Tuesday, July 19, 2016

IIUM Confession

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Entah apa mood rajin pi baca IIUM Confession haha
Rajin pulak scroll ke bawah
Sanggup bukak Continue Reading which known of course panjang luahannya

Entah
Tak tahu kenapa
Haha
Mostly sebab bosan lepas tu curiosity nak baca lagi dan lagi dan lagi
Muahahaha

Tapi pengajaran dapat tu hmmm,,

1. Bersyukur dengan kehidupan sendiri


Tersangatlahh bersyukur dengan kehidupan sendiri sebab kesah luahan sangat macam drama tapi happened in real life!
Dan melihat ketabahan peluah subhanallah,,amaze sangat!
Semoga Allah mengurniakan pahala buat kalian T_T

Dulu aku rasa hidup aku sedih apa semua, tapi rupanya ada orang lagi sedeh

Kalau aku pernah dulu rasa tak suka dengan keluarga sendiri (maaf mama papa huuu dulu je ni tau), sekarang aku lebih sayang sayang sangat dengan dorang semua T_T
Siapa kan yang sanggup hidup besarkan Lyana yg banyak kerenah songeh ni kalau bukan korang ehehe

2. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan


Post post yg aku baca ada tentang datang dari family berada, atuk nenek kaya
Tapi benda tu semua tak menjanjikan bahagia pon
Malah kalau diingatkan semula, kekayaan pon ujian juga

Part ni sentap la sebab siapa taknak kaya hidup senang en.
Tapi tu la balik kepada point first tadi, bersyukur!

Tapi tak kata kena hidup susah baru tahu bahagia
Kadang yang sederhana itu sudah mencukupi kan :)
Well, as long as tak lupa Allah dan menjalankan tanggungjawab amanah Allah beri hehe

Manusia selalu meminta lebih, padahal Allah lebih tahu mana baik buruk untuk hambaNya
Justeru aku belajar untuk memaknakan apa yang Allah beri dan cuba improvise diri

3. Lebih menghargai


Kadang tak perlu mengalami untuk tahu sesuatu tu kan
Baca kisah orang, amek pengajaran jadikan teladan mana baik

Aku belajar untuk lebih menghargai parents, adik beradik kawan, ilmu, masyarakat
Menghargai peluang dan kesempatan sementara ada

Belajar buat keputusan
Tahu risiko, tahu solusi
Pinjam semangat
Belajar ilmu baru


Ni sedikit je lah pengajaran dapat, mungkin ada lagi tapi tak reti nak luah haha
Menghargai dan terus bersyukur
Tingkatkan kualiti diri
Hamba yang tak tahu apa
Mengharap yg terbaik dari Tuhan yg sentiasa mendengar doa hambaNya :)

Bukannya nak kata hidup aku takde masalah
Ade,,sentiasa ada
Tapi setakat ni masalah boleh handle lagila ehe inshaAllah Alhamdulillah
Dan takde la sesukar yang dialami peluah
Masih hidup lagi aku ni hehe

And most of all, 
Kan Allah kata Dia takkan bebankan hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak sanggup hadapi :)

Dan,,

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Allah, aku bersyukur dengan hidup aku :)
Terima kasih Cinta :')


2 comments: