Apa perasaan bila jumpa kawan lama?
Kawan itu selama 15 tahun yang lalu...
Perfect!
Tika berusia 5 tahun itu, apa yang aku ingat tentang kawan?
Wajahwajah itu sungguh aku ingat.
Tak pelik kan kalau masih ingat?
Orang pertama yang tegur aku dalam kelas dan menjadi kawan pertama aku...Nadia.
Tapi ini bukan yang aku jumpa. Dengarnya da pindah KL lepas rumah dia terbakar.
Orang yang selalu aku lawan untuk dapatkan tempat pertama dalam kelas...Jihan.
Last time jumpa dia waktu aku darjah 3 kalau tak silap.
Waktu pertandingan mewarna kat Padang Astaka.
Dia serious pandai.
Kalau rehearsal nak naik pentas, mesti dia duduk depan skali.
Itu membuktikan yang dia tempat pertama. Ahhh...cemburunya.
Kalau tak silap 2 tahun berturutturut dia mengekalkan kedudukannya.
Dan aku 2 tahun berturutturut juga mengekalkan tempat kelima.
Yang beratur kat depan aku, ada Liyana Athirah (the budak genius), Hanif (cousin kpada the budak genius), dan 2 orng lagi yang aku tak ingat. Salah sorangnya Fahmi mungkin.
Seorang budak comelll putih melepak suara ayu peringkat kesepuluh, namanya Nur Liyana. (eheh..memang nama Lyana ni lembutlembut orangnya. ehem.)
Last time jumpa waktu abes SPM. Tapi takut nak tegur takut salah orang.
Tapi, muka memang sama. Tak berubah pon.
Ada lagi...Radhi gigi rongak, Izzah yang garang, Sharifah yang girly, Umi dan Jehan ynag selalu bawak beg mickey mouse kaler pink yang sama, Shazrina yang cantik macam puteri, Ridzuan yang rendah, Farihah suara serakserak basah....dan ramai lagi. Tak ingat la pulak.
Sebenarnya...mulamula kau raguragu apakah ianya benar atau palsu semata.
Dalam jalan ini aku berjumpa kembali dengannya.
SubhanaLlah....Farihah Mohd Reza.
Waktu daurah intesif hari tu...kena kumpul ikut negeri masingmasing.
Terengganu berjaya kumpul seramai....5 orang.
Ok la tuuu..ehehe..
Sepanjang bincangbincang tu..tak perasan langsung nama Farihah tu rupanya nama yang aku pernah kenal 15 tahun dulu.
Kami duk kat kampung yang sama. Tapi agak berdekatan. Tapi lansung tak syak apaapa.
Da kat Terengganu, UsKab pertama pon berlakulaa...
Borakborak ngan dia...banyakla jugak yang diborakkan. Tapi takde la sentuh sampai dulu tadika mana..huhu
Hari ni...pagi tadi, tetibe Allah bagi ilham tentnag Farihah.
Ehh??? Btol ke nih? Try mesej dia.
SubhanaLlah...btolla dia la Farihah yg suara serakserak basah tu. Yang aku pernah buat dia menangis sekali. Yang selalu jeritjerit nama aku dari seberang jalan. Yang naik van samasama ngan aku. Yang main Pepsi Cola ngan aku.
SubhanaLlah. Da jadi ukhti qawiyy rupanya dia nih!!
Tak sangka tapi Allah kan Maha Kuasa!
Farihah! Sob sob...
Sangat tak cam dia ni Farihah yang aku pernah aku kenal dulu.
Makayah kami pon kawan. Dan sangat kenal.
Farihah..keciknya dunia nih!!
Terharu di situ. T.T
Hurmmm....
Bila teringat diorang semua nih...alahai. Rindunya..
Teringat masa tadika.
2 tahun aku membesar kat situ.
Bila da abes tadika, masuk darjah 1 kat AlAmin Kemaman. 6 tahun kat situ.
Da abes darjah 6, kononkonon nak masuk Imtiyaz tapi tak dapat 5A tak dapat masuk.
Tingkatan 1 kat AlAmin yang mana kat sini aku belajar jadi dewasa. Hoho..Poyo.
Abes PMR, nak sambung kat SMASZA. Tapi tukar fikiran last minute sebab aku rasa ada sesuatu yang menarik menanti aku kat AlAmin ni kalau aku stay. Jadi aku stay.
Heyy, betulla. Menariknya.
Nikmat Tarbiyyah yang agak lewat aku rasa pahitmanisnya.
Then, masuk Pusat Asasi UIAM PJ.
Dapat jugak Medic Mesir. Huhu.
Tapi tak pegi pon. Mulamula semangat. Aishh....
Takpe. Ada hikmah..
Kononkonon nak struggle maut punya sebab nak tukar kos.
Tapi apakan daya...otakku tak mampu. Badan pon sama. Aishh..
Takpe. Biological Scince pon menarikla Lyana...
Lepas ni amek degree plak.
Lepas tu?
Ok! Aku mahu hentikan kitaran bodoh ini.
Aku tak nak jadi robot!
Put in your mind that this is a tool to get something that you actually desire.
Isn't it right?
Banyak tempat banyak la kenangan kan.
Dan banyak orang aku jumpa.
Banyak perangai. Banyak keletah.
Banyak pengajaran dan pengalaman.
Seronok sangat.
Tapi aku juga punya impian untuk berkawan dengan non-muslim.
Seronok tak kawan ngan diorang?
Dula aku takut sebab tak rasa diri kuat.
Tapi sampai bila kan?
Sampai sekarang masih tak berkesempatan nak berkawan ngan diorang.
Teringin sangat.
Tapi kalau ada peluang, jangan siasiakan.
Bak kata sorang ukhti nih,
"Sampai bila kita asyik nak berislah je...berdakwahnya bila lagi?"
Adehh...pelekong satu.
Tengok sekitar kawasan kejiranan, ada je non-muslim.
Tapi kat taman lain laa. Jauh 2 taman jugak.
Teringin nak borakborak ngan diorang.
Apa perasannya ya?
Bersahabat. Itula lumrah manusia.
Mana bisa mereka hidup seorang diri.
Sama juga aku.
Aku juga manusia yang butuh teman.
Aku tak butuh yang suka memuji dan mengampu.
Cukup sekadar yang jujur dan terima aku seadanya.
Saat aku buat dosa ditegur.
Saat aku lalai dikejutkan.
Saat aku jatuh hulurkan tangan.
Manisnya berukhuwah begitu.
Mana lagi nak dapat sahabat sebegini kan?
Kalau bukan dalam jalan ini...
Menyesal?
Sungguh tak.
Tapi...kau kena ikhlas Lillahi taala.
Kan itu sebab utama kau berada di jalan ini?
Sahabat itu pembimbing kamu.
Pembimbing yang berkatakata terus.
Allah itu matlamat kamu. Dan tujuan kamu.
Allah kan ilah kita bukan sahabat kita...
Itu katakata dari sahabat aku.
Yang aku sangat ingat.
Luruskan niatmu hai sahabat!
eheh...tetiba. Bunga Lily ^_^ |