Thursday, November 29, 2012

uSiA

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada pihak yang mengatakan bahawa bila belajar ilmu tasawwur ni jadi x produktif sebab asyik ingat mati je.
Urmmm...itulah salah faham manusia apabila sebut sahaja ingat mati, terus jadi xproduktif.
Sedangkan ada sabda Nabi SAW bahawa, "Orang yg mengingati mati itu orang yg bijaksana."

Aku dah baca buku Ust Pahrol Mohd Juoi yg bertajuk "Beduk Diketuk".
Di situ ada banyak juga cerita tentang bagaimana mengingati mati boleh tingkatkan produktiviti.
Orang yg mengingati mati ini dia akan buat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh bagai esok dia nak mati. Jadi hasil kerja dia adalah sangat memuaskan dan dia tidak akan bertangguh untuk menyiapkan kerjanya.
#Tumbuk batang hidung.

Manusia pada azalinya memang apabila sebut saja mati, pasti takut. Tak bersedia dan sebagainya. Aku juga begitu. Hurmmm. Kata seorang ustazah, orang alim ni xsabar nak mati sebab dia tau yg mana lagi best antara dunia dan akhirat. Orang yg takut mati juga kerana dia banyak meyimpan harta dunia tapi xmenyimpan harta akhirat.

Akhirat itu lagi best! Tapi dunia juga yg dikejar.
Kita slalu dengar, jangan kejar benda yg xpasti.
Oke, itu pada jodoh la biasanya.
Tapi hal di sini juga sama.

Alhamdulillah. Setiap pagi lepas bangun tido, aku slalu lupa baca hamdalah. Bila teringat, kadang2 dah 3-4 jam lepas bangun tido. Kadang2 langsung xingat. Haishhh...

Ramai orang yg saya kenal dan sayang lahir pada bulan November.
Alhamdulillah. Kerana masih Allah panjangkan umur. :)

TickTickTick.
Macam tu je waktu berlalu. Cepat sangat.
Kadang xsedar. Skarang da pukul 10.01 pm.
Haishh....skejapnya dah pkul 10.

TupTapTupTap.
Nanti masuk bulan Januari.
Dah 20 tahun.
Rasanya baru semalam 19 tahun.
Erkk...

Mulakan setiap hari dengan azam dan niat yang baru.
Jadual yg baru.
Jiwa yg baru.
Nafas yg baru.
Semangat yg baru.

Senyum jangan lupa.
Peneman hari.

Badan makin lesu.
Lemak makin menepek.
Mata makin layu.
Rohani semakin kuyu.

Adehh...

Bangkitlah orang muda!!
Keluarkan singa dari tubuh ini!

Malu pada diri kamu.
Malu pada malaikat pencatit amalan.
Malu utamanya pada Allah yg sentiasa melihatmu tanpa jemu.

Hamba Allah xusah fikir kerja Allah.
Hamba Allah seharusnya fokus pada tugasnya sahaja.
Menjadi abid dan khalifah.

Kentalkan jiwa ini!
Bangkitkan roh ini!
Iringi langkah ini!

Perjalanan masih jauh.
Kerana jalan ini sumpah panjang!!
But it is not endless!!


Monday, November 26, 2012

kAMi RinDu lAGi

Bismillahirrahmanirrahim.



Seperti yg pernah aku nyatakan, keindahan bersama keluarga itu lain.
Dan keindahan bersama sahabat itu lain.
Indahnya bersahabat kerana Allah.
Dan indahnya bersama2 menempuhi jalan dakwah bersama sahabat.
#Antara sumber kekuatan :)

Bahagianya bersama kamu!

Cuti2 ni aku banyak menyelusuri hidup aku yg rupanya banyak indahnya.
Aku tarik balik kata2 aku "Hidup aku membosankan"
Masha Allah, sungguh x bersyukurnya aku.
Memang btol ayat Allah, hanya hambaNya yg berfikir sahaja yg akan bersyukur.
#Tumbuk batang hidung.

Bersama sahabat. Bergurau senda. Makan sama2. Jalan2. Solat berjemaah. Seronoknya!
Dan Berjuang bersama. Bestnya!

Aku tau dan sedar semua ini akan berakhir. Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi aku yakin yg kami akn bertemu kembali selagi kami masih di atas jalan yg sama. Kerana itu janji Allah!

Kami bertemu dan berpisah. Berkali2. Walau hati sedih, tapi masih yakin yg kami akan bertemu lagi!
Kerana kami menenpuhi jalan yg sama utk menuju syurga. In shaa Allah~

Bersama,
Zubaidah binti Marzuki.
Siti Nur'Ain binti Rosli.
Nur Solihah binti Muzahar.
Afif Amirah binti Abu Fitri.
Mawaddah binti Mohd Lokman.

Ana sayang ntunna lillahi ta'ala.
Maafkan aku kerana bibir x mengucapkan.
Walau aku tau bahawa Rasulullah menyarankan "Jika kamu menyintai sahabatmu, maka ucapkanlah kepadanya."
Ahh, sungguh aku ego. Dan malu~

Dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.
Itulah titik pertemuan kita.
Berkumpul berbincang.
Walau aku pada waktu itu baru mendapat kesedaran dan tidak matang dalam jalan ini.
Bimbingan dan dorongan xputus2 ntunna beri.
Terima kasih.

Maafkan aku andai haq sahabat kepada ntunna xtertunai.
Maafkan aku andai ada hati yg terluka ketika bersama.
Maafkan aku andai xmampu menjadi yg terbaik.

Sahabat itu adalah anugerah dari Allah.
Cinta yg terembes dari dalam hati ke dalam hati sahabat juga anugerah dari Allah.
Alhamdulillah.
Kau temukan aku dengan sahabat yg membimbingku ke jalanMu ya Allah!

Aku xingin berhenti di sini.
Tarik dan pimpinlah tanganku selalu.
Aku bisa jatuh dan hilang andai tanganku ku letak sahaja dalam kocek.
Walau konon aku kuat waktu ntunna xada di sisi, ketahuilah bahawa jiwa ini meronta.
Dengan sarat jahiliyyah yg perlu aku tepis.
Aku cuma perlu ingat,
"Sahabat aku yg lain boleh atasi, aku juga boleh!"
Mujahadah itu sungguh pahit utk syurga yg indah itu.

Bila dah berjauhan, rasa rindu itu ada.
Jangan risau, kerna ntunna slalu wujud dalam doa.
Slalu wujud.

Tawa riang kita, maaf andai aku menyimpangkan hati.
Senda gurau kita, maaf andai sangat lagha.
Ehehe~
Dan jadi begitu kerna bersama ntunna aku rasa aku jadi kanak2 smula.

Taujih, qadhaya,brainstorm dan tiupan semangat itu paling aku rindu.
Sungguh sangat rindu.

Dan tahun depan aku perlu menjadi lagi tabah.
Dan Matang!

Doakan aku~

Thursday, November 22, 2012

sEmANis gUlA


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah
Tarbiyah semakin basah

Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah
Tarbiyah semakin basah

Munsyid: HuffaZ

 :.Antara lagu yg memberi aku semangat dalam melaksanakan tugas sebagai umat pertengahan!:.

Sahabat, syurga itu sumpah mahal!
Marilah kita berdagang dengan Allah!
Sangat menguntungkan!


anUgERah TERinDaH!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku bahagia dengan kehadiran anugerah itu.
Aku xpernah rasa kosong dengan adanya anugerah itu.
Aku xperlu yang lain dengan wujudnya anugerah itu.

Aku pernah bertanya kepada sahabat MukaBuku ku.

"Apakah anugerah yg terindah dalam hidup kita?"

Berbagai jawapan yg aku terima.
Aku x nafikan semua jawapan mereka itu betul.

Aku pernah bermimpi.
Aku x rasa mimpi ini seronok.
Tapi aku rasa....macam...tarik hela nafas yg panjang..speechless.

Waktu itu ada suara yg bertanyakan pada aku.
"Apakah anugerah yg terindah dalam hidup?"
Aku jawab; "Iman dan Islam"
"Salah!!!!"
Suara itu menjerit memarahi aku.
Aku terkejut. Eh, mana mungkin jawapan itu salah.
Aku amat yakin jawapan itu betul.
Oleh kerana jawapan aku salah. maka aku terjatuh ke dalam suatu tempat.
Dan soalan itu ditanyakan lagi.
"Apakah anugerah yg terindah dalam hidup?"
Aku jawab lagi "Iman dan Islam"
"Salah!!!!!!"
AHHHHH.....Knape salah lagi? Betullah!!
Aku terjatuh ke dalam tempat yg lagi bawah dari tempat tadi.
Soalan itu ditanyakan lagi.
Dan jawapan aku tetap sama.
"Salah!!!!!!"
Waktu itu, earthquake berlaku. Aku berlari menyelamatkan diri. Aku berpaut pada tali2 pada tiang yg hampir rebah.
Dan aku jerit "Habis tu? Apa jawapannya?"

Sebelum aku terjatuh ke dalam tempat gelap itu, aku dengar suara itu menjawab
"Allah-lah anugerah kau yg paling indah. Kerana Dia penyebab wujudnya anugerah2 lain"
Tersentap aku waktu itu.
Hah?? Aku xterfikir pon Allah itu anugerah aku yg paling indah.
Tapi situasi waktu tu macam segalanya dah terlambat buat aku.

Emmm...aku x pandai menafsir mimpi.
Tapi mimpi ni sumpah buat aku berpeluh2 waktu bangun tido dan termenung seketika.
Lepas solat Subuh pon aku termenung lagi.
Apa maksud mimpi aku??

Aku takut nak tanya orang.
Aku takut orang akan kata, itu cuma mainan tido.
Syaitan barangkali.
Emm...tapi mimpi tu macam nak bagi aku petunjuk yang...
"LYANA, SUNGGUH KAU NI HAMBA YG X BERSYUKUR!!"

Itu ibrah yg aku dapat dari mimpi aku tu.
Walau mimpi tu dah setahun berlalu, tapi masih ku ingat mimpi tu.
Saat aku lupa pada nikmat Allah, pasti aku teringat mimpi tu.
Erkk...macam agak poyo. Tapi itulah apa yg aku rasa.

Aku xmenafikan ibrah aku tu.
Heshh....aku memang jarang2 sangat bersyukur.

Hei la hamba! Apa lah kiranya kau ni! Sudahlah hamba! Xbersyukur pulak tu! Nak jadi apa??

Sunday, November 18, 2012

sEdiH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedih itu fitrah manusia.
Hidup ini xselalu indah.
Kadang sedih itu kita yg cipta ia tanpa kita sedari.
Hurmmm...

Muhasabah panjang.
Mungkin kurang doa.
Lalai sangat duk umah nih.
Fikir dan terus fikir lagi.

Gembira itu datang sekejap.
Tapi hati masih doubting.
ahh, itu tanda su'udzhon ngan Allah.
Kan Allah berada pada sangkaan hambaNya!
Ahhh, aku lupa itu!

Peristiwa sedih mengajar aku.
Banyak juga impaknya dalam hidup aku ini.
Sungguh aku yakin yg Allah itu Maha Adil dan sayangkan aku.
Sungguh aku yakin yg aku tidak bisa hidup tanpa Allah.

Walau diceritakan kepada manusia, rasa sedih itu masih bertapak.
Aku cuba lupakan.
Mungkin aku lupa taubat.
Hati ni banyak sangat maksiatnya.
Astaghfirullahal'azim.

Aku xingin tersungkur lagi.
Tapi aku yakin, waktu aku tersungkur itu, ada tangan yg Allah sentuh hatinya utk membantu aku.
Kerna aku yakin, Allah itu xkan uji hambaNya apa yg hambaNya xmampu.

Mengenangkan ini, aku yakin yg Allah sedang melihat aku.
Melihat apa langkah yg aku ambil utk bangun dari rasa sedih ini.
Mungkin ini bukan jalan yg Allah takdirkan utk aku.
Allah ada perancangan yg lebih baik, bagus, hebat, fantastic dan osem utk aku.
Ahh, itu sudah cukup buat aku tersenyum kembali.

Sungguh aku hamba yg sangat x bersyukur.
Xnak pisang berbuah 2 kali.
Bangun dan terus bangun!
Ya, kerna itulah tabiat manusia yg beriman.
Hikmah itu harus dicari.
Muhasabah diri juga sangat penting.

Apa yg sedih, itu Allah yg tahu.
Apa yg aku lakukan utk bangkit, itu Allah yg tahu.

Sedang tersenyum :)

Indahnya tarbiyyah dari Allah.
Kuatkan aku!
Bukan melemahkan aku!

Saturday, November 17, 2012

aLanGkah INdAH~

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahagia itu bermula dari keluarga.
Bahagia itu dikatakan bermula dari keluarga kerana di situ ada ibu bapa yg mencorakkan kehidupan kita.
Aku x menafikan setiap ibu bapa ada cara tersendiri membentuk sebuah keluarga yg bahagia.
Ya, itu pilihan masing2.

Perasaan bahagia ketika bersama keluarga amat lain skali dengan perasaan bahagia ketika bersama teman2.
Kedua2nya indah. Sungguh aku x menafikan itu.
Tapi masing2 punya keindahan tersendiri.

Bila berjauhan dengan keluarga, perasaannya lain sangat berbanding berjauhan dengan teman2.
Rasa rindu mudah menyapa.
Rasa sayu mudah menyentuh.

Menuntut ilmu memang memerlukan pengorbanan yg sangat besar.
Bukan sekadar diri ini yg perlu berkorban waktu dan tenaga, tetapi keluarga juga berkorban.
Bila aku mula sedar hakikat itu, aku jadi sedih.
Betapa tidak bersyukurnya aku.

Aku paling suka bila keluarga kami yg seramai 6 orang ini berkumpul. Rasa sangat seronok.
Lebih seronok dari reunion dengan kawan2.
Betapa payahnya utk kami yg berenam ini utk berkumpul setempat.
Tersenyum panjang aku :)

Rasa sayu dan sedih itu singgah jga.
Apabila mengenangkan usia sudah makin tua ini.
Urmm....dah nak 20 taun dah aku ni.
Cuma beberapa bulan lagi.

Ya Allah. izinkan aku berbakti kepada keluarga aku.
Izinkan aku berbakti kepada kedua orang tuaku yaAllah~

Aku mahukan baitul muslim yg mematuhi suruhan Allah.
Aku juga mahukan baitul muslim yg tidak melanggar larangan Allah.
Betapa keluarga ini juga merupakan tanggungjawab aku.
Dakwah itu lebih utama kepada keluarga.
Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yg Islam.
Alhamdulillah juga aku dididik dalam keluarga yg mematuhi syariat Allah.

Terasa cemburu juga kepada sahabat aku yg punyai keluarga yg juga kencang dakwahnya.
Bukan setakat diri beliau sahaja, ibu, ayah, abang2, malah adik2 juga.
Ahh, cemburunya!

Tapi setiap yg Allah beri itu x sia2. Setiap orng punya cerita masing2.
Setiap ormg punya ujian hidup masing2.

Jadi, inilah hadiah dari Allah utk aku.
Ujian dari Allah utk aku.

Kerana sayang, aku ingin jumpa mereka lagi di syurga.
Kerana sayang, aku tau aku xboleh berdiam diri.

Aku masih bahagia.
Serius aku x tipu.
Sungguh aku bahagia.
Aku mau jumpa mereka lagi di syurga.

Ya Allah, tuntunlah langkahku.
Alangkah indahnya keluarga yg Kau bagi kat aku yaAllah~

Tuesday, November 13, 2012

HATI

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila bercakap tentang hati...
Semua orang ada pendapat masing2.

Begitu juga saya.

Hati sangat fragile.
Kita mesti berhati2 dengannya.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud;
".......dalam hati manusia itu ada segumpal daging. Jika baik ia, maka baiklah seluruhnya. Jika buruk ia, maka buruklah selluruhnya. Dan ketahuilah, ia adalah hati."

Berusaha sedaya upaya mungkin utk menjaga hati yg sangat mudah bertukar2 rasa.
Setiap kali niat tersasar, sepantas mungkin hati mesti beristighfar agar niat asal kembali murni.
Fuhhh....oh hati, payahnya jaga kau!

Saat hati tersasar itu, berbagai perkara bermain dalam minda. Otak terus ligat berfikir mencari seribu alasan. Aduhh,,lemahnya iman. Hati perlu kepada pembersihan. Ya betul, pembersihan.

Baru2 ni saya menjadi fasi utk KBM IKM dan KKTM SeMalaysia.
Fuhh...debaran dalam hati hanya Allah yg tau.
Apakah aku lakukan ini sekadar suka2? Atau kewajipan?Atau tanggungjawab?

Aku akui mula2 aku join jadi fasi, memang atas dasar suka2, sebab ske tolong org dan jumpa orang yg kita xpernah jumpa. Aku seronok menjadi fasi kerana aku rasa jiwa aku terisi. Kerana modul2 yg KBM guna, sedikit sebanyak terkesan pada jiwa aku.

Mama selalu pesan;
"Lyana, pegi program tu, niat ikhlas kerana Allah ta'ala. Jangan ingat nak ske2 je. Sebelum Lyana nk diorng rasa sesuatu tu, terlebih dahulu Lyana yg kena rasa dulu..."

Ikhlas. Alahai. Lemahnya iman. Mula2 bibir mudah berbicara.
"Aku ikhlas."
Otak mudah interprete.
"Ok Lyana, kau kena ikhlas. Ikhlas..Ikhlas.."
Tapi hati xseia. Huh.

Sapp...sapp...sapp..
Habis program.
Hati masih batu. Tapi badan penat.
Iman oh iman.
Aku ragu2.....

KBM kali ni, aku merasai ruh yg berbeza.
Aku xtaw dari mana datangnya 'ruh' itu.
SubhanAllah.

Uniknya KBM kali ni menyentap jiwa. Mengetuk hati.
Itu yg lain. Itu yg aku dapat KBM kali ni.

Fasi juga manusia. Aku xdapat lari dari meratap dosa2ku sepertimana apa yg peserta lakukan. Maaf xdapt jadi yg terbaik. Kerana aku juga manusia yg berdosa.
Haisshhh...dah lama xmenangis. Keras juga hati ini ya~

Setiap program yg aku pergi, akan aku pastikan ada perubahan dan ibrah yg aku dapat.
Jika tidak, sia2 saja apa yg dah terbazir.
Jika ada hasilnya, itu aku namakan rezeki.
Penat hilang, hati puas, jiwa jadi bahagia.

Hati sangat memainkan peranan.
Kerana dialah raja bagi diri.
Kalau raja dapat tarbiyyah, badan pon ikut sama merasai tarbiyyah itu.
Ahhh...alangkah indahnya islam itu.

Kata Ust Pahrol Mohd Juoi;
"Akhlak adalah terjemahan daripada ibadah"
Jadi indicator aku di sini, jika solatku mantap, maka hatiku mantap, seterusnya amalanku pun mantap juga.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah....seribu kali ucap pon masih xpuas.
Aku sangat sayang Allah.
Tupp...Tupp.

Bila hati sudah seia dengan ucapan dan fikiran....pergerakan pon jadi lain. Arah tuju lebih cerah kelihatan. Wahhh...itu rupanya yg perlu aku buat. :)

Bersyukur juga aku pada Allah kerana membuatkna diri aku terlibat dengan organisasi IS di tempat belajarku. Aku menjadi lebih terorganisasi hidup. Betapa hidup ini perlu ada matlamat. Jangan sekadar matlamat, perlu ada perancangan. Dan yg penting, perlaksanaan!

Next, EXPERT!!