Bismillahirrahmanirrahim~
Takdela nak sedeh sangat mana sangat pon.
Kisah yang memberi pengajaran dan peringatan kepada aku.
Masa mula mula nak masuk CFSIIUM dulu, mama suruh amek je laptop rumah tu.
Dengan hati berat, aku amek je.
Dalam hati...."Alaa...nak laptop baruu!! Laptop tu da la da lama. Out to date. Penah rosak. Bole tahan lama ke?"
Dalam diam aku berdoa semoga laptop tu cepat rosak n dapat laptop baru. Muahaha.
Jeles tengok orang lain dapat laptop baru. Adehh...
Itula. Kata orang tak kenal maka tak chenta.
Lama lama guna..aku jatuh chenta berat dengan laptop nih.
Tatang bagai minyak yang penuh.
Letak screen protector lagi.
Tampal sticker biar nampak kool dan osem.
Bila nak simpan, aku mesti doa semoga esok aku bukak mata, ada lagi laptop tu dalam almari aku.
Walau laptop tu berat (berat la jugak), aku bawak je ke mana saja kalau diperlukan.
Bawak naik bas, ke kelas, meeting dll tempat yang dirasakan perlu.
Saaaaaaaaaaaayangggggggg sangat!!
Lama lama...laptop tu mula la tunjuk ragamnya.
Adehh..banyak kali jugak marah laptop tuh.
Penah jugak ugut dia nak campak dalam longkang. Kena ketuk pon ye juga.
Marah laptop hapa pon tak dapat. Hurmmm...
Tapi bila laptop rosak..cuba jugak cari penyelesaian nak baiki.
Lama lama redha je dengan kerosakan dia tu.
Ahhh..selagi bole menaip..teruskan...
Pernah juga dalam marah marah tu aku berbisik dalam hati.."Nak guna laptop ni sampai abes degree la. InshaAllah."
Walau aku tahu laptop tu wujud depan mata aku waktu aku tingkatan 4.
Setia la jugak aku kat laptop tuh.
Kalau pegi kedai tengok laptop display yang super duper lawa dan terbaru, meleleh juga air liur nih.
Puji juga laptop lain.
Tapi bila balik tengok laptop tu, terus lupa laptop display yang lawa dan terbaru kat kedai tadi.
Sayang lagi rupanya kau kat laptop tuh.
Suatu hari yang sangat bahagia, aku nak lipat kain.
Bosan pulak lipat kain sunyi jeeee.
Al maklum..hanya aku dan mama je kat umah waktu tu.
Lipat kain aku sorang je.
Aku pasang lagu dari laptop tuh sambil lipat kain.
Da masuk Asar, selesai lipat setimbun kain. Ada lagi setimbun. Jadi, aku fikir nak sambung lipat, jadi tinggalkan laptop tu kat tempat yang sama, iaitu atas kerusi kat ruang tamu.
Lepas solat, mama ajak pegi Pustaka Munirah lepas amek adik.
Terkocoh kocoh siap lupa nak alih laptop letak dalam bilik.
Balik balik....kakak aku membebel sebab tak tutup sliding door.
Errkk..rasanya aku orang last. Aku tutup sliding tu.
Bukak kunci grill sume, maasuk umah, nampak kerusi yang sebelum ni jauh dari pintu tetiba ada betul2 depan pintu.
Pelik sebab aku orang last kuar umah dan takde plak seingat aku, aku letak kerusi depan pintu.
Lepas tu mama tanya, "Lyana! Mana laptop kau atas kerusi nih?"
Adehh..lembab btol kau ni Lyana!!
Hurmm...sad to say. Laptop kena kait.
Hurmm...say goodbye je la.
Waaaaaaaaa~
Termenung kejap.
Mama cakap redha kan aje.
Hati berat nak redha sebab dah sayang laptop tuh. Dari kat CFSIIUM dia teman aku.
Sekarang dia da takde.
Sob sob jugaklaa.
Tapi..itu semua kerja Allah.
Padan muka kat diri sendiri sebab selalu marah laptop tu..ugut nak buang dalam longkang ape sume..
Hurmm..tinggal kenangan je laa.
Dan baru realize yang aku takde gambar laptop aku tu. Huhu
Alhamdulillah da dapat pengganti.
Tapi..itula. Masih teringat lagi. Ahaha.
Slowly..akan aku lupakan laptop tu.
Nampak macam tak redha lagiii jee..haha.
Slowwwww..lyyyy...~
In progress.
Bersama teman yang baru itu, ada nasihat dari mamapapa yang tercurah.
Ye..guna laptop tu untuk ke syurga.
Walau tak boleh bawak masok kubur.
Dalam..sungguh dalam..~
Ape?? Ingat senang ke nak lupakan benda yang kita sayang??
I'm not pathetic tapi..sebab barang sendiri dan sayang sebab da tatang dia.
Tapi itula...sume hak Allah. Dia da amek smula.
Sokayy..
Da ganti dengan yang lain pon..
Senyum semula :)
Pengajarannya...jangan letak barang dekat dengan pintu or tingkap. Lagi bagos letak dalam tempat tertutup seperti almari.
Jangan maki hamun maupun mengugut barang kerana mereka juga punya 'hati dan perasaan'. Da takde nanti nanges berguling baru tau!
Maksudnya..bersyukur dengan apa yang ada. Daripada takde kan? Kan?? ^_^
Dan yang penting...doa~
Aku tersedar lepas kejadian tu...rupanya aku kuar umah tak baca doa. Tak mintak perlindungan dari Allah. Hurmm...nampak la Allah sayang aku tak nak aku lupa dia. Hehe~
No comments:
Post a Comment