Bismillahirrahmanirrahim~
Known worldwide as number one most influential people.
Based on Hart's list.
Approved by lots of people.
Including me.
Cinta itulah yang menzahirkan tindakan.
Melahirkan satu kekuatan untuk meneruskan.
Walau hambatan begitu melukakan.
So much love showered.
Bersambut atau tidak itu persoalannya.
Berpeluang menyanyikan bersama menimbulkan sebak dalam diam.
Cuba menahan tangis.
Berjaya.
Tapi cukup tidak puas hati.
Mengapa begitu ego dan keras?
Ya Hanana.
Beruntungnya kami.
Dikurniakan Nabi yang sangat mencintai.
Dianugerahkan Nabi yang tidak kenal penat dan sakit.
Sirahnya ditelusuri.
Mendatangkan sebak.
Sesekali aku cuba bayangkan.
Gerun sungguh.
Bagaimana bisa kau bertahan ya Rasulullah?
Kerna itu aku kagum.
Jatuh cinta dengan peribadimu.
Rindu yang menggebu.
Wajah yang bercahaya.
Hatiku yang hitam.
Bisakah?
Tidak mahu aku siakan.
Jika aku siakan...pasti tiada kau rugi.
Aku la yang rugi itu.
Kerna aku yang perlukan ia.
Yang akan menjadi saksi aku di syurga.
Risalah yang jelas.
Apa lagi yang susah?
Kekuatan.
Dan yang penting...kemahuan!
Bagi aku cinta tidak perlu keterlaluan.
Kerna aku takut kecewa.
Tapi cinta padamu dan kekasihmu tidak aku takut.
Kerna aku yakin yang aku tidak akan kecewa.
Tidak perlu aku rebut.
Tidak perlu aku cari.
Kerna selalu ada.
Tapi aku yang selalu tenggelam timbul.
Selamat hari lahir ya Rasulullah~
Aku tahu kau bahagia di samping kekasihmu.
Aku juga mahu ketemu kau di syurga nanti.
Tunggu aku ya.
Aku pasti berusaha.
Sollu 'ala Muhammad~
No comments:
Post a Comment