Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Been wanting to post this since ages hahahaha
Mujurla AlQalamiy nak buat Zine
Akhirnya tertulis juga muehehehe
So, here it is,,,
Aku pernah
berjanji dengan diriku yang aku takkan menyusahkan orang lain.
Sekurang kurangnya
jika tak mampu membantu.
Dan aku juga
pernah berjanji yang aku tak akan putus asa.
Sungguh besar
murka Allah nauzubillah.
“…dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum
yang kafir” (Yusuf:12)
Tapi malam itu
semuanya berubah.
Mula mula datang
rasa putus asa, aku menangis sungguh sungguh
Sebab takmahunya
aku menyusahkan orang lain
Dah lama tak
menangis macam tu
Aku malu nak
menyusahkan orang lain
Boleh sampai satu
tahap yang aku takboleh nak angkat muka pon
Jadi malam itu,
Allah menguji dengan dua benda ini
Putus asa dan
ketidakmahuan untuk menyusahkan orang
“Jap kitorang
bincang”
Kencang darah aku
baca mesej ni
Bersama deras air
mata
Kerna aku tahu
hujung perbincangan itu
“Shai siap siap.
Kitorang dah otw”
Makin teruk aku
menangis
Apa semua ni?
Kenapa gigih
sangat?
Terharu teruk.
Dahla tempat
program tu jauh. Malam pulak tu.
Entah kenapa malam
tu jujurnya air mata.
Mata merah
bengkak. Takboleh jadi kena cover nih.
Masuk kereta, aku
cuba bertahan senyum dan buat biasa saja
“Akak tahu, saya
ingat takjadi dah nak datang. Saya nak pass kat orang lain dah kerja saya nih”
“Ehh mana boleh.
Kita takcukup orang shai”
Dan waktu tu aku
tahu yang setiap orang sangat penting peranannya walaupon cuma JK kecil.
Dan waktu tu aku
cakap dengan diri aku, Lyana kau kena buat elok elok. Kena usaha buat yang
terbaik. Jangan menyia nyiakan usaha dorang ambik kau memalam buta jejauh macam
nih.
Terharu teruk.
Ulang sekali lagi.
Menangis teruk.
Sangat buruk.
Tapi kakak, kamu
telah mencetuskan sesuatu dalam diri ini
Semangat untuk
terus berusaha dan terus bangun walau jatuh berkali kali.
Tahu juga kakak,
selepas kejadian malam itu, ana berjanji dengan diri ana untuk terus berusaha
untuk tsabat dalam jalan ini.
Banyaknya pahala
akak J
Terima kasih atas
susah payah
Terima kasih juga
atas senyuman manis menyambut ana walaupun akak penat
Terima kasih
kerana menanam tsabat dalam diri ana
Terima kasih
mengajar ana erti tadhiyyah
Semoga berjiran di
sorga inshaAllah J
No comments:
Post a Comment