Wednesday, July 1, 2015

Begitu Rasanya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum :)

Manusia berbeza daripada haiwan dan tumbuhan kerana nikmat akal yang diberi
Begitu aku juga rasa sangat hebat bila berhadapan dengan kucing
Emmm,,,ya. Rasa hebat. Betul.

Dan bagi aku nikmat punya perasaan ni sangat maha hebat.
Macam mana wujudnya rasa ini yang kadang kadang rasa bahagia, rasa derita, rasa sedih, rasa gembira tak hengat,
Ada penjelasan tak?

Tapi yang penting bila aku ada rasa ini, aku rasa aku manusia.

Tapi haiwan pon punya perasaan jugak kan? hmmm
*Mungkin sebab aku tak faham apa yang haiwan cakap bila dia rasa sesuatu, menyebabkan aku rasa, tak syoknya jadi haiwan.

Aku gembira bila aku tahu aku tahu aku ada rasa sedih
Aku tahu aku ada air mata
Aku tahu getar perasaan menahan tangis tu
Aku tahu sebab aku rasa
Aku rasa aku masih hidup

Mungkin kerana umur semakin meningkat (baca:22 tahun 7 bulan), aku jadi semakin sensitif
Aitcheh, entahlah.
Cabaran hidup makin vavaboom
Perjalanan makin berliku liku
Sungguh terasa
Apakah pengakhiran aku nanti?

Aku takut bila aku tahu aku akan bersendirian
Satu satu mula meninggalkan dan aku tahu atas sebab apa
Walau aku melatah mula mula
Tapi aku tahu itu sebahagian daripada kehidupan
Dan aku tahu aku akan dianugerahkan dengan "kehadiran baru"

Aku boleh menangis bila tengok orang menangis
Aku senang menangis bila nampak budak yang sangat menyedihkan keadaannya
Aku mudah tersentuh tengok wajah orang tua tak berdaya
Aku sering terharu bila tengok atau tonton apa apa berkaitan dengan kekeluargaan
Sayu beb,,, T_T
Huuuuu....
Mudah jugak menangis bila tengok cerita ada scene mati,,hukhuk (ok ni krik krik)

Bila tengok drama, aku tak faham apa yang perlu aku rasa
Cerita loving-loving maut tangkap leleh itu semua, muak jugak kekadang
Drama yang sooo drama,,,derrrrrr
Bila akhir crite tu, ada je fikiran yang datang dalam minda
"Cari apa sebenarnya ni?" dan yang selalu tertanya tanya, "Apa cinta tu sebenarnya ya?"
Selalunya takde jawapan semua soklan yang ditanya
Nanti bila ada event similar macam tu datang lagi, tanya lagi
Tak pernah habis
Macam tu pulak, macam ni la, macam mana nak faham? hmmm

Perasaan ni, tak boleh diukur, sebab tu tak boleh dijadikan sandaran
Sebab Philosophy of Science itu hari dapat A (tak sangka wuuu Alhamdulillah), jadi suka dan teringat la jugak sikit sikit apa yang belajar itu hari
Perasaan yang tak boleh dijelaskan dalam bahasa
Terlalu subjektif
Takrifannya berbeza setiap manusia

Takrifan aku juga berbeza dan sering berubah ubah hmmm

Panas panas makcik pakcik nak kawen ni, aku jadi terfikir semula, "Cinta tu apa ya?"
Aku teringin nak bukak open discussion kat group hahaha *cehh poyo lulz
Tapi perasaan malu tu mengatasi curiosity aku wahaha

Kalau Maher Zain cakap Love is everything about Allah, ya aku percaya
Kerna Dia la segalanya, the Ultimate One
NO one can surpass Him, the Almighty One
Untuk menanamnya di dalam hati dan jiwa serta raga dan juga minda sumpah payah
Tapi aku tak henti mencoba hiksss

Apa apa pon, alhamdulillah 'ala kulli hal atas nikmat rasa ini
Sekurang kurangnya aku tahu aku masih MANUSIA hahaha