Semoga Allah permudahkan...
Cinta yg aku ingin cerita adalah cinta untuk manusia.
Bagaimana cinta itu memberi kesan yg mendalam kepada hidup seseorang.
Jika ditanya apakah cinta...apakah yang kau bayangkan jika ditanya apa itu cinta..
Aku akan jawab cinta itu ialah Allah dan aku ibaratkan cinta itu seperti bunga
Cinta itu ialah Allah kerana tanpa Dia tiada cinta.
Dan cintaNya adalah yang paling agung dan mulia yg pernah aku temukan.
Remuk rendam bukan hati kita andai siapa yg kita sayang tidak memberi tindak balas terhadap cinta kita.
Tapi aku terbalikkan fakta ini.
Aku yang akan remuk rendam jika aku tak balas cinta Allah.
Kerana yang akan merananya ialah aku dan sedikit pon Allah tidak rugi.
Aku cemburu andai cinta Allah diganti kepada orang lain.
Aku berhak mendapat cinta Allah.
Walau aku tahu aku bukan hambaNya yang terbaik untuk menerima cintaNya.
Tidak peduli walau dibilang perasan! atau Tidak sedar diri!
Apa aku peduli.
Ini cinta aku.
Aku dapat dari Allah.
Dan kepada Dia juga aku kembali.
Sesungguhnya Allah adalah anugerah terbesar dalam hidup aku.
Bunga yang sedang kembang mekar menghadirkan kebahagiaan dalam diri aku.
Kerna itu aku kata cinta itu seperti bunga.
Sungguh indah saat mekar. Sangat dirindu saat kuncup.
Cinta tak boleh dan tidak mungkin boleh dipaksa.
Aku percaya perumpaan cinta itu seperti rama-rama juga.
Jika dikejar ia lari.
Benar!
Cinta bila dikejar ia lari. Kerna ia tak bisa dipaksa.
Bebaskan cinta kita dimuka bumi ini.
Nescaya kita kan mendapat cintacinta yang lain juga.
Bahagia saat menebar cinta.
Mengapa sanggup berpenat lelah menebar cinta?
Apa kau ketagih pada cinta?
Kerna cinta yang aku yakin ialah cinta yang menuju kepada dia.
Justeru itu aku tidak akan mungkin mengalah mahupun putus asa menebarkan cinta.
Tanda sayang pada manusia kita mahu yang terbaik selalu untuk manusia.
Jika cinta kamu ialah Allah, kamu mahu orang lain juga merasakan bahagia tatkala memeluk cinta Ilahi.
Jika cinta kamu ialah pada nasi goreng, kamu mesti mahu orang lain juga merasai betapa nikmatnya makan nasi goreng.
Itulah cinta.
Yang menggerakkan kita untuk mengajak orang lain kepada cinta kita.
Jangan mahu menagih cinta manusia kerana pasti kau akan penat. Sungguh penat!
Kerna manusia tidak bisa dipaksa.
Sentuhlah hati manusia dengan cinta Allah, nescaya hati dia menjadi milik kamu!
Menjadi milik kamu untuk kamu bawa dia kepada cinta Allah.
Kerna kita mahu dia juga bahagia seperti kita.
Dan yang paling utama, kita mahu bertemu di syurga~
Bicara cinta takkan berakhir.
Selalu punya kata pujangga yang asyik menyatakan cinta dan memperumpamakan cinta dengan pelbagai metafora.
Aku bukan yang layak membicarakan cinta.
Tapi..aku juga manusia yang punya hati.
Hamba yang punya keinginan untuk dicintaiNya.
Insan yang takkan lelah dan inshaAllah akan meneruskan perjalanan menebarkan cinta di atas muka bumi demi membawa manusia lain menuju cinta Allah.
Untuk itu aku mohon Allah, kirimkan aku benih cinta untuk aku tebarkan. Dan keberanian, kesungguhan untuk menebarkannya~
Cantikkan bunga lily? ^_^ |