Saturday, December 29, 2012

tHiNgS hApPEnED

Bismillahirrahmanirrahim.

"There is no ugly and stupid girl, only lazy girl."

Lazy. That is what happened.

"Allah tak bagi apa yg kita mahu. Tapi Dia bagi apa yg kita perlu."
Ayat yg aku imani.

Manusia yg bahagia ialah mereka yg melihat semua perkara dengan pandangan positif. Itu kata Prof Muhaya.

"Apa kamu fikir kamu akan masuk ke dalam syurga sebelum kamu diuji?"

Ujian itu tanda kasih sayang Allah. Tanda Dia sedang memerhatikan kita.

Baru2 ni kami diuji dengan BANJIR!

Seumur hidup aku di sini, xpernah lagi rumah sampai naik air.
Kelakar pon ada.
Mengemas rumah sangat penat.
Tapi aku tau ada yg lagi kurang beruntung dari kami.
Ada yg terpaksa buang almari, sofa, tilam dll yg aku tahu harganya bukan cikai.
Tapi itu ujian dari Allah.
Look at the bright sight. :)

Hujan itu satu rahmat. Jangan marah ia.
Air itu juga rahmat. Jangan benci ia.

Walaupon sedih dgn apa yg telah berlaku, kita cuma perlu yakin yg itulah Allah yg sedang cuba berbicara dgn hambaNya.
Mungkin kita terlalai. Mungkin kita telah jauh dariNya. Mungkin juga kita selalu lupakanNya.
Musibah adalah peringatan dari Allah. Kita cuma perlu duduk sebentar dan muhasabah.

My Papa
A picture do tell the story.
Tapi ni kat depan umah kami je.
Kat tempat lain sampai paras pinggang air dalam rumah.
Taman sebelah taman kami, sampai kena naik bot.
Itu tanda dalam pinggang jugak tu.
Kat bandar lagi teruk.
Ini cuma sedikit ujian yg Allah beri kepada keluarga kami.
Kerugian pon xde la teruk sangat. Alhamdulillah.

Kuasa Allah, Kun Fayakun!!

Kisah Mee Goreng

Sehari lepas banjir, papaku pergi pasar beli barang2 dapur.
Seperti kebiasaannya, dia akn beli sarapan sekali, mee goreng 2 jenis.
Meehoon goreng dan mee goreng.
Aku xsuka mee kasar. Meehoon masih boleh trima lagi.
Masa nak sarapan tu, mama kata, "Lyana amek meehoon tu. Adik xske meehoon."
"Eh, bukan dia ske meehoon ke?"
"Tsaqif yg ske meehoon. Naquib xske."
Aku tengok dalam plastik tu, tinggal 2 bungkus yg berlainan jenis.
Aku nak yg mee dimasak kicap tu tanpa mengetahui bahawa itu mee kasar.
Tapi sebab mama da suruh amek yg tu, aku amek je ngan muka sedih.

Mama xabes makan mee kasar goreng dia. Dia bagi aku makan.
Masa makan tu, dalam hati, "Laa, mee kasar rupanya. Mujurla mama suh amek meehoon goreng ni. Adehhh."
Masa tu rasa malu sangat ngan Allah.
Haha. In ur face!!! Pada muka!!
Itula rezki yg Allah da tetapkan utk aku yg mana, itulah yg aku ske.
Alahai, serious malu sangat masa tu.
Tapi hanya aku dan Allah yg tau.
Mama xtau. Huhu.
Memanglah Allah tu~
Beri yg terbaik utk hambaNya. Dan hambaNya yg bersyukur cuma sedikit sekali.
Aduhhhh =.=

Hidup ni penuh dengan pengembaraan.
Perjalanan sebagai hamba Allah xpernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan.
Perkara baru dalam hidup itu yg membuatkan hidup kita berwarna warni riang ria gembira.

Satu perkara yg xpernah aku lupa, Allah itu sangat sayangkan aku.
Bukan aku saja, tapi kamu, kamu dan juga kamu!

Wednesday, December 12, 2012

KerAna aKu percAya

Bismillahirrahmanirrahim.

Ramai yg bertanya kenapa ini jalan yg aku pilih.
Xpenat ke? Bagos ke? Apa yg kau dapat? Xmengganggu study ke?
Aku xnafikan penat itu. Penat tapi kat akhirat nanti aku taw bole rehat puas2.
Xde alasan lagi utk aku kata jalan yg aku pilih ini xbagos. Bagi aku ia lengkap semua pakej.
Xlangsung. Oke je. Kalau asyik studyyyyy  je...boleh gila kott.

Ada yg bertanya, adakah itu jalan yg kau pilih?
Tapi kenapa? Sejak bila?

Dan banyak lagi persolan2 yg aku terima.
Aku hanya jawab sekadar yg aku mampu sepertimana yg telah diajarkan oleh naqibahku.

Cabaran di universiti lagi hebat.
Kat al-Amin ni kita macam dalam kepompong je.
Nak taw cantik tak cantik kepak kita, kita tengok bila dah pecah kepompong tu.

Semua orng akan pecah kepompong tu. Nak tak nak, ia pasti akan pecah juga.
Sekuat mana pon tenaga yg kita ada utk tahan kepompong itu dari pecah, kita tetap xboleh kalahkan kuasa Allah.
Kita xboleh elak dari bertemu masyarakat. Kita xboleh elak dari bertemu dengan org yg x seperti kita.
Dan itulah tugas kita, memberitahu kepada yg xtaw itu.
Membawa mereka kembali kepada Allah semampu mungkin.

Dulu aku juga begitu.
Sekuat mana pon kehendakku xmaw kluar dari kepompong itu, aku taw Allah sudah ada perancangan utk aku.
Dia ada sebab mencampakkan aku di situ.
Yg betol aku pasti dan yakin, kerna cintaNya kepada aku.

Aku xnafikan yg aku juga pernah futur.
Tapi aku xmaw terus2an begitu.
Aku xboleh tipu yg ada juga terlintas niat maw lari dari jalan ini.
Tapi ke mana aku maw lari?
Sejauh mana hamba itu mahu lari, Allah tetap ada di situ.
Dan aku taw Allah teramat sayangkan aku dengan membawa hati aku kembali dan kuatkan hati aku utk terus berada di dalam gerabak dakwah ini.

Aku pernah bingung bagaimana utk aku teruskan dakwahku di sini.
Aduhh, pelbagai ragam manusia yg harus aku kuatkan jiwa.
Xku nafikan aku juga mahu jadi seperti mereka.
Tapi apa guna jadi seperti mereka jika hidup tiada barakahnya?
Apa guna bergembira di dunia yg sementara ini jika Allah punya janji syurgaNya yg abadi?

Perniagaan yg paling merugikan ialah menjual RM 1 juta ringgit dengan sekeping syiling 1 sen.
Akhirat yg kekal abadi ditukar dengan dunia yg sementara.
Alangkah ruginya!!

Sahabat! Ya, mereka yg kuatkan aku ketika jauh dari keluarga, murobbi2 dan sahabat2 yg sefikrah.
Aku xkata xboleh berkawan dengan mereka yg xsefikrah.
Boleh, tapi jangan sampai prinsip kita tergadai. Jangan sampai kita terheret menjadi seperti mereka.
Membawa mereka kepada Allah. Itu tugas kita.
Kita sayang mereka.
Bukankah itu sifat org yg beriman?
Menyintai saudaranya sebagaimana menyintai dirinya sendiri....

Penat btol lalui proses tarbiyyah.
Lelah sangat.
Kadang rasa nak give up.
Tapi aku yakin, ada sebab Allah pilih aku ke sini.

Banyak benda baru yg aku belajar.
Tips2 dan kaedah2.
Cuma kembara aku xikut. Rugi juga ya...
Mula2 aku bosan juga. Duduk mendengar. Mengantuk apa semua. Tapi aku faham ini yg akan aku bawa utk ke IPT nanti.
Sabar2!!

Dah masuk ke medan, dah xboleh berundur.
Langkah mesti tegap. Prinsip mesti teguh.
Tersungkur kadang2 itu juga berlaku.
Dan situlah peranan sahabat bermula.
Salah pilih, binasalah kita.

Alhamdulillah aku masih di sini.
Allah maw aku tetap di sini.
Allah maw aku terus berada di dalam gerabak ini.
Allah xnak aku ketinggalan.
Sungguh aku bersyukur.
Alangkah indahnya jika semua tahu yg jalan ini adalah jalan menuju syurga.

Jalan ini bukan jalan yg ditaburi bunga ros merah.
Jalan ini bukan jalan yg dihampari karpet merah.
Jalan ini bukan jalan yg diiringi bodyguard dan polis trafik.
Jalan ini ialah jalan yg ditaburi duri tajam.
Jalan ini ialah jalan yg dihampari bara api.
Jalan ini ialah jalan yg diiringi dengan tangis dan darah.

Org yg bijaksana, dia memikirkan jauh ke depan. Think Beyond.
Org yg memilih kesenangan di dunia adalah org yg rugi.
Org yg memilih bersusah payah di dunia inshaAllah dialah org yg beruntung.

Jalan ini sumpah Panjang. Dan sumpah Payah. Dan sumpah Osem!!
Kata Syed Qutb,
"Agama ini tabiatnya perlu diperjuangkan"
......Siapa lagi yg akan perjuangkannya kalau bukan kita?

Kenapa aku di sini?
Kerana aku percaya ada sesuatu yg seronok menanti aku di sana.
Jadi aku xingin berhenti.
Tolong ketuk aku kuat2 kalau2 anda xnampak saya di jalan ini.
Mungkin saya terlena.
Tolong pimpin tangan saya erat2 takut2 saya terjatuh tapi anda xsedar.

Hidup ini ada jatuh bangunnya.
Kerna inilah tabiat hamba.
Kita bukan Nabi. Kita bukan Malaikat.
Kita hanya hambaNya yg lemah.
Tapi kita mau syurgaNya.
Aduhai~

Persiapkan diri menempuh dunia baru.
Kita perlu ada bekal.
Seperti juga saat mati kita nanti, hanya amal sebagai bekal kita.

Monday, December 10, 2012

jIwa mEsti tegUh dan Kuat!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Berbakul2 ucapan terima kaseh kpada Rabb ku yg xpernah berhenti memberikan kepada aku rezeki dan rahmatNya.
Allahu Rabbi!!

Badan memang penat menguruskan itu ini.
Tapi jiwa aku kosong.
Seperti makan mii sup xda sambal kicap.
Alangkah ruginya.
Aku yg kena ciptakan roh itu sendiri bukan mencari roh dalam apa yg aku buat.
Ya Allah, sungguh aku rugi!!

Serious rasa nak nanges setiap kali tiba waktu aku.
Berdebar2 tahap gaban.
Otak aku ligat berikir itu ini.
Badan dah xsedap duduk.
Mata liar sana sini.
Haraplah xobvious sangat.
Nervous.
Itu jawapan kepada simptom ini.

Misscommunication itu sangat bahaya.
Kerana ia akan lead kepada missunderstanding.
Yang akan menyebabkan missconduct.

Aku xtunding jari kpada seseiapa.
Aku juga tunding kpada batang hidung aku sendiri.
Bila suatu organisasi itu terbentuk, syura adalah jalan penyelesaian.
Keputusan ditanggung bersama.
Risiko dipikul bersama.

Berurusan dengan ramai orang especially dengan yg bertentangan jantina, buat aku berfikir 2-3 kali.
Alahai, segannya.
Tapi hati aku kuatkan tekad, seperti dalam buku yg pernah aku pinjam dari sahabat baikku, Mat Despatch dalam episod Lelaki Baik, "Tekad sesaat sebelum masuk bilik mayat",
"Eshhh, kalau kau xbgtw fasi2 tu utk tolong kau, habislah kau. Disaster nanti!:"
Berbekalkan ilmu dari buku tu, aku apply, dan sesaat itu aku tegapkan langkah.
Oh yeah, i'm already in!
Professional. Itu yg aku cuba jadi.
Batas2 yg perlu dijaga, inshaAllah aku dah jaga sebaiknya.

Itu apa yg aku rasa.
Ibrah dari prog, masih lagi aku fikirkan.
Tapi yg pasti, aku banyak blajar benda baru.
Itu yg buatkan aku sronok. Dan bahagia.
Sungguh perjalanan ini sangat panjang. Aku xmau ia hambar. Justeru itu aku xmau berhenti blajar.

"In school we learn the lesson before we take the test, but in real life we take the test before we learn the lesson. That is how life works"  - adopted  from my x-classmate's message.

Another story,,

Aku buka peti mesej itu, nama yg ditag pada 9 orang yg lain juga.
Aduhh, yaAllah. Tarbiyyah itu.
Apakah masih ada sinar di situ?
Apakah masih ada peluang dan harapan?
Xku mau sia2kan ia.
Kita xsekuat yg lain, sebab itu ujian kita cuma ini.
Seperti rakyat Palestine yg sangat baik hati, diaungerahkan musuh yg sejahat Zionis.
Seperti kami yg masih muda, dianugerahkan dengan masalah "Tarbiyyah".

Snap. Tag. Tibai. Tumbuk. Tampar. Sepak.
Lepas tu baru sedar.
Takkan sentiasa nk jadi bagai penahat dan penukul.
Allahu rabbi~

Aku tau setiap org punya masalah dan ujian dalam hidup masing2.
Kerna Allah itu cantik dan suka mewarna-warnikan hidup kita.
Sungguh aku bersyukur utk itu.

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'. - Ruhul Jadid.
Hingga kemenangan atau kesyahidan yg akan kau raih nanti!- Hai Sahabat.
Cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga. - Gelombang Keadilan.
Mati syahid atau hidup mulia. - Mujahid Setia.
Al jihadu sabiluna...Almautu fi sabiliLlah asma amaninaa. - Bingkai Kehidupan.

Dan banyak lagi lagu2 yg menaikkan semangat juang!
Jangan jadi lemah kerna terbuai dengan lagu cinta.
Palsu semua itu! Persetankan semua itu!
Cinta manusia xmembawa kita kpada syurga!
Hanya cinta Allah dan cinta dari mereka yg cintakan Allah sahaja yg layak.
Tapi rahmat Allah juga yg menentukan.
Tapi kita mesti lakukan yg terbaik utk gapai syurga Allah.
SubhanaLlah~

Aslih Nafsak Wa d'u Ghairak!
Perbaiki dirimu Dan serulah org lain!
Bold Wa di situ ialah Dan.
Dalam masa kita memperbaiki diri, jangan tinggal menyeru yg lain.
Dalam masa kita menyeru org lain, jangan tinggal memperbaiki diri.

Adek2. Kakak2. Abang2. Sebaya2. ku semua.
Aku tidak sempurna.
Kalian juga.
Jangan sia2kan ketidaksempurnaan kita itu.
Mari kita bersama2 menyelusuri jalan dakwah ini.
Kerna ia sumpah panjang dan sumpah payah.
Aku dan kalian xkan mampu tanpa kalian dan aku.
Kerna itulah tujuan kita dihidupkan.
Matlamat asal kita ialah,
Membawa manusia kepada Allah.
Dan membawa diri kita kepada Allah.~

Wallahua'lam.

Wednesday, December 5, 2012

pEnyuMbanG kEpAda iTu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah kita dibangkitakan di dunia ini tidak sia2.
Alangkah ruginya mereka yg tidak bersyukur dan tidak memenuhi tujuannya dihidupkan.
Kata Prof Muhaya,
"Didik anak kenal tujuan hidup."
Mereka yg tau tujuan hidupnya akan berusaha di dunia utk akhirat.

Dunia ini diciptakan luas dan terdiri daripada berbagai ragam orang.
Di sini kita bercakap tentang manusia itu.
Allah telah menganugerahkan setiap manusia itu kelebihan masing2.
Yg mana jika x digunakan, alangkah ruginya dunia.
Kerna dunia itu tidak lengkap tanpa kita.
Dan kerna dunia itu tidak sempurna dan memerlukan orang semacam kita utk menyempurnakannya.
See!!! Kita tidak diciptakan sia2 tanpa tujuan!
Setiap orang punya tugas masing2.
Setiap orang punya kecenderungan masing2.
Tapi awas! Khalifah dan Abid jangan sesekali diabaikan.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah
Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Lafaz dua kalimah shahadah ini haruslah diucap dengan lidah, dirasa dengan hati, dan diamal dengan perbuatan.
Lafaz denagan lidah, gampang begitu ya! Mudah amat.
Rasa dengan hati, ohh, xsemudah tekan punat pada microwave.
Amal dengan perbuatan? Here will raise a lot of questions!
What should we do? How we can act? When we must do it? Why should I??
Umat pertengahan. Inilah title yg kita semua pegang!
Tanggungjawab yg bukit pon xsanggup nak pikul.
Tanggungjawab yg menjadi sebab tanah xnak dicipta menjadi manusia.

Sumbangan kepada?
Manusia lain.
Apabila ada sesuatu yg indah berlaku dalam hidup kita, pasti kita nak bgtw orang lain bukan...?

Tiada stress di sini. Allah kan ada. Bisikkan saja padaNya. Dia sentiasa ada dan dekat dengan kita.
Tapi di mana? Bagaimana aku harus yakin bahawa Allah mendengar doaku?
Sesungguhnya Allah itu ada di mana2. Paling aku mau, Dia ada dekat hatiku.Dekat dan rapat.
Aku yakin Allah mendengar doaku. Bukan sekadar itu, keluh kesahku, tangis hibaku, senyum bahagia ku. Itu semua bawah penguasaannya. Sedangkan bisikan hati kita pon mampu didengariNya. Apatah lagi doa hambaNya. Dan satu, Allah itu bersama sangkaan hambaNya.

Walau penat, tapi aku tau kat akhirat pasti dapat rehat puas2.
Walau lelah, tapi aku pasti semua ini tidak sia2.
Walau kesempitan, tapi aku percaya Allah permudahkan.
Sungguh, tiap kalinya aku jatuh cinta lagi dan lagi kepada Allah.
Jatuh cinta tanpa henti. :)


Saturday, December 1, 2012

nOt mY fiElD


Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak terlibat dengan IS nih, macam2 benda baru yang aku belajar.
Hurmm...agak pening.
Yet, menyeronokkan.

Bila kena search itu dan ini aku bisa jadi gila.
Kerana tanggungjawab aku bertahan.
Aku x kata ianya mendera jiwaku.
Tapi agak menguji juga.

Aku slalu gelak sorang2 waktu aku search benda yg xpernah aku terfikir pon yg aku akan search.
Tekan saja Encik Google tu.
Macam2 kau akan dapat.
Betul2. Dan dengan semua yg keluar itu, kepala terus jadi pening xtaw nak bukak yg mana.
Xtaw mana yg bagos.
Teringat kata seorang pendakwah bebas, En. Lim Jooi Soon,
 "Kalau xtaw, tanya yg tau." 
Ini ialah ayat Qur'an tapi aku xdapat catit surah apa dan ayat berapa.

Bukan bidang aku.
Tapi aku perlu terjun untuk tugasan.
Moga Allah permudahkan urusan aku.
Moga allah beri aku kesabaran.
Aduhh, baru sedar aku sungguh x banyak ilmu.
Kata Imam Ghazali,
 "Semakin banyak kita belajar semakin banyak yg kita xtaw."
Sungguh aku akui itu.
Jadi, jangan berhenti untuk belajar.
You've got a long road to walk through~

Tapi harus aku imani dengan yakin dan jitu bahawa ini semua adalah ilmu dari Allah.
Mungkin hati aku penuh sangat dengan maksiat sampai ilmu pon aku malas nak cari.
Xsemestinya belajar Biologi xperlu blajar tentang elekrik.
Xsemestinya belajar Kimia xperlu blajar tentang kipas.
Hurmmm.....jangan sombong.
Pengajaran penting.

Xmampu taw semua, jangan xambil tau langsung.
Xmampu kuasai, jangan tinggalkan terus.
Itu yg aku cuba jadi.
Kerana kita xtaw apa yg mendatang dalam hidup kita.

Jadi...tajuk di atas harus ditukar.
Bukan "nOt mY fiElD" , tapi "nOt yEt iN My fiElD oF knOwlEdGe".

"Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat seraya berfirman, " Sebutkan kepadaKu nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!" "
(Al-Baqarah, 2: 31)

Aku pernah tension dengan semua ini.
Tapi bahagian hatiku yg teresap dengan tarbiyyah membisikkan,
"Lyana, ingat bahawa Allah xakan uji hambaNya apa yg hambaNya xmampu. Bergembiralah dengan pekerjaan kau sekarang. Banyak kelebihan kerja kau tu. Other than dapat pahala, ilmu yg orang lain mungkin xada, kau ada. kan seronok tu.!"

Ya, ianya sangat seronok.
X pernah aku sesali semua ini.
Kerna aku taw Allah sangat sangat sangat sayangkan aku!
Waktu aku bingung xtaw apa nak buat, dia bagi aku sahabat sebagai tempat rujukan.
Dan tidak ketinggalan, Encik Google. Hee.

Sungguh, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya bagi hambaNya yang berfikir~