Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,,
Kalau mengharap pada manusia memang akan kecewa kan
Bukan sebab manusia tu takde, ada tapi tidak sesempurna yang kita inginkan
Bukan juga nak kata diri ini sempurna
Aku tahu sedar hidup memang kena bergantung pada manusia juga
Sebab tu Allah lahirkan kita dikalangan keluarga
Dibesarkan dengan kawan kawan
Dan hidup di dalam kelompok masyarakat
Tadi ada small discussion dengan sahabat untuk FYP
Wahhhh rasa lega sangat sebab aku ni takdelah pandai sangat haha
Tapi nak amek ilmu dan pengajaran dari orang lain itu
Satu je
Turunkan ego dan buka hati
Aku belajar ini dari kawan juga
Bila crowd of friends jadi makin lebar, macam macam orang aku jumpa
So, why not mencicip sedikit ilmu dari orang itu?
Aku selalu mengharap ada orang boleh entangled kerumitan kepala sekarang
Katanya mental rabak
Sebab tu kena cakap dengan orang
Supaya tak gila sensorang kah kah kah
Aku bersyukur juga dikelilingi teman yang pandai daripada aku haha
Mencicip ilmu dari mereka takpernah bosan
Dannnnn
Buat aku malu juga dan membuatkan aku berusaha lebih keras
Takkan nak selamanya mencicip kan? ehe.
Selongkar nota nota lama untuk tujuan FYP
Baru aku sedar apa belajar selama ini kah!
Tadi ada subjek Instrumentation in Biotech (kot!)
Aku macam, ehh ada ehh subjek ni dulu herher
Ni semua pon hasil bincang dengan sahabat tadi hewhew
Kadang konon bajet kental nak survive sendiri
Last skali aku rasa aku merengek jugak nanti kat orang lain haha
Lagi lagi 3 orang ni ha
Salma, Inani, Liza
eh dan Zubaidah
eh dan Mama haha
dan mungkin Kakak juga
Haa nasibla nak kena dengar orang ni merengek haa
Pada Allah juga jangan lupa!
Tadi ada sahabat hati jugak meluahkan rasa
Aku jujur tak reti nak tolong
Tapi aku usaha juga
Aku cuba letak diri aku dalam kasut dia
Tapi rasanya takmuat
Sebab akhirnya aku hanya mencuba fit in dan cuba memahami dan membantu
Tapi tak apa
Aku tahu Allah sentiasa ada utuk dia :)
Aku harap dia sentiasa kuat
Sebab dibelakang dia ada Allah dorong
Dan dihadapan dia ada Allah tarik
Aku tahu dia kuat sebab tu Allah uji dia sebegini
Kalau kita penat dengan manusia,
Lepaskan manusia
Balik pada Allah
Cari kekuatan
Dan selamlah semula
Mencari diri takkan pernah sudah
Takkan pernah berakhir
Aku tak kata aku kuat
Tapi aku tahu cari mana kekuatan itu
Dan cuba sampaikan maklumat itu pada sahabat hati itu
Patah hati itu selalu berlaku
Kerna manusia takkan pernah sempurna
Dan begitu juga kita
Takkan pernah sempurna untuk orang lain
:)
No comments:
Post a Comment