Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Semua orang dianugerahkan dengan kehidupan yang berbeza dan pelbagai
Atas iman dan kasih sayang Allah, maka mampu dihadapi dengan bergaya
Kata orang, kalau kita susah, kita tengok orang yang lagi bawah dari kita
Kalau kita senang, jangan lupa diri
Kalau aku rasa hidup aku sudah cukup susah dengan masalah diri dan sebagainya, rupanya ada yang lagi susah
Melihat dia tabah dan terus senyum walau dalam susah
Aku termotivasi
Hidup aku tidak sesukar dia
Tidak diuji sepayah dia
Tapi dia mampu senyum lagi
Tapi kerutan pada wajahnya takkan aku lupa
Yang bila aku tediam tak mampu berkata apa
Tak mampu nak memberi kata semangat pon
Sememangnya aku pendiam dan agak slow
Tapi untuk menenteramkan hati sahabat, aku ambil jalan termudah dengan jadi tempatnya bercerita sahaja
Aku takut nak mencuba bertanya lebih lebih
Bagi aku, if dia nak cerita, maka dia cerita
If tidak, maka tidaklah
Aku tidak suka memaksa walau hati penasaran nak tahu hmm
Kadang rasa aku tak berguna hmmm
Maaf sahabat,,,
Ceteknya pemikiran aku hmmm
Masalah yang aku rasa masalah, rupanya bukanlah masalah sangat
Pergolakan dalam diri cuma
Sahabat ini lagi hebat cabarannya
Sangat hebat!
Moga dia tetap utuh!!
Pancaroba
Ujian
Tribulasi
Mewarna hidup
Menghias kanvas
Terus melakar impian katanya, maka aku akur yang itu kerna itu yang pernah dia ajar
Aku juga pernah putus harapan hilang semangat
Kata kata dia penerus rasa
Syukur :)
Moga cinta Allah selalu ada untuk dia :)
Moga cinta Rasul selalu ada untuk dia :)
Aku jatuh cinta dengan dia
Sahabat hatiku :)
Moga dalam lindungan Allah selalu :)
Moga terus kuat sahabat !!! :)
No comments:
Post a Comment