatan yang ada, mengajar dia menghargai dan memahami arti keberkahan waktu itu.

Kadang ada masa curicuri aku buat itu ini.
Prioritize sudah lama dicampak ke luar tingkap.
Keliru dengan apa keutamaan aku..
Kewajipan itu ini... T.T

Kadang aku rasa mahu lari.
Rasa mahu lepaskan diri aku dari semua ini
Rasa nak mengamukkkkkk je all d time
Tak tahu kenapa..
Siapa yang cari kan? huhu

All this hecticness (bukan tatabahasa sebenar) aku yang cari
Jadi...
Pandai pandai laa ye

Jiwa butuh pedoman..taujihat...
Nak baca buku Hasan AlBanna pon kena curicuri walaupon kena siapkan assignment
Tak nak meganak tirikan satu pon!

Slow slow..
Step by step..
Here I go..
Settling things one by one..
Trying to keep myself away from stress..
Trying to be calm as calm as possible

Mid sem yang da menjengah kepala terintai intai bertanya kapan Lyana mau study?
Kapan mau study? Kapan ini bila mahu siap lab report yang bertambun?
Assignment lagi..
Sobss laa..

Jangan merungut.
Jangan mengeluh
Kau akan lemah

Cuti nak pegi meditasi
Shopping guna baucer buku
Tatap muka mama papa lama lama
Cas bateri
Main kucing
Release stress

Tapi kena study lagi
Fardhu kifayah
Mintak pinjaman
Nak mintak biasiswa tak mampu T.T

Kena usaha lagi daebak

Jangan marah saya kalau nampak saya stress
Saya akan cuba tenangkan diri
Belanja saya aiskrim
Sejuk..

Luahan stress barangkali
Dari terjerit jerit bagai orang gila
Nak nanges hati keras
Hubungan dengan Allah tak nak renggang
Sebab Dia penguat
Be with me always ya!

Oh ye! Senyum itu penting :)
Semoga terus kuat melangkah

Thursday, February 13, 2014

Mengejar Cinta

Bismillahirrahmanirrahim~

Semoga Allah permudahkan...

Cinta yg aku ingin cerita adalah cinta untuk manusia.
Bagaimana cinta itu memberi kesan yg mendalam kepada hidup seseorang.

Jika ditanya apakah cinta...apakah yang kau bayangkan jika ditanya apa itu cinta..
Aku akan jawab cinta itu ialah Allah dan aku ibaratkan cinta itu seperti bunga

Cinta itu ialah Allah kerana tanpa Dia tiada cinta.
Dan cintaNya adalah yang paling agung dan mulia yg pernah aku temukan.

Remuk rendam bukan hati kita andai siapa yg kita sayang tidak memberi tindak balas terhadap cinta kita.
Tapi aku terbalikkan fakta ini.
Aku yang akan remuk rendam jika aku tak balas cinta Allah.
Kerana yang akan merananya ialah aku dan sedikit pon Allah tidak rugi.
Aku cemburu andai cinta Allah diganti kepada orang lain.
Aku berhak mendapat cinta Allah.
Walau aku tahu aku bukan hambaNya yang terbaik untuk menerima cintaNya.
Tidak peduli walau dibilang perasan! atau Tidak sedar diri!
Apa aku peduli.
Ini cinta aku.
Aku dapat dari Allah.
Dan kepada Dia juga aku kembali.
Sesungguhnya Allah adalah anugerah terbesar dalam hidup aku.

Bunga yang sedang kembang mekar menghadirkan kebahagiaan dalam diri aku.
Kerna itu aku kata cinta itu seperti bunga.
Sungguh indah saat mekar. Sangat dirindu saat kuncup.

Cinta tak boleh dan tidak mungkin boleh dipaksa.
Aku percaya perumpaan cinta itu seperti rama-rama juga.
Jika dikejar ia lari.
Benar!
Cinta bila dikejar ia lari. Kerna ia tak bisa dipaksa.
Bebaskan cinta kita dimuka bumi ini.
Nescaya kita kan mendapat cintacinta yang lain juga.

Bahagia saat menebar cinta.
Mengapa sanggup berpenat lelah menebar cinta?
Apa kau ketagih pada cinta?
Kerna cinta yang aku yakin ialah cinta yang menuju kepada dia.
Justeru itu aku tidak akan mungkin mengalah mahupun putus asa menebarkan cinta.

Tanda sayang pada manusia kita mahu yang terbaik selalu untuk manusia.
Jika cinta kamu ialah Allah, kamu mahu orang lain juga merasakan bahagia tatkala memeluk cinta Ilahi.
Jika cinta kamu ialah pada nasi goreng, kamu mesti mahu orang lain juga merasai betapa nikmatnya makan nasi goreng.
Itulah cinta.
Yang menggerakkan kita untuk mengajak orang lain kepada cinta kita.

Jangan mahu menagih cinta manusia kerana pasti kau akan penat. Sungguh penat!
Kerna manusia tidak bisa dipaksa.
Sentuhlah hati manusia dengan cinta Allah, nescaya hati dia menjadi milik kamu!
Menjadi milik kamu untuk kamu bawa dia kepada cinta Allah.
Kerna kita mahu dia juga bahagia seperti kita.
Dan yang paling utama, kita mahu bertemu di syurga~

Bicara cinta takkan berakhir.
Selalu punya kata pujangga yang asyik menyatakan cinta dan memperumpamakan cinta dengan pelbagai metafora.
Aku bukan yang layak membicarakan cinta.
Tapi..aku juga manusia yang punya hati.
Hamba yang punya keinginan untuk dicintaiNya.
Insan yang takkan lelah dan inshaAllah akan meneruskan perjalanan menebarkan cinta di atas muka bumi demi membawa manusia lain menuju cinta Allah.

Untuk itu aku mohon Allah, kirimkan aku benih cinta untuk aku tebarkan. Dan keberanian, kesungguhan untuk menebarkannya~


Cantikkan bunga lily? ^_^

Wednesday, February 5, 2014

Bila Dia Datang Balik

Bismillahirrahmanirrahim~

Kuasa Allah...dia datang balik!!
Ottoke? Aku da ada pengganti!

Poyo sangat kann?? =.='

Kisahnya begini..
Hari tu kan laptop kena kait..laptop tu da jumpa balik..
Alhamdulillah. Memang ada file yg aku tak sempat nak sedut. Huhu.
Ada sorang pakcik nih dia beli laptop aku tu.
Orang yang kait tu jual laptop aku tu.
Pakcik yang baik hati tu cari la owner asal laptop tu berdasarkan resume kakak aku.
Dan..akhirnya ketemu kembali la laptop yang telah menemani aku selama 2 tahun itu.

Tapi da ada yang baru..
Errr....mama amekla simpan jaga molekmolek.
Sayang dia molekmolek.
Hihi.
Sebab da ada yang baru..aku tak berniat menjadi jahat lupakan yang lama.
Tapi..da jatuh sayang pada yang baru..bhahahaha.
Yang lama tetap di hati sebab da lama dia berjasa.
Takpe. Dia ada je kat umah tu dibelai manja oleh mama. Hehe.
Selamat berdamping dengan tuan baru ye.

* Macam kelakar plak. Haha. Bukan nak tamak. Sayang tetap sayang. Walau dia da banyak rosak. Tetap aku sayang. Tapi da ada pengganti. Da terubat luka hilang itu. Huhu. Harap kamu faham ye~

Saturday, February 1, 2014

Teman Pengganti!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Takdela nak sedeh sangat mana sangat pon.
Kisah yang memberi pengajaran dan peringatan kepada aku.

Masa mula mula nak masuk CFSIIUM dulu, mama suruh amek je laptop rumah tu.
Dengan hati berat, aku amek je.
Dalam hati...."Alaa...nak laptop baruu!! Laptop tu da la da lama. Out to date. Penah rosak. Bole tahan lama ke?"
Dalam diam aku berdoa semoga laptop tu cepat rosak n dapat laptop baru. Muahaha.
Jeles tengok orang lain dapat laptop baru. Adehh...

Itula. Kata orang tak kenal maka tak chenta.
Lama lama guna..aku jatuh chenta berat dengan laptop nih.
Tatang bagai minyak yang penuh.
Letak screen protector lagi.
Tampal sticker biar nampak kool dan osem.
Bila nak simpan, aku mesti doa semoga esok aku bukak mata, ada lagi laptop tu dalam almari aku.

Walau laptop tu berat (berat la jugak), aku bawak je ke mana saja kalau diperlukan.
Bawak naik bas, ke kelas, meeting dll tempat yang dirasakan perlu.
Saaaaaaaaaaaayangggggggg sangat!!

Lama lama...laptop tu mula la tunjuk ragamnya.
Adehh..banyak kali jugak marah laptop tuh.
Penah jugak ugut dia nak campak dalam longkang. Kena ketuk pon ye juga.
Marah laptop hapa pon tak dapat. Hurmmm...

Tapi bila laptop rosak..cuba jugak cari penyelesaian nak baiki.
Lama lama redha je dengan kerosakan dia tu.
Ahhh..selagi bole menaip..teruskan...
Pernah juga dalam marah marah tu aku berbisik dalam hati.."Nak guna laptop ni sampai abes degree la. InshaAllah."
Walau aku tahu laptop tu wujud depan mata aku waktu aku tingkatan 4.

Setia la jugak aku kat laptop tuh.
Kalau pegi kedai tengok laptop display yang super duper lawa dan terbaru, meleleh juga air liur nih.
Puji juga laptop lain.
Tapi bila balik tengok laptop tu, terus lupa laptop display yang lawa dan terbaru kat kedai tadi.
Sayang lagi rupanya kau kat laptop tuh.

Suatu hari yang sangat bahagia, aku nak lipat kain.
Bosan pulak lipat kain sunyi jeeee.
Al maklum..hanya aku dan mama je kat umah waktu tu.
Lipat kain aku sorang je.
Aku pasang lagu dari laptop tuh sambil lipat kain.
Da masuk Asar, selesai lipat setimbun kain. Ada lagi setimbun. Jadi, aku fikir nak sambung lipat, jadi tinggalkan laptop tu kat tempat yang sama, iaitu atas kerusi kat ruang tamu.
Lepas solat, mama ajak pegi Pustaka Munirah lepas amek adik.
Terkocoh kocoh siap lupa nak alih laptop letak dalam bilik.

Balik balik....kakak aku membebel sebab tak tutup sliding door.
Errkk..rasanya aku orang last. Aku tutup sliding tu.
Bukak kunci grill sume, maasuk umah, nampak kerusi yang sebelum ni jauh dari pintu tetiba ada betul2 depan pintu.
Pelik sebab aku orang last kuar umah dan takde plak seingat aku, aku letak kerusi depan pintu.
Lepas tu mama tanya, "Lyana! Mana laptop kau atas kerusi nih?"
Adehh..lembab btol kau ni Lyana!!
Hurmm...sad to say. Laptop kena kait.
Hurmm...say goodbye je la.
Waaaaaaaaa~
Termenung kejap.
Mama cakap redha kan aje.

Hati berat nak redha sebab dah sayang laptop tuh. Dari kat CFSIIUM dia teman aku.
Sekarang dia da takde.
Sob sob jugaklaa.
Tapi..itu semua kerja Allah.
Padan muka kat diri sendiri sebab selalu marah laptop tu..ugut nak buang dalam longkang ape sume..
Hurmm..tinggal kenangan je laa.
Dan baru realize yang aku takde gambar laptop aku tu. Huhu

Alhamdulillah da dapat pengganti.
Tapi..itula. Masih teringat lagi. Ahaha.
Slowly..akan aku lupakan laptop tu.
Nampak macam tak redha lagiii jee..haha.
Slowwwww..lyyyy...~
In progress.

Bersama teman yang baru itu, ada nasihat dari mamapapa yang tercurah.
Ye..guna laptop tu untuk ke syurga.
Walau tak boleh bawak masok kubur.
Dalam..sungguh dalam..~

Ape?? Ingat senang ke nak lupakan benda yang kita sayang??
I'm not pathetic tapi..sebab barang sendiri dan sayang sebab da tatang dia.
Tapi itula...sume hak Allah. Dia da amek smula.
Sokayy..
Da ganti dengan yang lain pon..
Senyum semula :)

Pengajarannya...jangan letak barang dekat dengan pintu or tingkap. Lagi bagos letak dalam tempat tertutup seperti almari.
Jangan maki hamun maupun mengugut barang kerana mereka juga punya 'hati dan perasaan'. Da takde nanti nanges berguling baru tau!
Maksudnya..bersyukur dengan apa yang ada. Daripada takde kan? Kan?? ^_^
Dan yang penting...doa~
Aku tersedar lepas kejadian tu...rupanya aku kuar umah tak baca doa. Tak mintak perlindungan dari Allah. Hurmm...nampak la Allah sayang aku tak nak aku lupa dia. Hehe~

Friday, January 24, 2014

Sollu 'Ala Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim~

Known worldwide as number one most influential people.
Based on Hart's list.
Approved by lots of people.
Including me.

Cinta itulah yang menzahirkan tindakan.
Melahirkan satu kekuatan untuk meneruskan.
Walau hambatan begitu melukakan.
So much love showered.
Bersambut atau tidak itu persoalannya.

Berpeluang menyanyikan bersama menimbulkan sebak dalam diam.
Cuba menahan tangis.
Berjaya.
Tapi cukup tidak puas hati.
Mengapa begitu ego dan keras?

Ya Hanana.
Beruntungnya kami.
Dikurniakan Nabi yang sangat mencintai.
Dianugerahkan Nabi yang tidak kenal penat dan sakit.

Sirahnya ditelusuri.
Mendatangkan sebak.
Sesekali aku cuba bayangkan.
Gerun sungguh.
Bagaimana bisa kau bertahan ya Rasulullah?
Kerna itu aku kagum.

Jatuh cinta dengan peribadimu.
Rindu yang menggebu.
Wajah yang bercahaya.
Hatiku yang hitam.
Bisakah?

Tidak mahu aku siakan.
Jika aku siakan...pasti tiada kau rugi.
Aku la yang rugi itu.
Kerna aku yang perlukan ia.
Yang akan menjadi saksi aku di syurga.

Risalah yang jelas.
Apa lagi yang susah?
Kekuatan.
Dan yang penting...kemahuan!

Bagi aku cinta tidak perlu keterlaluan.
Kerna aku takut kecewa.
Tapi cinta padamu dan kekasihmu tidak aku takut.
Kerna aku yakin yang aku tidak akan kecewa.
Tidak perlu aku rebut.
Tidak perlu aku cari.
Kerna selalu ada.
Tapi aku yang selalu tenggelam timbul.

Selamat hari lahir ya Rasulullah~
Aku tahu kau bahagia di samping kekasihmu.
Aku juga mahu ketemu kau di syurga nanti.
Tunggu aku ya.
Aku pasti berusaha.

Sollu 'ala Muhammad~

Wednesday, January 22, 2014

Being A Dreamer

Bismillahirrahmanirrahim~

A dreamer just made me a dreamer.
A stronger dreamer.

Buat aku sedar yang hidup ini perlu ada mimpi.
Jangan takut untuk bermimpi.
Tiada salahnya bermimpi.
Sahabat juga bermimpi.
Mimpi menggerakkan.
Menggerakkan hati dan anggota.
Menggerakkan segala di sekeliling.
Manisnya bermimpi.

Aku pernah takut bermimpi.
Takut bertukar menjadi anganangan.
Takut menjadi harta karun yang ditanam jauh dalam dasar bumi.
Takut kuciwa.
Tapi satu yang membuatkan aku menjadi pemimpi tegar semula.
Bila akhir mimpi itu aku ketemu Tuhan.
Bila setiap langkah menuju mimpi aku bersama Tuhan.
Bila saat bermulanya mimpi itu aku bersaksikan Tuhan.
Tuhan yang menggerakkan menumbuhkan menanam mimpi dalam diri aku.
Sudah lama aku bermimpi tetapi aku tidak yakin dengan mimpi aku.
Apakah mampu meninggalkan tapak.
Bukan nama.
Cuma tapak.
Biar pahala mengalir sentiasa.
Walau sudah dikambus tanah.

Mimpi perlu risiko.
Perlu berani.
Perlu ada.
Jangan gusar andai rebah.
Kerna itu penguat menuju mimpi.

Aku sirna tanpa mimpi.
Aku tergapaigapai tanpa mimpi.
Ibarat menyelusuri tanpa lampu dalam lorong gelap.
Ibarat mayat berjalan tanpa nyawa.
Ibarat mata pandang ke depan tanpa mata hitam.

Tiada dapat aku bayang andai hidup aku tiada mimpi.
Layanglayang terputus tali?
Melilau tiada tujuan.
Memutuskan kitaran bodoh.
Itu yang aku yakin.
Tidak mahu mati siasia.

Dare to dream.
Memberi.
Menghidupkan.

Campak setinggi mungkin.
Cipta tangga untuk menggapainya.
Jangan biar ini tergantung sendiri di atas sana.
Kita mampu.

Tak kenal siang atau malam.
Ini tentang mimpi.
Tak perlu tunggu masa.

Jika hidup ini berdosa untuk bermimpi.
Maka tiadalah kemajuan.
Kerna itu aku yakin Tuhan tidak menghukum pemimpi itu sebagai pendosa.
Apa salahnya bermimpi?

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya,

“Orang mukmin yang kuat (dalam iman dan tekadnya) lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan masing-masing (dari keduanya) memiliki kebaikan, bersemangatlah (melakukan) hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mintalah (selalu) pertolongan kepada Allah, serta janganlah bersikap lemah” [Hadis Riwayat Muslim (no. 2664)]



Tuesday, January 21, 2014

Selalu Ada~

Bismillahirrahmanirrahim~

Banyak berfikir pasti akan membuka minda.
Kerna Allah telah berfirman bahawa golongan yang berfikir adalah golongan yang beruntung.

Telah sekian lamanya aku mencari jawapan.
Tapi aku tak pasti adakah ianya jawapan yang betulbetul aku cari.

Banyak persolan yang berpusingpusing dalam minda.
Do too much thinking can kill someone?
People with a lot of doubts and questions can really survive this world?

Yang kurang pengalaman pasti punya banyak soalan.
Mencaricari dari setiap sudut dan segi yang ada jawapan kepada soalan yang timbul.

Al-Haq yang dicari.
Pusingpusing akhirnya bertemu jawapan yang sama.
Jika bukan bertunjangkanNya pasti berselirat di pertengahan dan kecundang di penghujung.
Boleh patah balik kah?

Tapi kata orang...mana boleh patah balik.
Kalau nak baiki, boleh!
Macam engsel pintu yang berkarat, nak baiki ada banyak cara. Letak minyak pelincir paling mudah. Nak tukar yang baru pon boleh. Tapi kita boleh make it simple and easy kan..?
Minyak yang dituang itu akan mengurangkan sedikit kepayahan untuk membuka dan menutup pintu. Karat itu tetap ada tapi minyak tu memudahkan pergerakan. 

Kalau kosong, boleh isi sendiri.
Kalau kering pon boleh basahkan sendiri.
Tak boleh kalau nak harap orang lain je buatkan.
Kenala usaha sendiri.
Harapla aku nih!
Isi sendiri mungkin boleh. Nak basahkan sendiri pon mungkin boleh.
Tapi perlu juga ada entiti yang membimbing.
Kerna itu Allah turunkan Rasul.

Cemburu dengan yang pernah bertemu dan mendengar langsung dari Nabi.
Aku terbayang bagaimana wajahnya. Tutur katanya.. Pandangan matanya..
Semua yang ada padanya cukup memikat hati.
Kerna itu penyakit ini orang namakan rindu..
Bila baca shamail, semakin merontaronta.
Indahnya kau wahai Rasul~
Membimbing umat hingga islam tiba pada aku.
Ummati ummati yang kau lafazkan...
Aku mengerti kenapa kau menjadi gilaan umatmu.

Kalau rasa sunyi..Allah kan ada~
Temani kita setiap saat dan detik.
tak pernah sekali pon tinggalkan kita.
Sentiasa dekat.
Sentiasa sayang.
Sentiasa mahukan untuk kita yang terbaik.

Berhenti mahukan pandangan manusia.
Buat apa yang kamu yakin.
Istafti qalbak.
Jika tidak menggusar dalam jiwa, maka ianya benar.
Mengapa harus malu lagi? 
Setiap jiwa itu mahukan kebaikan. Kerna begitulah ia dicipta.

Qadha' itu ketentuannya.
Yang terbaik mesti untuk kita.
Tidak perlu dipersoal mengapa.
Garaplah hikmah.
Kuranglah beban.

Kata seorang ustazah ini..
"Kita selalu menyibuk nak campur tangan dalam urusan Tuhan. Sebab tu kita serabut."
Sudah Qadar kita begitu..terima dan redha.
Apakah ertinya hidup tanpa ujian?...Kata nak Syurga Allah~

Tertanyatanya adakah kita sudah jadi hamba yang baik?
Mujahadah itu sampai mati.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu berjuang.
Kerna motivasi kita sentiasa syurga dan wajahNya yang bercahaya untuk ditatap.
Tiada istilah "Oh no! Its too late!"
No! Never too late!
Selagi pintu taubat terbuka. Selagi ada nyawa!