Banyak berfikir pasti akan membuka minda.
Kerna Allah telah berfirman bahawa golongan yang berfikir adalah golongan yang beruntung.
Telah sekian lamanya aku mencari jawapan.
Tapi aku tak pasti adakah ianya jawapan yang betulbetul aku cari.
Banyak persolan yang berpusingpusing dalam minda.
Do too much thinking can kill someone?
People with a lot of doubts and questions can really survive this world?
Yang kurang pengalaman pasti punya banyak soalan.
Mencaricari dari setiap sudut dan segi yang ada jawapan kepada soalan yang timbul.
Al-Haq yang dicari.
Pusingpusing akhirnya bertemu jawapan yang sama.
Jika bukan bertunjangkanNya pasti berselirat di pertengahan dan kecundang di penghujung.
Boleh patah balik kah?
Tapi kata orang...mana boleh patah balik.
Kalau nak baiki, boleh!
Macam engsel pintu yang berkarat, nak baiki ada banyak cara. Letak minyak pelincir paling mudah. Nak tukar yang baru pon boleh. Tapi kita boleh make it simple and easy kan..?
Minyak yang dituang itu akan mengurangkan sedikit kepayahan untuk membuka dan menutup pintu. Karat itu tetap ada tapi minyak tu memudahkan pergerakan.
Kalau kosong, boleh isi sendiri.
Kalau kering pon boleh basahkan sendiri.
Tak boleh kalau nak harap orang lain je buatkan.
Kenala usaha sendiri.
Harapla aku nih!
Isi sendiri mungkin boleh. Nak basahkan sendiri pon mungkin boleh.
Tapi perlu juga ada entiti yang membimbing.
Kerna itu Allah turunkan Rasul.
Cemburu dengan yang pernah bertemu dan mendengar langsung dari Nabi.
Aku terbayang bagaimana wajahnya. Tutur katanya.. Pandangan matanya..
Semua yang ada padanya cukup memikat hati.
Kerna itu penyakit ini orang namakan rindu..
Bila baca shamail, semakin merontaronta.
Indahnya kau wahai Rasul~
Membimbing umat hingga islam tiba pada aku.
Ummati ummati yang kau lafazkan...
Aku mengerti kenapa kau menjadi gilaan umatmu.
Kalau rasa sunyi..Allah kan ada~
Temani kita setiap saat dan detik.
tak pernah sekali pon tinggalkan kita.
Sentiasa dekat.
Sentiasa sayang.
Sentiasa mahukan untuk kita yang terbaik.
Berhenti mahukan pandangan manusia.
Buat apa yang kamu yakin.
Istafti qalbak.
Jika tidak menggusar dalam jiwa, maka ianya benar.
Mengapa harus malu lagi?
Setiap jiwa itu mahukan kebaikan. Kerna begitulah ia dicipta.
Qadha' itu ketentuannya.
Yang terbaik mesti untuk kita.
Tidak perlu dipersoal mengapa.
Garaplah hikmah.
Kuranglah beban.
Kata seorang ustazah ini..
"Kita selalu menyibuk nak campur tangan dalam urusan Tuhan. Sebab tu kita serabut."
Sudah Qadar kita begitu..terima dan redha.
Apakah ertinya hidup tanpa ujian?...Kata nak Syurga Allah~
Tertanyatanya adakah kita sudah jadi hamba yang baik?
Mujahadah itu sampai mati.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu berjuang.
Kerna motivasi kita sentiasa syurga dan wajahNya yang bercahaya untuk ditatap.
Tiada istilah "Oh no! Its too late!"
No! Never too late!
Selagi pintu taubat terbuka. Selagi ada nyawa!
No comments:
Post a Comment